Saturday 15 February 2014

Mencegah Dari Penyakit

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian.

Entry kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk mencegah dan merawat penyakit yang ada pada kucing.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Kucing mempunyai pelbagai penyakit seperti juga manusia. Penawarnya ada di jumpai dan juga ada yang belum di temui sehingga kini.

Pengalaman saya menjaga kucing mendapat penyakit 'sporo' sangat mencabar dan memerlukan perhatian khusus semasa merawat penyakit tersebut. Keperihatinan dan kesabaran amat di perlukan dalam menangani permasalahan ini.

Untuk menyelesaikan masalah penyakit Kucing saya ini, saya telah membawa Kucing saya berjumpa pakar veterinar untuk proses rawatan. Di samping memberi ubatan dari Klinik haiwan, saya juga telah membuka pertanyaan di FB @Dunia Kucing untuk memperoleh pandangan serta penyelesaian masalah Kucing saya itu.

Saya bersyukur di kelilingi sahabat dan rakan-rakan yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam permasalahan saya ini. Mana-mana kalangan kawan FB yang pernah menghadapi masalah seperti saya telah berkongsi cara untuk mengatasi masalah penyakit sporo itu. Di situlah saya baru mengetahui pelbagai ubatan khusus untuk kucing ada di pasaran. Mengenali penggunaan cuka epal untuk mengatasi masalah kucing kencing berdarah. Mengenali TF (Transfer Factor) untuk meningkatkan imunisasi pada badan kucing. Pengambilan BW untuk makanan tambahan si kucing.

Barulah saya mengetahui bahawa menjaga haiwan peliharaan tidak semudah yang di sangka. Kalangan kawan Kucing yang saya kenali di alam maya FB, dari kiriman-kiriman gambar yang di muat turun mengambarkan mereka pemilik-pemilik kucing yang sangat perihatin. Menyayangi kucing mereka seperti anak sendiri. Bahagian nye melihat kehidupan mereka.

Setelah hampir 3 bulan, Kucing saya hampir pulih dari penyakit yang di hadapi nye. Belum pulih sepenuhnya tetapi saya bersyukur kucing saya hampir pulih dan dia kuat semangat untuk menentang penyakitnya itu. Ini semua saya dapati dari pengamatan saya menerima nasihat dan pandangan dari kawan-kawan kucing saya.

Untuk kesimpulan, menjaga Kucing kita yang sakit dan bermasalah perlu merujuk dan mencari jalan penyelesaian yang betul. Merujuk doktor haiwan, membaca buku berkenaan haiwan peliharaan dan sebagainya. Sebagai pemilik kita perlu menunjukkan sikap perihatin kita dan kasih Sayang kepada haiwan peliharaan kita semasa sihat mahupun sakit.

Untuk mencegah Kucing kita dari penyakit-penyakit berbahaya, kita perlulah menyediakan makanan yang baik, keperluan yang cukup, mendapatkan mereka suntikan cegah penyakit. Ini semua adalah tindakan awal pencegahan.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua pembaca sekelian.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment