Monday 11 August 2014

Sepasang kasut

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Salam isnin yang ceria. Semoga membawa makna yang lebih baik untuk anda semua. Bagaimana berat pun ujian yang di beri kepada kita, ingatlah Allah tidak akan menguji lebih dari kemampuan kita. Selebihnya untuk mengajar kita lebih tabah, sabar dan kuat untuk menjalani kehidupan seharian.

Kisah saya pada hari ini ialah mengenai sepasang kasut saya yang saya gunakan sehari-hari untuk ke tempat kerja. Sepasang kasut yang setia menemani saya, mengalas kaki saya, melindungi dari kecelakaan yang tidak terduga. Sedihnya kerana pada hari ini ianya sudah memberi tanda mahu berehat dari menemani saya. Tapak kasut saya telah terkopak dan terasa ketidakselesaan menggunakannya. Sebelah lagi masih boleh lagi berkhidmat tapi rasa kekok kerana tiada keseimbangan lagi semasa menggunakannya. Tinggi rendah.


Saya tak mahu ambil gambar kasut sebenar patri di sini sebab sangat tidak molek rupanya. Tidak mengapalah sebab kasut itu walau buruk banyak jasa pada saya. Biar hanya saya tahu sendiri.

Sudah berlaku begini, rasa hati sensitif sangat sebab kasut itu banyak berjasa kepada saya. Walau kasut tidak jenama yang penting selesa dalam memakai nya. Sudah berkira-kira mahu menyelamatkan nya untuk di baiki. Mahu singgah di bandar tiram di dalam perjalanan pulang kerja nanti bertemu tukang kasut. Moga kasut saya masih boleh di selamatkan lagi.

Ini kisah saya dan sepasang kasut.

Sekian.

No comments:

Post a Comment