Wednesday 26 November 2014

Teknik mengingat

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua? Semoga hari-hari yang anda lalui cerah seperti sinar mentari.

Topik kali ini saya sentuh sedikit untuk panduan kita bersama iaitu 'teknik mengingat'. 


Apa yang perlu anda buat cuma dengar dan ikuti berulang ulang kali apa yang mahu anda ingat. Berulang skli setiap hari. Lagi kerap mendengar lagi cepat mengingat. Anda cubalah.

Pengalaman saya, selalu membuka audio dan mendengar surah yassin saya lakukan ketika dalam perjalanan pergi ke kerja dan sambil mengikuti setiap hari lengguk dan nada audio tersebut. Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan bacaan yassin dengan sendiri nya tanpa saya sedari bacaan saya semakin lancar dari hari ke hari. Syukur alhamdulillah.

Para ibu yang dalam proses mendidik anak boleh juga cuba teknik ini. Mendengar mengingat dengan kerap. Berulang ulang sampai terpahat dalam otak fikiran. Contoh bacaan sifir. Saya nak praktikkan pula untuk anak comel saya tu pula. Doakan saya semoga berjaya. Apa yang penting tidak putus asa dan berusaha terusan tanpa jemu.

Sekian semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment