Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google
Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar para pembaca sekelian? Semoga hari ini memberi lagi kebaikan demi kebaikan untuk kita semua. Banyakkan memberi dari menerima, semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.
Mari kita ikuti ulasan dari seorang ahli ABDR yang bersemangat untuk merubah nasib dirinya. Semoga teks ulasan ini dapat memberi sedikit ruang dan peluang untuk anda mencuba sesuatu yang baru. Benar kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Semoga ulasan ini juga dapat memberi suntikan semangat baru untuk para suri di luar sana.
=============================
Teks : Nor Atiqah Hamidi
" Keinginan untuk berhenti kerja terpancul selepas saya membaca satu kisah di laman Facebook. Kisah yang membuka mata saya mengenai wanita bekerja. Mengenai kepincangan masyarakat yang berlaku, keruntuhan rumahtangga dan peranan isteri dalam islam yang sebenarnya. Saya terpinga sewaktu membaca artikel tersebut. Sangat membina. Ketika itu pula suami ditugaskan ke luar negeri. Jadi saya rasa sudah sampai masa saya berhenti kerja dan menjalankan tanggungjawab yang sepenuhnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Ketika itu saya masih menjelajah di internet mengenai bekerja dari rumah. Semua saya buka dan baca. Satu-satu blog dan laman web saya baca dan fahamkan. Tekad ketika itu 2015 saya mahu berhenti kerja. Tetapi saya mahu menjana pendapatan dari rumah. Bukan duduk goyang kaki sahaja. Akhirnya saya terjumpa blog kak Aishah Hussein. Beliau bercerita mengenai bekerja dari rumah sambil menjana pendapatan dengan penulisan blog. Wah. Sangat menarik. Ketika itu saya sudah mahu berkongsi mengenai penyusuan susu ibu. Saya menjelajah lagi ke blog-blog alumni. Akhirnya saya mendapati bahawa rakan pejabat saya iaitu Puan Kizeewatty ada dalam list ini. Tanpa membuang masa saya terus bertanya kepada beliau mengenai Akademi Bekerja Di Rumah.
Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan sebelum saya menyertai ABDR. Akhirnya pada bulan February 2014, saya menyertai Akademi Bekerja Di Rumah dibawah guru online saya iaitu Puan Nisa. Alhamdullillah, perjalanan untuk berhenti kerja nampak semakin cerah bila bersama-sama dengan mereka yang bekerja di rumah juga. Saya mulakan entry pengenalan diri dan seterusnya hinggalah ke blog perniagaan saya. Semuanya berkat tunjuk ajar rakan-rakan ABDR.
Mungkin anda tertanya apakah sebenarnya ABDR ini.
Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Kami bergabungan bersama dengan 600 blog peserta, 21 kelas dan 13 guru online yang berdedikasi. Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Allahuakbar. Perjalanan saya untuk berhenti kerja nampaknya semakin cerah. Saya tahu saya akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan persaingan dalam perniagaan. Tetapi bukankah Allah ada dengan saya. Allah akan tolong saya. Dengan syarat saya mesti berdoa dan berusaha. Jadi kepada suri berkerjaya jangan takut untuk berhenti kerja. Fikirkan tentang anak, fikirkan tentang suami. Anda akan jumpa jalannya. Insyaallah. Semoga entry saya kali ini dapat membuka mata anda untuk memulakan langkah pertama untuk menjadi Work at Home Mother (WAHM).
=============================
Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
Telefon : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan
Sekian. Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment