Tuesday 22 April 2014

Sumber Rezeki

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Semoga hari ini dan seterusnya hidup kita akan sentiasa memberi kebahagian dan keceriaan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Kalau kita perhatikan kehidupan kita seharian. Apa yang paling penting yang kita perlukan. Makan minum tempat tinggal kan? Dari mana semua itu? Dari hasil rezeki yang kita cari sehari-hari kan. Pagi sampai malam. Bangun pagi cari lagi.

Islam memang menggalak mencari rezeki. Dari sumber yang halal. Halal yang banyak tafsiran manusia. Setengah kata tidak boleh itu ini, setengah kata boleh itu ini. Terpulang, Allah beri akal untuk kita memilih yang mana baik dan buruk dalam kehidupan.

Halal begitu penting. Yang sudah berkeluarga upah yang di terima setiap hujung bulan itulah yang di gunakan untuk membeli keperluan keluarga. Makanan minuman. Yang akan jadi darah daging zuriat keturunan selama hayat. Jadi punca rezeki yang halal sangat penting.

Begitu banyak sumber rezeki di muka bumi ini. Makan gaji atau bekerja sendiri. Terpulang mengikut kesesuaian anda. Jangan bising sekiranya anak anda membuat perangai yang menjolok mata, kerap menyakitkan hati anda sebagai ibu bapa nya atau sukar menunaikan suruhan agama, silalah periksa kembali dari mana sumber rezeki yang anda dapati memberi makan minum mereka.

Ada orang berpanas berhujan, bersabong ribut petir, kasar kulit tapak tangan. Ada yang hanya duduk di pejabat, memeriksa dokumen, menyiapkan permintaan ketua atasan. Ada pula yang berjalan dari rumah ke rumah, telefon laptop depan mata. Yang mana satukah halal? Syyyh..itu urusan Allah. Allah lebih mengetahui segalanya. Serahkan semua pada Allah. Kita terus jalankan tanggungjawab dan kewajipan kita.

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan



No comments:

Post a Comment