Thursday 13 February 2014

Hospital

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari illahi.

Kita sedia maklum hospital tempat tumpuan orang ramai. Tempat mencari ubat untuk sebarang penyakit. Tempat terkumpul banyak penyakit. Tempat menginsafkan diri.

Hospital tempat yang mempunyai peraturan. Tidak memandang pangkat atau sebagainya yang ada pada anda. Sekiranya anda mahu menerima rawatan awal untuk penyakit anda, anda perlu datang awal untuk mendaftar. Jangan mengharapkan rawatan segera jika anda mendaftar lewat. Bersabarlah menunggu sehingga nombor giliran anda di panggil.



Jika anda merasakan anda seorang yang malang, datanglah menziarahi hospital. Di  hospital pelbagai macam akan anda temui. Pesakit yang datang mengharapkan penawar bersilih ganti,  pesakit kemalangan, ibu bersalin, rengekan anak kecil menangis, kaki tangan berbalut, dan juga kesetiaan pasangan atau ahli keluarga menemani pesakit menerima rawatan. Hingga pada akhirnya anda merasakan syukur aku masih lagi sihat masih mampu berdiri, pergi kerja, makan dan sebagainya. 

Sungguh hospital boleh menjadi tempat menginsafkan diri mensyukuri apa yang ada pada diri. Bayangkan jika sakit teruk, terbaring sahaja di katil hospital mesti menginginkan kehidupan dulu yang sihat, ceria gembira. Oleh itu kita hendaklah menghargai menjaga kesihatan kita untuk meneruskan kehidupan kita selanjutnya.

Semoga bersua kembali. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment