Tuesday, 8 April 2014

Kucing vs Rumput

Teks:Shehren Shahadan
Sumber imej:Google

Salam semua. Apa khabar pembaca sekelian. Semoga sahaja hari ini lebih baik dari sebelum yang telah lama berlalu. Jadikan kehidupan kita sesuatu yang bermakna kepada kehidupan orang lain. Saat di perlukan kita di sisi, saat tiada kita di cari.

Sebenarnya tiada bukti saintifik yang menerangkan kenapa perlunya kucing mengunyah rumput.

Pendapat para pemelihara kucing menyatakan dengan memakan rumput kucing boleh memuntahkan hair ball atau gumpalan bulu di perut mereka.

Memuntahkan semula rumput yang di kunyah merupakan terapi semulajadi untuk kucing yang kecacingan, demam, sakit perut atau lebihan toksin dalam badan mereka.

Pemelihara kucing dapat mengetahui apabila kucing mula memakan rumput bermakna ada sesuatu yang menggangu sistem pencernaan kucing mereka.

Apa yang akan berlaku jika kucing tidak keluarkan hair ball atau gumpalan bulu dari perut nya
1) Kucing kurus
2) kurang selera makan
3) boleh tersumbat usus

Jika anda dapati kucing anda mengigit atau memakan benda asing dari makanan ruji mereka seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk mengeluarkan hair ball di dalam perutnya.

Sekian. Semoga bermanfaat.

#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Monday, 7 April 2014

Tips mengelak kegemukan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Salam semua. Apa khabar semua kalian. Smoga hari ini lebih baik dari sebelum yang telah lama berlalu. Jadikan kehidupan kita sesuatu yang bermakna kepada kehidupan orang lain. Saat di perlukan kita di sisi, saat tiada kita di cari.

Seperti biasa entri kali ini berkisar mengenai Kucing juga. Akan di sentuh bab kesihatan juga. Fokus kepada berat badan kucing.

   Obesnya dia ni tapi tetap comel. Boroi        sikit je kot..kan.

Tahukah anda, masalah kegemukan merupakan masalah besar bagi pemilik kucing. Kebanyakan pemilik menginginkan kucing peliharaan mereka gemuk, gebu dan sihat.

Sebenarnya gemuk tu belum tentu sihat ye. Apa yang perlu kita perhatikan dan kita perlu tahu

BMI Kucing
1) Kucing dewasa memiliki berat badan antara 2.5 hingga 7kg untuk normal berat  badan. 
2) Kucing dapat mencapai berat badan sehingga 23kg

Punca kegemukan 
1) makan terus menerus
- jangan selalu penuhkan mangkuk makanan. Kucing dalam sangkar yang bosan akan selalu makan.
2) Dry Food
- periksa isi kandungan makanan kucing anda untuk mengesan lemak berlebihan
3) Pemandulan 
4) Kurang Beraktiviti
- sesekali lepaskan kucing-kucing anda untuk menikmati dunia luar. Untuk mereka mengasah sifat pemburu mereka tetapi di bawah pengawasan. Berkejar mengejar burung di langit, mengasah kuku di pohon kayu. Jangan sekat kebebasan mereka.

Cara periksa
1) kurus
- rasa bahagian tulang belakang. Dapat rasa tulang satu-satu. Itu makna kurang lemak di sekeliling tulang
- nampak kerangka tubuh dengan jelas 
  (Perlu perhatian khusus)
2) ideal
- cara periksa sama tetapi tidak dapat merasai tulang satu persatu
- tulang sudah di selalu tu dengan daging dan lemak(rasa bahagian rusuk hampir dengan perut)
3) Gemuk
- hampir tidak dapat merasai tulang rusuk tetapi dapat rasa kedudukan tulang pada bahagian belakang
4) Obes
- tidak dapat langsung merasa tulang rusuk dan sekitar pada badan

Kesimpulan, periksa samada kucing anda mengalami obesiti atau tidak. Jika ya, perlu merujuk kepada pakar yang bertauliah untuk jalan penyelesaian. Pakar akan menyediakan jadual diet pemakanan yang seimbang untuk si comel anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 4 April 2014

Disclaimer

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kepada pembaca di blog ini yang saya sayangi. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Terdahulu entri ini adalah untuk memberi penjelasan kepada semua. Blog saya ini adalah berkisah mengenai haiwan comel yang sangat saya sayangi iaitu kucing. Blog ini saya hasilkan untuk saya sama berkongsi bersama pencinta, peminat kucing di luar sana ilmu pengetahuan tentang penjagaan kucing.

Untuk pengetahuan pembaca semua, segala maklumat serta isi kandungan di setiap entri adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri juga dari sumber bacaan yang saya baca samada di google internet atau buku panduan mengenai penjagaan kucing. Saya juga ada kalanya merujuk kepada doktor-doktor haiwan yang saya kenali untuk memahami sesuatu perkara sebelum menerbitkan entri baru di blog saya ini.

Di harapkan penjelasan saya ini dapatlah menjernihkan apa jua persoalan yang timbul. Di sini juga saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan juga komen. Dan saya mengharapkan komen yang di beri berunsur positif.

Sekian terima kasih.

#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:012-7589068
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook:Shehren Shahadan

Thursday, 3 April 2014

Penyakit FIV

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera juga kepada pembaca sekelian. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain. Mana yang salah memaafkn lebih baik dari menyimpan dendam. Fikir positif setiap hari. Ada masalah pun kita senyum je. Allah kan ada.

2 hari lepas saya di datangi salam sms dari pembaca blog di sini Cik Izyan. Mengutarakan persoalan penyelesaian masalah penyakit FIV yang di hadapi oleh kucing beliau. Mengambil kesempatan itu, saya merealisasikan entri ini untuk panduan kita semua. Salam takziah buat beliau kerana pagi ini saya dapat berita kucingnya telah pergi.

Tahukah anda apakah FIV? FIV ialah virus yang boleh menyebabkan sistem immune kucing gagal berfungsi.

Punca virus
1) dari persekitaran tidak bersih
2) virus yang amat kuat dan mempunyai daya tahan yang tinggi serta boleh hidup bertahun lamanya
3) memerlukan ubat/racun yang kuat untuk menghapuskannya

Tanda awal jangkitan 
1) tiada/hilang selera makan
2) mulut berkudis
3) gusi berdarah
4) hilang berat badan
5) tidak minum air
6) bengkak limpa

Risiko Jangkitan
1) anak kucing berumur antara 4hingga 16 minggu
2) sudah putus susu (susu ibu mempunyai kolostrum yang kaya dengan antibodi lawan penyakit)
3) kucing yang tidak di vaksin

Cara Pencegahan
1) elakkan dari stress
2) elakkan dari pendedahan dengan kucing lain
3) bersihkan perkakasan, lantai dengan pembunuh kuman contoh Clorox 
4) elakkan pergaduhan ( penyebaran virus melalui gigitan)
5) mandulkan untuk elak sikap territories

Rawatan sokongan
1) multivitamin
2) terapi cecair
3) antibiotik
4) radiotherapy dan immunotherapy 

Nota Penting
1) sekiranya anda dapati kucing anda air liur nya meleleh, jalan terhuyang hayang, badan kurus, mulut berbau busuk, awas..!!! Kuarantin kan kucing anda seberapa segera, kemungkinan besar kucing anda menghidapi penyakit FIV yang tiada penawarnya lagi.

Sekian. Semoga memberi manfaat.
*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday, 2 April 2014

Tips selepas kelahiran

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Terima kasih sudi membaca catatan saya di sini. Semoga ilmu yang sedikit ini kita dapat manfaat bersama.

Entri yang lepas mengenai sebelum kelahiran. Entri kali ini selepas kelahiran bayi kucing pula. Perlu ada rujukan dan panduan yang betul untuk sesuatu perkara. Betul kan. Supaya kita tidak silap membuat keputusan.

Justeru itu, apa yang perlu kita lakukan selepas kelahiran anak kucing. Mari kita selusuri bersama-sama.

1) pastikan anak kucing anda menyusu dengan betul. Selalu memeriksa jika susu si ibu kucing mencukupi atau tidak, jika tidak bantuan susu tambahan di perlukan
2) sediakan tempat yang selesa untuk ibu dan anak kucing. Kotak yang terlalu kecil di khuatiri boleh menyebabkan anak di tindih badan ibu dan menyebabkan kematian si anak 
3) selepas anak mata bayi kucing terbuka, sila pastikan mata dalam keadaan sentiasa bersih dan bebas dari jangkitan bakteria
4) apabila anak kucing menginjak usia 3 minggu, mereka sudah boleh makan. Bantuan anda di perlukan untuk memberi mereka makanan lembut dan khas untuk bayi kucing (kitten)
5) dalam usia 6 hingga 8 minggu anak Kucing dengan kadar berat yang sesuai (rujuk pakar veterinar terlebih dahulu) perlulah di beri suntikan vaksin peringkat pertama dan rawatan kecacingan

Anak kucing memerlukan nutrien yang seimbang untuk mempercepatkan proses tumbesaran mereka. Nutrien yang seimbang juga perlu untuk mengekalkan dan menguatkan daya tahan imun anak kucing anda.

Sekian. Semoga memberi manfaat. Untuk semua pembaca sesekali tinggalkan komen untuk saya tahu feedback dari anda semua.
*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 500 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Tuesday, 1 April 2014

Tips sebelum kelahiran

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum semua pembaca sekelian. Semoga kehidupan kita semua di limpahi rahmat oleh Allah sentiasa. Jadikan kehidupan yang kita jalani ini suatu manfaat untuk sesuatu kehidupan. 

Apakah persediaan sebelum menyambung kelahiran anak Kucing baru? Apakah ibu kucing anda menampakkan tanda-tanda keresahan dan kegelisahan. Jika itu bermakna tempoh kehamilannya hampir tamat dan saat melahirkan hampir tiba.

Sebagai pemilik Kucing, anda perlulah memberi perhatian serius mengenai tarikh tempoh kelahiran kucing anda. Ini bagi memudahkan anda menyediakan kelengkapan menyambut bayi baru.

Beberapa langkah berikut amat berguna sebagai panduan untuk memastikan Kucing anda melahirkan dalam keadaan yang selamat dan selesa 
1) sediakan tempat atau kotak atau sangkar untuk tempat melahirkan
2) untuk bulu panjang atau tebal, bersihkan atau potong pada bahagian perut. Di nipiskan bulu agar mudah anak menyusu kelak
3) sediakan kotak atau tempat kedua untuk privasi si ibu Kucing jika ia tidak selesa dengan tempat yang di sediakan
4) sekiranya terdapat kesulitan pada waktu kelahiran, usah bertangguh membawa ke klinik haiwan atau pakar veterinar.

Sekian. Semoga bermanfaat. Salam Sayang untuk semua.
*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 500 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Monday, 31 March 2014

Keperluan Pemandulan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Entri kali ini berkenaan tentang pemandulan kucing atau kembiri. Mengapakah perlu memandulkan Kucing anda? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan perlu anda memandulkan kucing anda?

1) pemandulan boleh di lakukan seawal usia kucing anda 6 bulan ke atas.
2) sebaik di lakukan sebelum Kucing mencapai kematangan seksual pada peringkat umur 8 bulan

Kebaikan pemandulan
1) mencegah penyakit TVT atau FIV. FIV hampir sama dengan penyakit HIV manusia
2) mengawal populasi yang cepat. Sekurangnya Kucing betina akan melahirkan anak sekurangnya 4 ekor dalam satu kali kelahiran. Bayangkan kalau seekor ibu kucing betina melahirkan 16 ekor setahun
3) mengelakkan dari pergaduhan sesama kucing jantan selama tempoh mengawan untuk pengekalan wilayah kekuasaannya.
Elakkan kucing anda mengalami kecederaan serius untuk perebutan pasangan
4) mengelakkan kucing betina menghidapi kanser rahim dan jantan menghidapi kanser prostat
5) si kucing anda mempunyai fokus yang tinggi kepada penjagaan dirinya. Lebih kemas dan cantik kerana mereka lebih fokus kepada kekemasan diri

Sekian. Salam Sayang untuk semua.
*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan March. 31 pelajar baru. Lebih 500 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.