Monday 17 February 2014

Makanan Tambahan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari illahi.

Entri kali ini saya akan bawakan kepada para pembaca semua mengenai makanan tambahan yang sesuai untuk kucing anda. Tidak di nafikan makanan tambahan ini perlu untuk menjaga tahap kesihatan kucing kesayangan anda. 

Apakah yang perlu anda ketahui sebelum memberi Kucing anda makanan tambahan? Tahukah anda makanan tambahan boleh di berikan jika kucing anda kurang sihat.

Jenis-jenis makanan tambahan untuk kucing terdiri daripada :-
• Vitamin dan Mineral
Terdapat pelbagai vitamin dan multivitamin untuk kucing. Makanan kucing sediada mengandungi multivitamin dan mineral mencukupi yang di perlukan oleh kucing.

• Omega 3
Umur mengetahui kandungan Omega 3 baik untuk manusia juga haiwan. Pengambilan menjadikan bulu Kucing berkilat dan kurang gugur. Memberi perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, sendi, mengurangkan tekanan jantung dan juga menurunkan kolestrol pada kucing.

• Probiotic
Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yang biasa didapati dalam yogurt). 

Senarai herba semulajadi yang memberi manfaat kepada kucing antaranya ialah :-
• Goldenseal
• Cat's Claw
• Cat Thyme
• Valerian

Para pengeluar makanan tambahan semestinya mengharapkan produk keluaran mereka menepati kehendak pelanggan dan juga pasaran. Pengeluar produk mesti sedaya upaya memastikan produk keluaran mereka cukup lengkap dengan senarai panjang deretan nama vitamin.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza. Jadi sebagai pemilik anda perlu berhati-hati dalam memastikan makanan tambahan yang di beri. Pemberian makanan tambahan yang terlalu banyak juga bakal memudaratkan kucing kesayangan anda. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang vitamin untuk kucing anda.

Jadi, saya merasakan lebih selamat jika kita memberikan kucing-kucing kita natural herb yang mudah di dapati di sekeliling kita.
"Remember, more is not always better"

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan


No comments:

Post a Comment