Wednesday 5 August 2015

Anak kecil itu... Bahagian 2

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum wbt,

Kisah pagi tadi...
MR baru selesai hantar NA ke sekolah.
Melintasi depan padang di hadapan rumah terlihat susuk tubuh kecil. Oh anak kecil itu meniti jalan tepi padang.
MR segera memberhentikan kereta dan pantas menjerit memanggil anak itu.
Mata pantas melihat jam di dalam kereta. Jam menunjukkan 7:11pagi. Oh sudah lewat...
"Cepat nak pergi sekolah kan..
Pantas anak tersebut menuju ke kereta
Terus MR memecut kereta menghala jalan ke sekolah kembali.
"Acik baru lepas hantar anak acik.. MR membuka bicara
"Dah sarapan belum?
"Sudah acik. Sarap ayam dengan peria...jawapan keluar dari mulut anak itu
"Oh makan nasi ye. Alhamdullilah teratur juga dirinya.. Bercakap sendiri MR di dalam hati.
"Ibu masak ye?
Anak itu mengganguk kepala tanda mengiakan MR
"Kenapa lambat? Bangun lambat ke?
"Tak, bangun pukul 6. Mandi pakai baju baru keluar rumah
"Tengok dah takde orang dah ni. Semua dah masuk kelas. Jalan lengang. Takut gate dah tutup je. Jam menunjukkan pukul 7:15..
"Lain kali tak mahu lambat lagi ye pergi sekolah..
MR memberhentikan kereta di depan pagar sekolah. Mujur ada 2 3 budak lagi yang masih di situ
"Ok sudah sampai
"Terima kasih acik
"Ye
MR memerhati anak tersebut masuk perkarangan sekolah. Guru sudah tiada di situ. Masa hantar NA guru masih ada lagi memerhati murid.

Ada hingus meleleh di hidungnya. Kasihan dia. Tiada pula kotak tisu di dalam kereta. Bau baju sekolah juga tidak segar. Begitu agaknya kalau penampilan NA ke sekolah tidak molek. Mungkin juga di kata orang. NA tidak pandai lagi memakai tudung. Sering skaf penutup rambut nya menurun hingga menutup mata. Hish risau memikir NA ni..

Berbalik kisah anak tadi. Allah menghantar lagi anak itu untuk MR berbuat lagi kebaikan. Allah beri MR peluang lagi untuk kumpul pahala. Betapa Allah sayang pada hambanya kan. Setiap yang berlaku di dalam setiap kejadian di dunia ini ada hikmah tersendiri.

Seperti episod pertemuan yang lalu, kali ini juga tidak sempat bertanya nama dan selfie berdua. Allah jumpakan lagi kami untuk kali ke2. Alhamdullilah.

Sekian. Semoga bermanfaat.
**************************************************
Selamat datang pelajar baru Ogos 2015. Bergabung dengan kami melebihi 2000 blog, kami menerima pendaftaran setiap hari. 

Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH.
Boleh daftar mana-mana kelas online ABDR berikut.
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog, fanpage mula bisnes
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan ebook pertama
5. Kelas penulisan kreatif
6. Kelas telekung solat borong dan runcit
7. Kelas asas wordpress
8. Kelas mula bisnes makanan sunnah
9. Kelas mula bisnes projek raya
10. Kelas akaun online/offline
11. Tempahan blog bisnes 5 hari siap
12. Beriklan dengan kami di pautan melebihi 1000 blog
13. Pendaftaran pengurus online/rakan niaga Akademi Bekerja Di Rumah.

Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda.

Boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas di:-
Email:- shehrenshahadan@gmail.com
FB:- Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment