Sunday 23 February 2014

Rescue

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.


Entri kali ini saya akan berkongsi dengan saudara pembaca semua mengenai kisah Kucing jalanan. Ini lah 'baby' yang saya selamatkan dari terus di sepak dan di perlekehkan oleh segelintir manusia. Keadaannya semasa saya mengambilnya sangat kotor, penuh dengan kutu dan tidak bermaya. Kasihan melihatnya, saya minta izin suami untuk membawanya pulang bersama. Mujur suami saya juga memahami dan mengizinkan saya menjaga baby.

Sesampai di rumah, saya segera memandikan dan membersihkannya. Di basahi air saya melihat badanya yang kecil dan nampak rangka. Sebak dada saya, menangis melihat keadaan baby yang sungguh simpati. Saya terfikir sebelum saya menemuinya bagaimana dia makan? Di mana dia tidur? Sebak dada saya. Saya tahu dia sudah lama tidak dapat makanan yang sempurna. Anak sekecilnya mengharung hidup yang penuh pahit ini sendiri. Ketika menaip entri ini pun saya bergenang airmata.

Saya berdoa semoga baby kuat semangat. Saya dapat jaga dia sampai dia betul sihat dan dia dapat bermain bersama Kucing-Kucing saya yang lain. Ketika saya menaip entri ini, baby di sebelah sedang tidur. Saya tahu selama ini mungkin baby tidak dapat tidur yang sempurna. Doakan baby saya kuat dan saya dapat membela nasibnya.

Entri ini bukan bertujuan menunjuk atau sebagainya. Selebihnya saya mengharapkan entri ini dapat memberi kesedaran kepada semua bahawa haiwan juga patut di layan dengan sempurna. 

Sehingga bersua kembali. Salam kasih Sayang buat semua. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

2 comments:

  1. assalamualaikum puan shehren. kesiannya baby..baby dah tak ada kan. :( sedih saya membacanya

    ReplyDelete
  2. Wslm ye baby dh tiada puan. Sy redha. Myb dia sudh lma menderita

    ReplyDelete