Thursday 20 February 2014

Anak Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Entri kali ini saya akan bawakan kepada pembaca sekelian mengenai anak kucing. Antara perkara yang perlu anda tahu tentang anak kucing ialah :-

• Anak kucing yang baru lahir hampir tidak bermaya. Anak kucing yang baru lahir sangat kecil, lemah dan tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas.
• Anak kucing akan bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk memastikan dirinya selamat. Ibu akan sentiasa menjilat dan membersihkan untuk menghangat.
• Salah satu perkara pertama di lakukan anak Kucing ialah menghisap susu ibunya. Setiap anak Kucing seperinduk mempunyai puting susu masing-masing di bahagian bawah badan ibu.
• Sekiranya anda mempunyai ibu kucing beranak kecil di rumah pasti menyedari perubahan apabila si ibu sering memindahkan anak-anaknya ke tempat lain. Hal ini berlaku apabila si ibu merasa terancam atau tidak selamat.
• Semasa berusia tiga minggu, anak kucing mula melihat sekeliling, mendengar dan boleh merangkak atau menyeretkan kakinya.
• Purata berat anak kucing yang lahir kira-kira 100 gram dan berat ini biasanya bertambah 2 kali ganda dalam tempoh 10 hari sahaja.
• Anak kucing seperinduk akan tetap menjadi kawan baik. Anak Kucing ini boleh bermain bersama walaupun apa yang kita saksikan 'permainan' yang di mainkan adalah kasar.
• Apabila usia mereka menjangkau enam-tujuh minggu, anak kucing akan mula 'main kejar-kejar'. Anak Kucing akan mengejar ekor masing-masing yang bergerak dan menerkam objek kecil seperti bola berbulu dan toys lembut.
• Selepas kira-kira sebulan, anak kucing sudah agak kuat untuk 'pergi merayau-rayau' dengan ibunya. Si anak akan mengikuti ibunya semasa merayau-rayau, menghidu dan mencakar apa sahaja yang di jumpai. Menggunakan ekor ibunya sebagai panduan.

Sebaiknya menyerahkan anak kucing anda kepada pemilik baru semasa anak kucing anda berusia seawal 8 minggu. Kerana pada masa itu mereka sudah sedia di pisahkan. Jika mereka masih bersama, maka ia akan berpisah dengan ibunya kira-kira umur mereka 6 bulan.

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan








No comments:

Post a Comment