Thursday 17 April 2014

Kunci Rezeki

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google
Sumber rujukan:Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua buat pembaca setia saya. Bagaimana dengan keadaan hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Lebihkan bersedekah kerana itulah salah satu kunci murah rezeki selain amalan Dhuha. Kita buat kita dapat.


Selain sedekah dan Dhuha, kunci lain ialah berzikir. Dengan banyak berzikir boleh membawa seseorang kembali kepada Allah sedikit demi sedikit.

Perhatikan dalam kehidupan kita sendiri. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita ini secara kebetulan atau sebaliknya?    

Rezeki bukan hanya berbentuk harta sahaja. Apa jua yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. Sihat tubuh badan, cerdik suka berfikir juga rezeki. Semua adalah kelebihan kepada bentuk rezeki yang lain. 

Percayalah, jika betul caranya menjemput rezeki itu lagi mudah dari mencari.

Sekian semoga bermanfaat.



No comments:

Post a Comment