Thursday 6 March 2014

Stray Cats

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi


   Gambar ini saya tunjukkan pada suami, jawapan dia ialah:- wajib di bantu..senyuman mengiringi saya..syukur..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua sentiasa mendapat redha dari illahi. Banyakkan memberi dan berkongsi apa yang kita ada kepada yang lebih memerlukan. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain.

Para pembaca sekelian, inilah kucing yang saya maksudkan. Seekor stray cats yg menumpang di belakang tokong cina di kawasan tempat kerja saya.

Keadaan semasa saya temui di badan nya di penuhi luka kering. Saya tidak dapat memastikan luka apakah di badan nya tetapi seperti kelihatan bekas torehan di badan nya. Setiap pagi melalui kawasan itu saya akan meninjau-ninjau mencari adakah kelibatnya kelihatan. Sudah 2 hari saya tidak menemuinya. Hanya meninggalkan bekalan untuknya. Tapi hari ini dia muncul lagi di depan saya. Syukur saya dapat lagi berkongsi rezeki yang saya ada ini.

Setiap pagi saya akan membawa bekalan makanan untuk saya dan juga anak-anak jalanan saya, Nora Jeanne, Jejay, seekor anjing patah kaki dan si hitam ini. Gembira melihat mereka dapat makan dengan selesa tanpa rasa ketakutan. Pagi saya ceria di hiasi anak-anak saya ini. Si anjing menunggu saya dari jauh, mata penuh sayu. Saya beri makanan kucing tetapi berlebihan untuk bekalan makan petang mereka sekali. Jadual kerja saya yang tidak menentu pulang nya menyebabkan saya menyediakan lebihan untuk mereka berdua. 

Kehidupan ini akan lebih tenang dan indah jika kita saling berkongsi. Inilah kehidupan saya bersama anak jalanan saya. Mengingati mereka dapat mengukirkan senyuman. Bersapa dengan mereka seolah mereka memahami. Inilah kekuatan saya dalam melepasi sehari demi sehari kehidupan yang semakin kompleks.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*************************************************************************************************
Selamat datang bulan March. 22 pelajar baru. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068


No comments:

Post a Comment