Wednesday, 28 January 2015

Rezeki yang halal

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar sahabat dan pembaca sekelian? Saya doakan anda dan saya sentiasa di dalam rahmat illahi sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Kisah yang ingin saya kongsikan dengan anda semua pada hari ini adalah kisah yang saya ambil dari kalangan sahabat saya sendiri ( jika dia membaca pasti dia sedar ini kisah dia ). 

Kisah berkisar tentang rezeki yang halal. Banyak faktor yang boleh kita ambil untuk panduan dan pegangan kita dalam mendapatkan rezeki yang halal. Contoh kisah sahabat saya ini, mengisahkan dirinya dan suami telah menjadi orang kepercayaan kepada majikan tempat mereka bekerja. Kepercayaan yang boleh menyebabkan nilai integrity dan ketelusan hilang sekelip mata, lagilah berkisar tentang wang. 

Banyak pengajaran yang saya dapat dari perbualan kami. Saya tekun mendengar dan menghadam apa sahaja yang di utarakan oleh sahabat ini. Walau usianya lebih muda dari saya tetapi banyak pengalaman yang dia ceritakan tidak terjadi pada diri saya setakat ini. 

Kisah rezeki yang halal dalam perbualan kami menyentuh kepada anak-anak. Teringat kisah dia yang di beri kepercayaan memegang wang akaun syarikat nya dan telus melaksanakan tugas dan amanah yang di beri. Katanya " tidak mahu berlebihan kerana rezeki (gaji) yang saya bawa pulang untuk di beri makan kepada anak, takut anak gelap hati susah nak terima belajar" katanya dalam kecek kelantan. 

Kadang kita alpa dan lupa dan lagi lalai menapis apa yang kita terima dalam upah gaji kita. Benar-benarkah betul bersih segala pendapatan itu? ( bersih dalam fikiran dan penerimaan masing-masing ).

Terpana dengan sikap sahabat saya ini, betapa mereka suami isteri begitu menjaga hasil pendapatan mereka walaupun gaji suami tidak tetap tapi sahabat saya beritahu kalau ikhlas jalankan tugas kita Allah akan bantu kita. 

Jelas sekali jika kita yakin Allah akan bantu kita, banyak jalan pertolongan akan datang pada kita tidak kira cepat atau lambat. Benar juga Islam menyarankan "wasatiyah" ( bersederhana ) dalam banyak hal. Jika sentiasa bersederhana InsyaAllah sifat tamak dan haloba tidak merajai hati kita. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman.

=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment