Friday 1 August 2014

Ziarah Kubur

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Raya ke 5 hari ini. Ramai yang sudah memulakan tugasan semula pada hari ini dan seawal raya ke 3 yang lalu. Begitu juga dengan saya. Baru memulakan tugas semula pada hari ini. Suami dan anak sambung sehingga sabtu. Ahad sekolah kembali bermula seperti biasa dan bermulalah rutin seperti selalu.

Apakah yang anda perlu ketahui cara atau adab menziarahi taman perkuburan? Kami sekeluarga berkesempatan menziarah kubur arwah ayah mertua pada raya ke 4. Serta menziarahi kubur arwah abang kepada suami serta kaum keluarga yang berkaitan.

Baru-baru ini kecoh trend selfie di tanah perkuburan. Itu contoh yang tidak wajar untuk di ikuti. Hormati hak si mati untuk tenang di tempat persemadian nya.

Secara logik, antara adab yang patut kita patuhi semasa melawat kubur ialah:-
1) anda hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata
2) jaga percakapan serta perbuatan di dalam kawasan perkuburan
3) banyakkan berzikir dan selawat untuk si mati


Amalan menabur bunga di pusara masih lagi kelihatan. Amalan ini bukan di dalam ajaran islam tapi masih di amalkan. Mana yang sudah menyedari segera berubah dan tinggalkan perbuatan tersebut. 

Si anak kecil yang di bawa ke kawasan perkuburan wajar di tegur sekiranya terlihat galak berlari di tanah perkuburan. Anak wajar di ajar menyedekahkan al-fatihah serta bacaan doa ringkas untuk arwah si mati. Semoga amalan yang di amal dari kecil berkekalan di bawa sehingga ke anak cucu. Amalan yang baik wajar di turunkan dari generasi ke generasi.

Menziarah kubur bukan bermusim. Menziarah kubur untuk kita mengingati mati. Mati yang pasti untuk kita. 

Sekian.

1 comment:

  1. Itulah...terkejut tengok gambar2 selfie sambil senyum kat kubur.
    Hormatilah saudara kita yang dah tiada.

    ReplyDelete