Tuesday 13 May 2014

Diari VS Blog

Teks:Shehren Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kita beroleh manfaat bersama.

Diari
Dulu-dulu masa masih anak kecil mesti masing-masing ada diari untuk mencatat setiap detik bermakna yang di lalui seharian. Masa meningkat remaja, diari berubah kepada luahan hati, emosi tidak ketentuan dan jiwa kacau. Meningkat dewasa pula tiada diari lagi. Berebut dengan masa, menjalankan tuntutan kehidupan yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan meluah rasa menulis catatan di diari sendiri.

Blog
Boleh menjadi catatan pengalaman dan juga catatan harian anda. Berkongsi pengalaman hidup anda di kotak putih ini bersama tatapan pembaca. Jika anda malu untuk berkongsi secara realiti, anda boleh menggunakan blog sebagai luahan dan perkongsian pengalaman hidup anda.

Setiap manusia lain kisah hidupnya. Setiap manusia mempunyai pasang surut kehidupannya. Masalah yang anda hadapi mungkin di hadapi jua di kalangan peminat blog, jadi di situ anda telah memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.


Juga boleh jadikan blog sebagai sumber rezeki anda juga. Mengiklankan produk jualan anda kepada bakal pelanggan anda. Juga boleh meluaskan pasaran produk anda.

Banyak kelebihan dari blog.
Yang sedia maklum sudah ramai tahu.
Yang ambil tindakan susulan ramai yang belum mahu. Ayuh mulakan langkah anda sekarang.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

No comments:

Post a Comment