Tuesday 18 March 2014

Kemurungan Kucing

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google


Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Banyakkn memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain nya. Untuk rakan-rakan pembaca yang berminat ingin mempunyai blog seperti saya, saya alu-alukan untuk sebarang pertanyaan.

Kucing pun ada kemurungan ye? Ingatkan manusia sahaja rupa-rupanya haiwan pun ada. Mari kita sama-sama belajar mengetahui tanda-tanda kemurungan tersebut. Lepas selesai membaca entri ini, sila periksa kucing-kucing anda adakah mempunyai atau sedang mengalami kemurungan atau depresi.


Kajian kemurungan terhadap Kucing di kenal pasti pada awal 1990an.

Apakah sebab kemurungan?
1) masalah kesihatan
2) mengubah susun atur perabut rumah
3) berpindah
4) kehilangan keluarga atau orang yang rapat

Kucing yang sudah biasa dan terlalu lama dengan sesuatu keadaan akan berubah menjadi murung apabila kebiasaan itu di ubah.

Tanda kemurungan
1) tidak aktif, kurang tidur 
2) suka menyendiri
3) mengelak komunikasi
4) kurang minat dan tidak menghabiskan makanan seperti kebiasaan
5) kurang perhati diri
6) mula kencing merata dan tidak menggunakan litter box seperti selalu
7) kerap berbunyi seperti mencari sesuatu yang hilang

Perhatikan kucing anda di rumah. Adakah mempunyai tanda-tanda seperti di atas. Jika ada sila bertindak lebih awal untuk kesejahteraan kucing kesayangan anda.

Cara mengatasi kemurungan
1) kerap berkomunikasi dengan kucing anda
2) bermain hampir setiap hari. Jika tiada respond alih pandangannya kepada 'toys' yang boleh menarik perhatiannya (warna menarik)
3) sediakan tempat memanjat atau scratching pad untuk mengelakkan kucing mencakar perabut di rumah
4) carikan kawan baru untuk kucing anda sebagai teman bermain. Ianya juga untuk mengelakkan merasa bosan dan keseorangan
5) bawa bersiar dan melihat suasana segar di taman atau di luar rumah

Sehingga bertemu lagi. Salam sayang untuk semua pembaca yang di hormati. 

#PrayforMH370

*******************************************
# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
*******************************************
Selamat datang bulan March. 22 pelajar baru. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068




1 comment:

  1. Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
    http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

    ReplyDelete