Tuesday, 10 March 2015

Musim panas

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Sekarang musim panas. Kena jaga kesihatan, banyak minum air. Hujan sekali sekala. Kadang mendung sahaja. Hujan tak sempat turun. Tanah merekah menahan terik mentari. Banyak pokok layu. Rumput pun turut mengalami nasib yang sama. 

Cuaca panas begini kerap terjadi demam, batuk serta selsema kepada yang tidak cukup antibodi dalam badan. Begitu juga dengan anak Kucing anda. Untuk mengelak terjadi perkara sedemikian, Anda perlulah memberi mereka minuman air bersih yang cukup. Bagaimana kah untuk memastikan mereka mendapat air yang cukup?

Anda perlu menarik perhatian mereka untuk kerap minum air. Bagaimana kah caranya?
1) sediakan air minum yang bersih
2) kerap tukar air minum supaya sentiasa segar 
3) BOLEH juga sediakan air minum mereka di dalam bekas air minum yang berwarna terang. Warna terang mendorong mereka untuk pergi ke arah bekas air
4) jika mereka di dalam Sangkar yang bertingkat, sediakan bekas air minum di tempat laluan mereka. Jika mereka nampak bekas air pasti akan singgah dan jilat sedikit untuk minum.

Jadi untuk mengelakkan penyakit-penyakit musim panas melanda kepada Kucing kesayangan anda, boleh lah mencuba langkah-langkah seperti di atas. Dengan meminum air yang banyak pencernaan juga bersih serta dapat menghindar dari tersumbat pundi dan penyakit lain nya.

Sekian, semoga bermanfaat.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment