Friday 5 December 2014

Bornday today

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Today my birthday


Terima kasih untuk kasih sayang mak selama ini yang mengandungkan dan melahirkan saya. Terima kasih untuk kesabaran dan ketekunan menjaga dan mendidik saya sehingga saya jadi seperti sekarang. 

Saya sudah bergelar ibu untuk seorang anak perempuan yang semakin meningkat usia. Kesabaran dan ketabahan mendidik nya mesti sama seperti mak menjaga saya semasa saya kecil. Waktu dahulu mendidik tanpa limpahan kemudahan seperti sekarang pasti sukar tapi mak tetap tekun menguruskan anak sambil bekerja tanpa gagal menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri.

Terima kasih untuk segalanya.
Terima kasih kepada semua keluarga.
Terima kasih untuk yang mengucapkan.

Terima kasih kepada ibu mertua yang melahirkan suami dan papa kepada anak saya. Yang sudah terlalu banyak berkongsi duka bersama saya. Tetap memberi sokongan walau saya dalam keadaan terduduk macamanapun. Tetap terukir senyuman walau pedih hati. Cukup. Saya tahan air mata. 

Setiap yang berlaku kelak Kekal dalam ingatan dan akan terkenang dalam kenangan. Pahit manis rencah kehidupan. Kepada Allah selebihnya sebagai panduan.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.


No comments:

Post a Comment