Sunday, 11 May 2014

Matlamat ABDR

Teks:Shehren Shahadan

Salam hormat pembaca sekelian. Sementara idea masih segar saya coretkan di sini untuk kita sama berkongsi manfaatnya. Masa sekarang pantas berlalu. Seharian di rumah tidak terasa. Segala benda kaki tangan nak capai semua nak selesaikan semua. Akhirnya tersadai kepenatan. Rehat sekejap.

Pagi yang indah, saya berkesempatan menghantar si buah hati kesayangan ke sekolah. Betapa gembiranya ekspresi mukanya apabila mama nya menawarkan khidmat penghantaran ke sekolah.

Seperti selalu keadaan memang sibuk, lagi hari ini hari ahad. Kebanyakan ibu bapa mengambil kesempatan cuti hujung minggu ini untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Oh ye di Johor, Ahad hari bersekolah, bekerja untuk  anak-anak dan kakitangan awam (termasuk suami saya).

Saya menghantar anak berjalan kaki ke sekolah. Sengaja meletakkan kenderaan jauh sedikit. Selesai penghantaran dia ke pintu masuk sekolah, saya berpatah balik ke tempat saya meletakkan kereta dan ternampak sesuatu yang menarik perhatian saya.

Apakah yang berkerumun di situ. Hati saya kuat untuk mengetahui. Kaki ini tanpa saya sedari melangkah melintasi jalanraya. Mujur kenderaaan sudah kurang melalui jalan depan sekolah. Cepat kaki melangkah, rupanya orang berkerumun membeli makanan pagi. Macam-macam ada. Boleh di lihat penuh di atas meja dengan tulisan yang jelas penandaan setiap bekas makanan. Bagus. Memudahkan pelanggan. 

Tetapi kenapa ramai sangat seolah penjual. Saya pun meringankan mulut menyelidik. Detektif Rin menjalankan tugas. Oh, mereka surirumah kawasan berdekatan bergabung menjual sarapan pagi. Oh, ini sangat bagus. Surirumah berpendapatan. Siapa kata surirumah hanya duduk di rumah sahaja? Siapa kata? 

Kakak suri-suri tersebut telah melakukan sesuatu yang bernas. Dan saya sangat kagum dengan mereka. Semangat mereka kuat untuk membantu suami dan juga mempunyai pendapatan sendiri untuk membeli keperluan sendiri juga anak-anak mereka.

Dan itu jugalah matlamat kami di ABDR (Akademi Bekerja Di Rumah). Matlamat mengembalikan kaum wanita pulang ke rumah kembali menjaga keluarga dengan berpendapatan sendiri. Malah boleh menjadi pencetus inspirasi kepada wanita yang lain di luar sana.

Untuk yang masih tercari-cari konsep atau bahan bacaan untuk menambah ilmu bolehlah membeli ebook seperti di bawah terlebih dahulu. Mana tahu sudah selesai baca 2 ebook ini baru menyedari potensi diri anda yang lama tersembunyi. Ayuh, mulakan langkah mu.

Ebook Super WAHM Super Mom~mengandungi banyak Sumber-sumber inspirasi wanita berjaya di luar sana yang boleh anda jadikan contoh untuk kehidupan anda. 

Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes~deretan senarai perniagaan yang boleh di lakukan hanya dari rumah. Seperti kisah kakak suri yang saya kongsikan tadi. Banyak cara dan pendedahan di kongsikan di dalam ebook yang ISTIMEWA ini.

Dapatkan dengan segera kerana sekarang sedang berlangsung promosi seperti tertera gambar di bawah. Hubungi saya untuk keterangan lanjut ye puan/tuan/Cik Adik manis.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 10 May 2014

Tips mencuci gigi

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya sayangi. Semoga kita semua mendapat redha dari Allah. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Selalu ke tidak anda mencium-cium Kucing kesayangan anda?

Bau nafas mereka pernah ke tidak?

Bau nafas busuk bermakna Kucing anda mempunyai masalah mulut dan gusi. Sama juga seperti manusia, penjagaan mulut dan gigi yang tidak telus boleh mendatangkan ketidaksenangan kepada sekeliling anda.

Cara periksa
1) gusi kucing kebiasaannya berwarna merah jambu, tetapi tidak kemerahan sehingga ke gigi.
2) gigi kuning perlu di pastikan sentiasa putih dan bersih tanpa ada selaput tar atau berkaries gigi.

Macam-macam di pasaran memenuhi keperluan si manja kesayangan anda. Terdapat ubat gigi perisa daging untuk membuatkan Kucing anda gemar mengosok gigi mereka. Ubat gigi perisa daging akan menyebabkan Kucing anda berselera dan gembira membiarkan anda mengosok gigi mereka selalu. Cubalah cari di kedai haiwan atau tanya doktor haiwan kebiasaan anda.

Juga boleh mencari alternatif lain untuk membersihkan gigi menggunakan antiseptik perkumuhan yang boleh di dapati di vet berhampiran.

Dapatkan nasihat doktor jika timbul keraguan.

Sekian. Semoga bermanfaat.
****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday, 8 May 2014

Simpang Bertemu Simpang

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pembaca yang saya sayangi. Semoga pembaca yang saya sayangi sentiasa mendapat redha Allah. Semoga kehidupan kita sentiasa memberi manfaat kepada yang lain. 

Entri kali ini berbeza dari biasa. Jarang benar saya kongsikan tentang kehidupan saya di sini. Tetapi demi menghargai para pembaca dan pengikut blog yang sentiasa Setia bersama saya selama saya  dan blog ini lahir, saya hadiahkan perkongsian ini untuk anda semua yang saya sayangi.

Simpang bertemu simpang...hanya yang faham sahaja akan tersenyum mengulum bicara.

Semoga jodoh berpanjangan sampai je akhir hayat kamu berdua. Semoga ikatan silatulrahim yang terjalin ini berkekalan selamanya. Aamin.

Sekian. Semoga bersua kembali.

****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Wednesday, 7 May 2014

Tips memilih masa mandian

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca setia saya yang amat di sayangi. Saya mendoakan kalian semua mendapat kebahagian dalam kehidupan. Kebahagian boleh tercapai mengikut pilihan yang kita pilih. Kehidupan yang kita lalui semakin memberi banyak pilihan. Semoga kita semua dapat memilih pilihan yang tepat untuk kehidupan kita.

Cium kucing di rumah hari-hari makin bau macam-macam. Hendak di kurung selalu takut terasa bosan. Jadi saya lepaskan di bawah pengawasan saya dan juga suami. Riang gembira mereka bergomol bersama di hamparan rumput di depan rumah saya yang hanya sekangkang kera. Bergolek di jalan raya juga di bawah pengawasan saya. Seronok agaknya bergolek-golek begitu.

Mandian perlu bagi mengekalkan kesegaran kucing di samping membersihkan bulu kucing yang melekat kotoran akibat hobi kucing yang gemar berguling di atas pasir atau tempat kotor ( kan sama seperti kucing saya ). Bulu akan menjadi sihat dan rapi selepas di mandikan dan di sikat menggunakan sikat khas untuk kucing.

Gunakan syampoo yang khusus untuk kucing. Jangan gunakan syampoo yang sembarangan di khuatiri boleh mendatangkan kesan sampingan kepada kucing anda.

Boleh juga sediakan jadual mandian jika anda memiliki kucing yang banyak. Mandian boleh diamalkan mengikut jadual dan tempoh tertentu secara berdisplin.

Amalan ini dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan parasit seperti kutu, Hama dan kurap pada kucing anda. Bagaimanapun elakkan memandikan kucing anda sewaktu hujan, pada waktu malam, atau waktu kucing anda tidak sihat seperti demam atau selsema. Ini di khuatiri akan lebih memburukkan tahap kesihatan kucing kesayangan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday, 6 May 2014

Tips memilih bekas makanan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekelian yang saya sayangi. Apa khabar kalian semua? Yang mempunyai si comel di rumah bagaimana keadaan si manja anda. Sedikit saya kongsikan keadaan di rumah saya, si ibu yang tidak lagi di neuter kan itu sudah mula menyanyi. Itu menandakan musim mengawan sudah kembali lagi. Bukan tidak mahu di mandulkan tetapi si ibu baru baik betul dari sporo yang di hidapi.

Tips memilih bekas makanan ialah:-
1) pastikan bekas makanan mestilah sentiasa bersih supaya tidak tercemar dengan sebarang kuman atau jangkitan bakteria.
2) mestilah tidak mudah pecah
3) tidak mudah berkarat
4) jangan sediakan bekas makanan yang mudah terlingkup

Kebanyakkan pemilik kucing menyediakan bekas makanan yang berunsur seramik, stainless steel, plastik atau juga kaca plastik.

Tidak perlu menyediakan mereka keperluan bekas makanan yang cantik, berwarna-warni dan bling-bling. Cukup satu bekas makanan yang selamat dan selesa untuk mereka. Kadang kala si tuan yang teruja membeli bekas yang cantik berwarna untuk Kucing mereka. Awas, warna yang meriah pada bekas makanan boleh mendatangkan kerisauan serta kecenderungan kucing jatuh sakit akibat warna pada bekas yang luntur.

Sebaik-baiknya bekas makanan hendaklah bersebelahan dengan bekas minuman kerana kucing memerlukan keseimbangan antara makanan dan minuman setiap kali waktu makan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Monday, 5 May 2014

Tips memilih sangkar

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekelian. Di harapkan semuanya berada dalam keadaan yang membahagiakan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Keperluan meletak Kucing di dalam sangkar adalah hanya sekiranya keadaan mengkehendaki anda melakukan sedemikian.

Faktor-faktor yang menyebabkan kucing anda patut di letakkan di dalam sangkar ialah:-
1) kucing yang sedang sakit teruk 
2) kucing berpenyakit berpotensi berjangkit
3) cirit-birit yang teruk
4) diarrhea (muntah-muntah yang teruk)
5) baru selesai proses pembedahan 

Sekira kucing anda seperti di atas, bolehlah di kurung di dalam sangkar untuk mengelak perkara lebih buruk terjadi.

Memilih sangkar juga bukanlah rumit, tetapi lebih kepada kesesuaian tempat yang hendak anda letakkan sangkar tersebut.

Untuk sangkar kuarantin kucing yang sakit dan tercedera, sangkar yang di perlukan tidaklah terlalu besar.

Sangkar yang bertingkat hanya sesuai untuk si kucing yang benar sihat sahaja. Elakkan meletak kucing yang sakit dan baru selesai pembedahan (pemandulan dan sebagainya ) dari mendiami sangkar bertingkat.

Sekian. Semoga bermanfaat.
****************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 700 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 3 May 2014

Ketika musibah

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kepada pembaca sekelian yang saya sayangi. Terima kasih kepada anda semua yang masih menyokong saya dan coretan-coretan saya yang tidak seberapa ini. Saya mengharapkan kita semua mendapat manfaat dari perkongsian ini.

Ketika musibah menimpa. Sesiapa pun tidak menginginkan musibah menimpa ke atas kehidupannya. Tetapi kita ambil sudut positif bahawa dengan kedatangan musibah kita lebih belajar banyak perkara tentang kehidupan yang kompleks ini.

Ketika di timpa musibah kita :-
1) hendaklah membaca inna lilaahi wainna ilaihi raaji'uun
( sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNyalah kita akan di kembalikan)
2) hendaklah yakin dengan takdir Allah baik dan buruknya. Ini penting kerana keyakinan dengan rukun iman yang keenam ini akan meringankan beban kita. Iman dengan takdir memberi semacam 'kekebalan diri' dengan kesedaran sedalam-dalamnya bahawa segala sesuatu yang telah, sementara dan akan terjadi itu telah tertulis di lauh al-mahfuz.
3) hendaklah bersyukur kerana musibah yang menimpa kita tidak lebih besar dari yang menimpa orang lain. Begitu banyak orang yang mendapat musibah jauh lebih teruk dari kita. Seberat apapun musibah dunia, kita yakinlah masih ada yang lebih berat dari kita.
4) hendaklah sedapat mungkin tidak berkeluh kesah, mengerutu atas musibah yang melanda kita. Sebab itu semua tidak akan mengembalikan apa yang telah hilang. Berkeluh kesah juga menunjukkan seseorang tidak redha dengan kuasa dan takdir Allah. Bagi mereka yang menjaga solatnya, menjaga kehormatannya, menunaikan zakat, beriman kepada hari Allah dan kemudian tidak akan berkeluh kesah.