Tuesday, 4 March 2014

Tips mengenali kucing anda

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekelian tips mengenali Kucing anda. Dari sumber pembacaan yang saya perolehi dapat saya rumuskan
antara perkara yang perlu anda teliti dan ketahui ialah :

• Kucing tidak mempunyai deria rasa.
• anda tidak boleh selalu memandikan Kucing kerana air boleh menyebabkan kucing jatuh sakit dan lemah.
• Kucing tidak boleh makan apa sekalipun jenis coklat dan benda manis. Coklat itu racun bagi kucing
• anak kucing perlu tidur 12 jam utk proses pembesaran mereka.
• Ingatan kucing sangat kuat. Kadang-kadang terjadi sudah buang kucing, Kucing boleh pulang semula ke rumah tuannya
• pakar vet mengatakan makanan mentah utk kucing boleh menyebabkan cacing dan kancing gigi pada kucing anda.
• perlu biarkan kucing anda selepas bersalin keluar mencari ubatan dan herbanya sendiri.
• tulang anak kucing sangat lembut elakkan bermain bersama anak kucing secara kasar dan ganas.
• Kucing berwarna putih selalunya pekak. Si cantik ini senang di serang penyakit kanser kulit, kurap, dan selalu sakit. Elakkan mereka dari bermain di waktu panas terik ye.

Sedikit perkongsian dari saya, memelihara haiwan peliharaan bukan semata sebab nampak ia cantik kita pelihara. Sebaiknya tanamkan dalam diri memeliharanya sebagai amanah dari Allah. InsyaAllah akan di permudahkan urusan kita untuk memeliharanya.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068

Monday, 3 March 2014

Tips pemilihan Kucing yang sihat

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca tips memilih Kucing yang sihat.

Bagaimana kita hendak mengetahui Kucing kita sihat atau tidak? Antara aspek fizikal yang perlu di beri perhatian adalah seperti berikut:-

• mata kelihatan jernih dan bersinar. Tiada tahi mata, bengkak merah atau kelopak mata ketiga.
• hidung sedikit lembab. Bernafas dengan teratur dan periksa kekerapan ia bersin (jika ada).
• mempunyai barisan gigi yang tersusun.
• telinga bersih tanpa tahi telinga berlebihan.
• bulu badan kelihatan berkilat tanpa tanda-tanda kehadiran kutu dan kelemumur.
• bahagian punggung bersih. Periksa najis untuk memastikan ia tidak mengalami cirit-birit.
• perut kelihatan agak membulat. Periksa perut tidak mempunyai sebarang benjolan dan tidak keras apabila di sentuh.
• pastikan Kucing anda mendapat vaksin teratur dari vet pilihan anda.

Memiliki Kucing yang sihat adalah idaman setiap pencinta haiwan ini. Kucing ada yang anda bole ambil di jalanan atau beli di kedai-kedai haiwan. Kucing bermasalah dan terbiar masih boleh dibela tetapi anda harus hantar ke klinik haiwan dahulu untuk diperiksa tahap kesihatannya.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068

Saturday, 1 March 2014

Perkhidmatan Pos Laju

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini, mesti semua pembaca dapat agak apa yang saya hendak kongsikan. Tapi sebenarnya bukan itu, tetapi perniagaan atau servis yang tidak boleh menggunakan perkhidmatan pos. Tak kisah lah pos laju atau tidak.

Idea untuk menulis entri ini terhasil apabila mengikut suami mencuci keretanya di pusat cuci kereta. Terima kasih kepada Encik suami yang menimbulkan idea ini.

Inilah salah satu perniagaan atau perkhidmatan yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan Encik posmen yang baik hati. Cuci kereta merupakan salah satu perniagaan yang boleh memberi pulangan lumayan. Rata-rata masyarakat Malaysia menggunakan kereta jadi perniagaan cuci kereta ini memanglah berbaloi-baloi pulangan nya.

Jadi kepada para pembaca sekelian mari kongsi bersama saya jenis-jenis perkhidmatan atau perniagaan yang tidak menggunakan pos sebagai perantara.
Boleh kongsikan di FB@Shehren Shahadan.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068

Thursday, 27 February 2014

Tips Pembersihan Telinga Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua tips pembersihan telinga Kucing.

Ceritanya, anak bujang saya Yeyen mendapat jangkitan kuman di telinga. Saya hanya menyedari apabila ternampak tompokan merah di telinga nya semasa memandikannya pada hari ahad yang lepas. Puas membelek baru menyedari sang anak terkena jangkitan kutu hitam.

    Gambar menunjukkan Yeyen sedang     menahan kesakitan apabila ubat sedang bekerja di dalam telinganya.

Merah telinga mengelupas sebab berdarah dan menggaru kegatalan. Untuk mengatasi masalah kutu di telinga yeyen saya gunakan ini sebagai proses pembenterasan yang cepat. Perasaan marah dan geram saya meluas-luap apa bola melihat keadaan yeyen begitu.

Cara pertama : saya mengunakan cecair berubat 'surolan' serta putik kapas untuk membersihkan dalam telinga Yeyen. Lihatlah hasil pembersihan.

Cara kedua : Selesai proses pembersihan, saya gunakan ini pula untuk menyejukkan sekitar telinga Yeyen. Ini berupa krim. Mungkin pedih agaknya bila di sapukan krim ini di telinganya Yeyen mengerang kesakitan. Krim 'Canisep' ini bertindak sebagai antibacterial, anti maggot dan anti fugal.

Untuk sementara ini, saya akan menggunakan ubatan di atas untuk merawat telinga Yeyen saya. Apa yang akan berlaku seterusnya saya akan update di blog kemudian.

Sehingga bersua kembali.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068

Tuesday, 25 February 2014

Ulasan Kelas Asas Blog &Fan-page

Ulasan Kelas Asas Blog &Fan-page 

Guru Online : Zaila Mohamad

Sumber : http://norfahdillahtullelakhalil.blogspot.com/2014/01/perjalanan-hidupku-sebagai-blogger.html

Bismillah.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Melalui pengalaman saya yang bekerja dari rumah ini, blog merupakan medium yang sangat-sangat berkesan dari segi pemasaran dan yang paling penting salah satu cara untuk saya memperkenalkan diri kepada pelanggan dan bakal pelanggan secara tidak langsung. Secara realitinya, saya tidak mampu untuk bersua muka dan bercerita kisah perjalanan bisnes bakeri saya pada setiap pelanggan. Dengan cara menulis blog ini, para pembaca akan dapat membaca perjalanan bisnes saya dengan lebih jujur dan terperinci.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk belajar menulis blog secara serius dan mungkin ada cita-cita untuk bekerja dari rumah boleh sertai kami di Akademi Bekerja Dari Rumah dan menjadi salah seorang pelajar kelas asas blog bersama cikgu Pn. Zaila Mohamad. Jangan segan-segan untuk hubungi Pn. Zaila melalui FB beliau (FB: Zaila Mohamad).

**************************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Sunday, 23 February 2014

Rescue

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini saya akan berkongsi dengan saudara pembaca semua mengenai kisah Kucing jalanan. Ini lah 'baby' yang saya selamatkan dari terus di sepak dan di perlekehkan oleh segelintir manusia. Keadaannya semasa saya mengambilnya sangat kotor, penuh dengan kutu dan tidak bermaya. Kasihan melihatnya, saya minta izin suami untuk membawanya pulang bersama. Mujur suami saya juga memahami dan mengizinkan saya menjaga baby.

Sesampai di rumah, saya segera memandikan dan membersihkannya. Di basahi air saya melihat badanya yang kecil dan nampak rangka. Sebak dada saya, menangis melihat keadaan baby yang sungguh simpati. Saya terfikir sebelum saya menemuinya bagaimana dia makan? Di mana dia tidur? Sebak dada saya. Saya tahu dia sudah lama tidak dapat makanan yang sempurna. Anak sekecilnya mengharung hidup yang penuh pahit ini sendiri. Ketika menaip entri ini pun saya bergenang airmata.

Saya berdoa semoga baby kuat semangat. Saya dapat jaga dia sampai dia betul sihat dan dia dapat bermain bersama Kucing-Kucing saya yang lain. Ketika saya menaip entri ini, baby di sebelah sedang tidur. Saya tahu selama ini mungkin baby tidak dapat tidur yang sempurna. Doakan baby saya kuat dan saya dapat membela nasibnya.

Entri ini bukan bertujuan menunjuk atau sebagainya. Selebihnya saya mengharapkan entri ini dapat memberi kesedaran kepada semua bahawa haiwan juga patut di layan dengan sempurna. 

Sehingga bersua kembali. Salam kasih Sayang buat semua. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 21 February 2014

Membina Keluarga

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian. 

Entry kali ini saya akan berkongsi dengan para pembaca sekelian bagaimanakah permulaan kucing induk jantan mencari keluarganya sendiri. Membina keluarga sendiri selepas matang dan mencari pasangan untuk berkahwin.

Pemilihan induk betina oleh induk jantan untuk berkahwin di lakukan pada musim mengawan. Induk betina (si ibu) bersedia mengawan sekitar bulan Mac hingga April dan sepanjang pertengahan musim panas bulan Jun dan sekitar bulan September.

Antara perkara yang perlu anda ketahui sewaktu tempoh mengawan dan kehamilan ialah :-
• selepas mengawan si ibu akan membunting selama tempoh 65 hari
• ibu Kucing yang bunting akan bertambah berat badan sebanyak 1 hingga 2 kilogram dan perutnya akan membesar.
• apabila hampir hendak melahirkan, si ibu akan sibuk mencari sarang atau tempat sesuai untuk melahirkan anaknya pada tempat tenang dan senyap. Kadang kala tempat yang di pilih amat pelik seperti di ceruk bangsal, rimbunan rumput dan daun kering, belakang sofa dan tempat yang di rasakan si ibu selamat untuk melahirkan anaknya.
• kebanyakan pemilik kucing pula mengharapkan si ibu akan melahirkan bayi mereka di tempat yang telah di sediakan. Kadang si ibu tidak suka di pertontonkan dan lebih suka melahirkan anak dalam keadaan lebih 'privacy'.

Proses kelahiran pula bermula apabila :-
• si ibu tercungap-cungap dan berdengkur. Sejurus kemudian seekor demi seekor anaknya di lahirkan. Kebiasaannya, si ibu melahirkan semua anaknya dalam satu hari.
• si ibu pula akan mengigit putus tali pusat yang bersambung ke perut anaknya. 
• kebanyakan ibu Kucing akan me lahirkan empat hingga enam ekor anak Kucing sekali kelahiran. Tetapi ada juga yang bole mencecah sehingga 12 ekor. 

Pengalaman peribadi saya menyaksikan kucing peliharaan saya melahirkan 9 ekor  anaknya. Proses kelahiran yang memakan masa yang panjang menyebabkan si ibu letih dan tidak bermaya. Selepas puas membersihkan anak-anaknya barulah si ibu memberi anak-anaknya menyusu dan si ibu mengambil peluang untuk berehat.

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.