Sunday 26 January 2014

Penjagaan Kucing Sakit

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Salam semua. Bersua kembali.

Kali ini mari kita sama-sama belajar mengetahui perkara-perkara yang perlu kita tahu untuk menjaga kucing yang sakit. Pasti kita merasa hiba dan tidak tenteram apabila mendapat tahu haiwan kesayangan kita tidak sihat, cergas melompat-lompat seperti selalu kebiasaanya.
Apakah yang kita perlu tahu apabila ingin merawat kucing yang sakit :-
  • Sebaiknya sebelum merawat, kita yang hendak merawat lindungi diri kita dahulu dengan memakan vitamin ataupun ubat pencegahan untuk mengelak dari jangkitan dari kucing yang sakit itu.
  • Gunakan ubatan dan alat-alat perawatan yang betul dan di sahkan oleh doctor haiwan bertauliah sahaja.
  • Rawat kucing anda dengan penuh kasih sayang, berbicara dengan mereka seolah mereka memahami. Sentiasa bercakap dengan mereka untuk meniup semangat mereka cepat pulih.
Janganlah kerana kucing kesayangan kita sakit, kita menyisihkan tidak memperdulikan mereka. Janganlah hanya kerana mereka ada kurap di badan kita jijik memegang mereka. Rawat dan pulihkan lah mereka dengan kasih sayang anda yang tidak berbelah bagi itu. Sayangi mereka tidak kira mereka sihat ataupun sakit, gebu ataupun kusam.

Semoga bertemu kembali.

#Jika ada masalah berkaitan simanja, jom kongsikan bersama saya di :-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Sms / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment