Monday, 21 April 2014

Tips kitaran usia kucing anda

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca yang budiman. Apa khabar pembaca semua? Semoga khabarnya baik-baik dan mengembirakan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Tahukah anda kitaran usia kucing anda yang sebenar? Anda perhatikan carta di atas dan periksa di manakah bahagian usia kucing anda. Jika saya kucing di rumah berumur 4 tahun, jadi umur sebenarnya ialah 32 tahun. Sudah dewasa benar kesayangan saya itu.
 
Dari pemerhatian saya mengenai kucing yang semakin meningkat usia ini lebih sensitif. Kucing meningkat usia ini lebih suka menyendiri, lebih pendiam dan tidak berapa galak seperti rakan serumah nya yang lain. Kucing seperti ini juga lebih suka tidur. Banyak masa sehari di habiskan untuk tidur. 

Kucing sebegini juga tidak gemar suasana hiruk, bising di sekitarnya. Gangguan suasana membuatkan mereka tidak selesa dan sering mengalami kejutan dalam tidur. Seperti rengekan dan mengigau seperti manusia juga.

Kucing indoor dan outdoor berbeza umur ketara kemungkinan dari hasil pantauan kesihatan, pemakanan mereka. Kucing indoor mempunyai tuan yang bertanggungjawab membela nasib mereka. Memperhati tahap kesihatan, tempat tinggal terjaga. 

Sedangkan nasib Kucing outdoor jauh berbeza lagipun kucing outdoor mendapat punca makanan yang kurang sempurna. Nasib tidak terbela. Menjadi gelandangan di jalanan seumur hidup mereka tanpa pengawasan dari sesiapa. Jadi itu mungkin antara penyebab kitaran hidupnya lebih singkat berbanding Kucing belaan di rumah.

Jadi jika anda sudah siap mengetahui usia sebenar kucing anda di rumah, anda mungkin boleh bersedia menghadapi perubahan pada Kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 18 April 2014

Tips mengelak kencing merata

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua. Apa khabar para pembaca sekelian. Semoga hari-hari yang kita lalui terus membahagiakan kita. Terus berusaha ye semoga nasib baik menyebelahi kita jua akhirnya.

Topik kali ini ialah apakah yang menyebabkan kucing anda boleh membuang najis merata.

Antara penyebabnya ialah :-
1) Litter box sudah penuh atau terlalu kotor. Untuk pengetahuan anda semua, Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing
ditukar setiap hari.
2) Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan
barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.
3) Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.
4) Ada kemasukan ahli keluarga baru (kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak-kanak kecil. Awas, kucing pandai cemburu)
5) semasa musim mengawan, kucing
jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan "jajahannya"(territory). Pemandulan kucing jantan akan boleh menyelesaikan masalah ini.)
6) Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.

Sekiranya kucing anda terlihat lama kencing merata sila bawa kepada veterinar bertauluah yang berdekatan. Mungkin ada penyebab lain yang menyebabkan mereka begitu.

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Thursday, 17 April 2014

Kunci Rezeki

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google
Sumber rujukan:Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua buat pembaca setia saya. Bagaimana dengan keadaan hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Lebihkan bersedekah kerana itulah salah satu kunci murah rezeki selain amalan Dhuha. Kita buat kita dapat.

Selain sedekah dan Dhuha, kunci lain ialah berzikir. Dengan banyak berzikir boleh membawa seseorang kembali kepada Allah sedikit demi sedikit.

Perhatikan dalam kehidupan kita sendiri. Semua yang berlaku dalam kehidupan kita ini secara kebetulan atau sebaliknya?    

Rezeki bukan hanya berbentuk harta sahaja. Apa jua yang memberi faedah kepada kita adalah rezeki. Sihat tubuh badan, cerdik suka berfikir juga rezeki. Semua adalah kelebihan kepada bentuk rezeki yang lain. 

Percayalah, jika betul caranya menjemput rezeki itu lagi mudah dari mencari.

Sekian semoga bermanfaat.

Wednesday, 16 April 2014

Penjagaan selepas proses kembiri

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua. Entri kali ini berat sikit. Mengenai pengetahuan. Alamak.. Tidak mengapa jangan mengalah dulu. Kita selak perlahan-lahan untuk dapatkan ilmu ye. Selesai submit proposal subuh tadi? Kita usaha berserah tawakal InsyaAllah akan ada jalan. Yang penting terus usaha ye.

Kembali ke trek asal. Fokus pada tajuk entri kali ini. Penjagaan selepas proses kembiri terhadap kucing-kucing anda. 

Antara yang perlu anda berikan perhatian ialah:-
1) elakkan dari tersentuh kawasan yang baru di bedah
2) semasa proses pembedahan, kucing di beri ubat pelali. Pastikan anda meletakkan kucing anda di tempat yang selamat dan selesa untuk Kucing anda sehingga ia sedar kelak
3) berikan sedikit air dan makanan hanya setelah ia stabil dan boleh bangkit sendiri. Kadang kala ianya boleh memakan masa 1 hari untuk proses pemulihan
4) masukkan ke dalam sangkar. Jangan di biarkan bebas. Di takuti jahitan dari tempat bedah boleh terbuka. Kurung di dalam sangkar sekurangnya 7 hingga 14 hari untuk proses penyembuhan dengan segera
5) periksa dengan kerap kawasan pembedahan, pastikan luka pembedahan dan kawasan jahitan sentiasa kering untuk mengelak jangkitan kuman berlaku
6) di galakkan anda memakaikan kucing anda 'neck collar' untuk mengurangkan risiko kucing anda menganggu kawasan pembedahan tersebut

Pastikan luka di tempat jahitan benar-benar kering. Sekiranya anda dapati terdapat bengkak, keluar lelehan darah, bernanah atau jahitan terbuka sila bawa dengan segera kucing kesayangan anda berjumpa veterinar berhampiran. Sebab itu untuk mengelak semua itu berlaku Sebaiknya kuarantin kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Monday, 14 April 2014

Budi bahasa budaya kita

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Entri kali ini santai-santai sahaja.
Tak mahu beratkan kepala kita bicara serba sedikit je ye.

Budi bahasa budaya kita. Perkataan ini sinonim sangat dalam kehidupan kita. Semacam trademark pun ada. Di kaca televisyen pun banyak jugak tersiar iklan berbentuk begini.

Percayalah, jika kita jaga budi bahasa kita yang dekat jadi rapat, kawan bertambah ramai, hidup ceria, tak di musuh orang dan banyak lagi aura positif akan singgah dalam kehidupan kita.

Kalau yang berniaga tu, jangan berat mulut untuk beramah mesra. Tapi beramah pada tempat nya jangan semua langgar sama. Orang bertanya produk jualan kita jangan pulak tak di layan orang tu. Kalau dia tak beli dengan kita hari ini, mungkin satu hari nanti dia akan berbalik pada kita sebab apa...sebab budi bahasa kita pada dia.

Jadi tak rugi buat baik. Allah sayang, sekeliling sayang. Bukan susah pun berbudi bahasa. Molek kita hulurkan, molek jugaklah yang akan kita terima. InsyaAllah.

Sekian. Semoga bermanfaat
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Friday, 11 April 2014

Kebaikan Cuka Epal Kepada Kucing

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Pengenalan
Cuka epal (Apple Cider Vinegar / ACV) merupakan agen semulajadi melawan bakteria yang efektif dan mengandungi
pelbagai jenis mineral seperti potassium, calcium, magnesium, phosphorous, chlorine, sodium, sulfur, copper, iron, silicon dan fluorine yangmenyumbangkan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan.
Cuka epal terhasil dengan memerah epal segar yang di tanam secara organic dan diperam dan dibiarkan mengalami
proses fermentasi di dalam tong kayu (wood barrel) sehingga menjadi cuka. 

Warna Cuka Epal
- Warna ialah keperangan. Jadi
jangan tersilap dengan cuka putih / cuka buatan yang terdapat di pasaran.
- Cuka epal juga di kenali sebagai 'classic tonic' kerana manfaatnya
kepada kesihatan manusia secara menyeluruh.
- Selain manusia, Cuka epal juga mempunyai pelbagai khasiat kepada haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing dan arnab.

Cara penggunaan cuka epal
1) Gunakan dalam mandian haiwan
peliharaan boleh merawat kutu dan iritasi
kulit. 
2) Mandikan haiwan peliharaan anda
dengan syampu lembut, bilas dan mandikan semula dengan sedikit campuran dalam air mandian. 
3) Kemudian, bilas secukupnya
dengan air yang bersih.
4) Campurkan sedikit bersama air bersih di dalam botol spray dan boleh digunakan untuk menyembur ke bulu haiwan peliharaan anda untuk merawat kutu, kemerahan, dan gatal-gatal.
5) Campuran sesudu kecil cuka epal ke dalam 1.5L air minuman haiwan kesayangan anda dan kacau rata sebelum di beri minum.

Kebaikan cuka epal
1) terutama sekali kucing boleh memelihara kesihatan salur kencing, sistem penghadaman, merawat alergi dan mengurangkan bau hancing kencing.
2) Cuka epal juga memberi manfaat mengurangkan kesakitan sendi pada haiwan yang mengalami masalah arthritis dan berfungsi sebagai penyahtoksin badan haiwan peliharaan kita.

Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti kemurungan, enggan makan/minum, menyorokkan
diri dan tidak aktif, kemungkinan kucing anda mengidapi Feline UTI. Feline UTI terjadi akibat jangkitan bakteria pada saluran kencing. Sekiranya tidak mendapat rawatan awal, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan boleh menyebabkan kematian.

Amalkan pemberian cuka epal bagi menghalang jangkitan kuman pada saluran kencing kucing anda. Pastikan anda tidak melebihi sukatan cuka epal yang disarankan. Sila rujuk kepada pakar veterinar untuk lebih pemahaman tentang pengambilan cuka epal untuk kucing anda.

Tak rugi mengamalkan pengambilan cuka epal sebagai tonik harian untuk memperbaiki tahap kesihan anda dan haiwan-haiwan kesayangan anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday, 9 April 2014

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Akademi Bekerja Di Rumah
Guru Online:Cikgu Zaila Mohamad

Salam. Alhamdulillah. Apa khabar pembaca semua yang di sayangi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmatNya selalu.

Syukur pada Allah entri kali ini saya di beri peluang oleh Puan Guru saya berkongsi apa yang saya perolehi selama berada di akademi ini.

Nak di ceritakan terlalu banyak, terlalu panjang. Jadi saya meringkaskan sebaik mungkin ye.

Peluang hanya datang sekali. Keinginan mencari sumber alternatif pendapatan tambahan menemukan laman web Puan Masayu pengasas akademi ini. Dari situ saya membaca dan menyusun tindakan untuk langkah saya selanjutnya.

Dari tiada blog dari tiada teknik berniaga sehingga rancak berniaga semua saya dapat apabila menyertai akademi ini. Menarik guru pembimbing begitu komited dengan tugas mereka. Walaupun ianya online tapi saya merasakan hubungan antara kami sangat rapat. Cikgu Zaila sentiasa memperhati tindakan saya serta menegur sekiranya terdapat kesilapan. Yang bestnya kami mempunyai kumpulan sokongan yang kuat. Saling menyokong membantu sesama sendiri. Apabila saya rasa down Cikgu akan menyuntik semangat dan motivasi berterusan untuk saya meneruskan langkah. Terima kasih Cikgu.

Akhir ulasan, melalui akademi ini saya  berharap lebih ramai para suri menyertai akademi ini. Semoga akademi ini dapat menjadi pemangkin untuk para suri bekerja dari rumah, memperoleh pendapatan tanpa mengabaikan keluarga tercinta. Tidak di lupakan juga untuk kaum adam yang ingin turut menyertai akademi ini.

Sekian. Terima kasih 
Akademi Bekerja Di Rumah the best.