Thursday, 10 July 2014

Tips menjinakkan kucing

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,


Tips untuk menjinakkan kucing yang liar atau tidak bertuan. Lazim kucing yang biasa bebas tidak seperti kucing yang bertuan. Bagaimana cara untuk menjinakkan mereka itu? Beberapa tips yang boleh di kongsi ialah:-

1) selalu beri makan
>>> sambil beri makan sambil usap badan dan elus lembut. Kucing yakin itu bukan musuh dan ia akan rapat dengan anda.

2) panggil dengan nama yang sama setiap kali
>>> kadang tuan kucing gemar menukar nama panggilan kucing-kucing mereka termasuk saya. Geram kadang nampak gemuk panggil domok, panggil nama yang pelik-pelik nanti kucing akan pening dan tak cam nama sendiri.

3) mandikan sendiri
>>> mandikan sendiri kucing anda. Tapi jangan kerap. Khuatir paru-paru cepat kembang dan boleh jatuh sakit. Masa mandi ajak ia berbual. Sambil-sambil usap badan dan syampoo bulu nya.

4) beri kasih sayang dan kerap perhatian
>>> kucing makhluk penyayang. Jika mahukan perhatian mereka akan mengeliling dan mengesel-gesel badan kepada tuan nya kan. Kucing juga ada perasaan. Sesekali puji kucing anda comel walaupun kucing sedia maklum memang comel.

Juga boleh cuba petua dari Kawan saya, opahnya cakap main selalu dengan hidung. Mungkin ada benar sebab bila saya buat begitu pada kucing-kucing saya semua be polite.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 8 July 2014

Testing day

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini memang sibuk. Seharian saya sibuk. Mana yang dah biasa mendapat sapaan selamat pagi di FB pasti terasa hari ini tak sempat nak lawat kawasan huhu..

Kisah testing kat tempat kerja. Masa testing je emosi mencanak-canak tidak ketentuan. Kena kejar kerja cepat-cepat, kena tengking tak pasal-pasal. Semua emosi bercampuk aduk tak menentu. Semua sebab testing day. Huhu..

Lebih lagi kalau yang nak tengok testing tu seramai-ramai umat. Dengan nak salinan dokumen berlambak-lambak, dengan buat ubahan sana sini. Dari dulu testing day memang amat menjengkelkan tapi kena buat juga dah nama kerja kan.

Sekarang baru lah masa nya dapat nenghembus nafas dengan tenang. Lunjurkan kaki. Sampai umah badan rasa semua sakit. Kat tempat kerja tak rasa pulak. Sebelum masuk tidur kita update blog kita dulu. Meow semua dah lama berlayar dengan mimpi.

Oh esok ada lagi testing day
Set mind tomorrow another day for testing huhu. Bye all

Monday, 7 July 2014

Pergi takkan kembali

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yang mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

surah al-A’raaf ayat 34

Hari ini hari ke 9 bulan ramadhan melepasi masanya. Lama kelamaan bulan ramadhan akan pergi dan akan berganti bulan syawal pula. Sepanjang bulan ramadhan ini terlalu hampir dan kerap berita kematian yang kita ketahui. Semakin ramai ahli sufi meninggalkan dunia ini bertemu pencipta abadi. Seorang demi seorang kenalan atau kalangan yang kita kenali pergi takkan kembali.


Sekarang kita masih di sini. Masih lagi di beri peluang dan ruang untuk menutup kesalahan yang kita lakukan. Bersyukurlah dan pergunakanlah sebaik peluang ini untuk terus bertaubat.


Kehidupan di sini bukan abadi. Di akhirat yang pasti penghitung segala yang menjadi saksi. Cukup kah amalan kita saja yang ketahui. Mohon yang baik semoga hidup kita terus di berkati oleh illahi. 



Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Sunday, 6 July 2014

Tips merawat maggot

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca sekelian. Hari ini masuk hari ke 8 kita berpuasa. Semoga kita terus tabah menghadapi ujian bulan ramadhan ini dengan jayanya. Dugaan pada bulan puasa lebih hebat dari bulan-bulan yang lain. Betul kan.

Entri kali ini berkaitan dengan Maggot. Maggot berupa ulat yang boleh menyebabkan kematian kepada kucing kesayangan anda. Ia memakan lapisan daging dan kulit sedikit demi sedikit. Bagaimanakah ianya boleh berlaku? Mari kita ketahui serba ringkas mengenai ulat ini.

1) terhasil dari telur lalat
2) cenderung kepada luka yang terbuka dan berair
3) susah mati
4) hidup di bawah lapisan kulit


Ulat maggot cepat membiak. Memang amat mengelikan untuk proses pembersihan tapi tegakah anda membiarkan kucing anda terus begitu? Tidak bukan. Jadi mari kita belajar sedikit cara pembersihan ulat maggot ini.

LUKA BESAR
1) luka di tempat yang besar memudahkan kita membersihkan ulat tersebut.
Caranya:-
>> cuci sekitar kawasan luka dengan bersih. Gunakan cotton bud yang bersih. Sarung tangan anda.
>> sudah nampak kemunculan ulat maggot, guna penyepit besi untuk menarik ulat keluar dari kawasan luka. Boleh sapu atau tuang minyak apapun jenis minyak ( jangan minyak panas) terlebih dahulu untuk memudahkan menarik ulat maggot dari kulit haiwan. Bagi ulat pening dulu. Jangan terpedaya jika nampak sedikit sahaja kemunculan ulat, sebenarnya beribu juta hidup lagi di bawah lapisan kulit haiwan anda. Jika tidak mampu dan mahu cepat mati ulat tersebut sembur BAYGON (gambar contoh seperti di bawah). Gunakan yang bermuncung untuk mudah semburan tepat kena pada sasaran.


LUKA KECIL
>> Mula-mula letak minyak. Ulat akan pening dan berlumba keluar ulat cari udara jadi boleh tarik keluar ulat dengan seberapa banyak yang dapat. Lepas itu sapukan MINYAK GAMAT supaya hilang pedih tadi.
>> Selepas sembur dengan baygon, jangan lupa letak minyak gamat atau apa jua minyak berubat yang boleh kurangkan pedih pada kucing.  Minyak urut yang panas sama sekali di larang keras. 
>> boleh juga gunakan gel gamat untuk tujuan penyejukan pada luka kucing anda. 
>> lakukan rutin kerap dan berulang. Boleh dapatkan juga suntikan antibiotik dari doktor veterinar untuk membunuh kuman ulat maggot.

Anda juga perlu pantau kucing anda untuk tempoh penyembuhan yang segera. Sebaiknya pakaikan collar di leher untuk mengelak kucing menggangu tempat luka. Perlu juga masukkan mereka di dalam sangkar untuk proses penyembuhan. Anda juga perlu mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari doktor untuk menangani masalah mengubati kucing anda jika anda kurang mahir.


Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 5 July 2014

Tips merapikan kucing

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,

Memiliki Kucing berbulu lebat, sihat dan bersinar memang menjadi idaman setiap pemilik kucing kan. Jadi jangan malas merapikan mereka.


Antara langkah yang anda perlu ambil ialah :-
1) jika bulu kucing tidak terlalu kusut, anda hanya perlu memberus atau menyikatnya perlahan-lahan dan ia mengambil masa selama 10 hingga 15 minit sahaja. Wujudkan suasana selesa di antara kucing anda dan jangan paksa jika mereka belum bersedia.

2) bulu kucing yang panjang biasanya mudah kusut. Jika semasa merapikan anda melihat terdapat simpulan pada bulu harap anda dapat meleraikan simpulan tersebut dengan hati-hati dan sabar. Jangan memaksa simpulan bulu tersebut dengan kasar di khuatiri akan merosakkan bulu yang lain.

3) dapatkan juga makanan tambahan yang di rumuskan khas untuk kucing berbulu panjang kerana ia mempunyai nutrien khas untuk menyihatkan dan menguatkan bulu kucing anda.

4) bahagian pada mata juga perlu di titik beratkan. Selalu membersihkan tahi mata dan lendir untuk mengelak terkena jangkitan kuman pada mata

5) sisir kemas pada kawasan muka agar bulu nampak gebu dan berkilat

6) periksa kotoran pada celahan jari jemari kucing kesayangan anda

7) urutan pada badan juga merupakan satu terapi untuk kucing anda

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Friday, 4 July 2014

Tips penjagaan semasa musim panas

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum wbt. Apa khabar pengikut dan pembaca blog ini? Saya doakan kalian sentiasa sihat dan bergembira di samping insan tersayang. 

Tentu para pembaca semua sedar musim  sekarang sangat panas. Cuaca kadang kala bertukar mendung dan hujan sekali lalu sahaja tapi tidak berpanjangan. Kelembapan air hujan di serap terus oleh bahang kepanasan bumi. 


Haiwan juga tidak terkecuali dari fenomena panas ini. Fenomena cuaca panas melampau ini bukan hanya memberi kesan negatif kepada manusia, tetapi jua pada haiwan kesayangan kita. Ia boleh mendedahkan mereka kepada stress dan strok panas.

Antara yang berisiko tinggi adalah haiwan yang bersifat :-
1) juvenil
2) berwarna gelap
3) lemah, sakit atau mempunyai masalah pernafasan


Antara simptom haiwan di serang stress atau strok panas adalah :-
1) peningkatan kadar pernafasan
:- anda dapat merasai dari degupan jantung yang laju dari biasa
2) penambahan pengambilan air
:- sediakan bekalan air bersih secukupnya untuk penggantian air hilang dari badan juga untuk mengelak kekeringan
3) hilang selera makan
:- pastikan pantauan pengambilan makanan untuk anak anda lebih kerap

Tips menangani musim panas 
1) sediakan kurungan di tempat kurang terdedah dari pancaran matahari
2) sediakan bekalan air dalam bekas yang besar dan di tukar berulang kerap
3) kurangkan aktiviti memegang dan membelai kerana haba dari tangan anda akan di serap ke badannya dan menyebabkan tidak selesa 
4) jangan beri melakukan aktiviti fizikal waktu panas memuncak, sebaiknya bawa mereka keluar waktu sebelah petang

Sekian semoga bermanfaat

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday, 3 July 2014

Berehat sebentar

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum wbt

    Nampak kami macam terseksa     tapi kami suka duduk dalam ni. Hi hihi...err kami comel kan kan..

Kalau dah kenyang inilah kerja kami berdua, gurau senda gembira. Kasihan kat Kawan kami yang gelandangan di luar sana huhuhu entah makan ke tak mereka kan..

Jangan tinggalkan saya di sini tuan. Saya tiada tempat tinggal. Ambil saya tuan. Saya nak tumpang kasih dengan tuan saja..

Saya mintak sikit je tuan. Janganlah buat saya macam ni. Saya minta sisa makanan tuan bukan mintak baru tuan. Saya dah lama tak makan tuan..

Eh cepatlah
awatnye? 
Aku tahu dah rumah yang tunjuk hero langgar mati geng kita tu cepatlah sikit..
ok aku follow nie..

Hangpa da tau belum?
Tak tau lagi ke?
Tak pe sampai mana dia lari pun geng kita semua ada dun worry ok

Abang kakak kat atas tu kita tido dulu ye. Nanti apa-apa bagitau kita tau. Kita ngantuk sangat. Tadi pagi kena bangun teman mama sahur. Bye