Saturday 1 November 2014

Alahai pengasuh

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar pembaca sekelian. Di doakan anda sentiasa sihat sejahtera bersama keluarga tersayang. Semoga sentiasa di rahmati Allah. Aamin.

Keluar lagi berita pengasuh dera anak asuhan. Mengapa terjadi begitu? Wahai pengasuh anak kami yang budiman, ketahuilah kalian semua kami menitipkan anak kami kepada anda semua dengan harapan anak kami selamat di dalam jagaan anda. Tapi indah khabar dari rupa. Memberi mimpi buruk buat kami. Berbelah bagi kami hati ini untuk meninggalkan anak di tempat asuhan di bawah jagaan pengasuh. Tidak kah anda dapat menjaga mereka seperti anak anda sendiri, memberi sedikit kasih sayang anda itu kepada anak kami. Wahai pengasuh kasihanilah anak-anak kami.

Berdaftar sudah, pergi kursus sudah tetapi perilaku dan tanggungjawab memang kena diri sendiri juga. Ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab. Buang yang keruh ambil yang jernih, mana yang ada tidak puas hati antara ibu bapa dan pengasuh jernihkan lah dari menjadi dendam dan anak menjadi mangsa.


Nak lebih selamat para ibu perlu sediakan pelan sokongan. Untuk kembali ke rumah menjaga anak anda sendiri tanpa syak wasangka dengan orang lain. Boleh saja cari jalan untuk mulakan bekerja dari rumah. Cari alternatif sumber pekerjaan yang boleh di lakukan hanya dari rumah. Lebih lagi sekarang zaman teknologi. Internet komputer semua hampir setiap rumah ada dan juga telefon pintar. Gunakan kemudahan yang ada di tangan anda. Jana pendapatan hanya di rumah. Fikir-fikir kan lah ye.

Sekian semoga bermanfaat
Terima kasih kerana sudi membaca

Iklan sat...
Bagi anda yang berminat untuk mengikuti kelas asas blog boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut serta pendaftaran kelas. Boleh hubungi saya di:-
Email:- shehrenshahadan@yahoo.com
FB:- Shehren Shahadan

No comments:

Post a Comment