Wednesday 9 September 2015

Berpindah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt,

Pembaca yang di rahmati Allah.

Sudah hampir 3 minggu NA berpindah ke sekolah baru. Alhamdullilah, anak manja itu mudah menyesuaikan diri dengan guru dan rakan baru. 

Berpindah ke ruang baru segalanya masih kekok belaka. Berusaha sedaya mungkin menyelesakan diri dengan keadaan baru. Terutama 17 anak bulu saya. Jenuh jugak mahu mententeramkan mereka untuk berasa selamat dengan persekitaran baru. Lagi pulak si mami kembang mengandung. Tiba-tiba perut semakin membesar. Bila di tanya tunduk je muka.. ( kalau berjawab femeslah dia kan)...Memang mencabar jaga anak dara ni kan...

Kesibukan mengurus masa dan kehidupan di tempat baru membataskan aktiviti harian yang biasa. Kelembapan line internet di tempat baru juga membataskan aktiviti update blog seperti selalu. Tapi itu bukan alasan.

Saya masih lagi bekerja seperti biasa seperti selalu. Dengan niat membantu keluarga, perjalanan yang panjang hampir 2 jam seperjalanan, doa kepada illahi saya mohon setiap memula perjalanan semoga di lindung dari sebarang kecelakaan dan dugaan.

Perpindahan ini memberi makna yang banyak buat saya. Buat saya lebih yakin diri, lebih berani, lebih berhati-hati untuk meneruskan kehidupan sehari-hari. Apa lagi yang saya mahukan selain kehidupan yang sangat tenang, di keliling keluarga tersayang. Doakan saya semoga terus tabah hadapi hari mendatang.

Belanja satu pic mami n new born baby


Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
=============================
Selamat datang juga pelajar baru September 2015. Bergabung dengan kami melebihi 2000 blog, kami menerima pendaftaran setiap hari. 

Kami dari jemaah ABDR menyediakan peluang dan ruang bagi kalian suri yang mahu belajar asas penulisan dan bina kedai online.
Belajar asas memaksimakan pemasaran percuma melalui blog dan juga facebook.
-Belajar asas berjualan melalui program dropship.
-Belajar menjual produk fizikal.
-Belajar menjual produk digital.
-Juga belajar bagaimana memulakan usaha menabung dan pendapatan aktif tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar.

2 pakej kelas utama yang popular sepanjang tahun ialah

KELAS ASAS BLOG PENULISAN:
1. Belajar asas blog (blogspot)
2. Belajar menulis berdasarkan apa FOKUS PENULISAN berdasarkan siapa PEMBACA SASARAN.
3. Tukar pembaca kepada PELANGGAN.
4. Belajar menulis secara konsisten.
5. Jadikan minat, kemahiran dan kepakaran sedia ada tukar dalam bentuk penulisan. Jadikan ia sebagai panduan.
6. Tukar blog yang tidak ada pembaca dengan membina 'kelompok' pembaca sasaran.
7. Apabila blog sudah mempunyai sasaran pembaca yang 'tepat', maka sudah boleh ditukar kepada pembeli.
8. Blog adalah salah satu medium pemasaran percuma. Namun penulisan yang bagus dapat membina pengaruh kepada pembaca.
9.Kelas asas blog dan penulisan perlu menguasai 44 entri dan 5 label. Ia akan diberikan selepas daftar dan analisa.

2. KELAS ASAS BLOG MULA BISNES
1. Bina kedai online asas berdasarkan apa produk atau servis. Contoh produk pakaian, makanan, butik, produk kesihatan, kecantikan.
2. Kelas ini khusus untuk surirumah yang benar-benar zero tentang urusniaga online.
3. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
4. Mahu mula tetapi tidak ada produk. ABDR menyediakan beberapa produk piihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan.
5. Belajar jana pendapatan melalui blog.
6. Asas kedai online, borang tempahan, lima label utama.
7. Sudah ada shopping cart, juga boleh bina blog khusus untuk aliran pembaca kepada pelanggan.
8. Mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh
Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda.

Mahu sertai kami di ABDR?

Boleh hubungi saya:

FB:-Shehren Shahadan

Email:-shehrenshahadan@gmail.com


1 comment:

  1. Best Slots By Software - DrMCD
    Find your favourite slot by software in online 부천 출장샵 casinos. Get the latest bonuses, 남양주 출장샵 news and 정읍 출장샵 insight into the games, payouts and much 보령 출장마사지 more. Rating: 순천 출장샵 4.1 · ‎Review by Dr

    ReplyDelete