Tuesday, 29 April 2014

Soal Jawab ABDR

Sumber:Facebook Rakan Niaga ABDR & Penulis
Sumber Imej:Google

1. Bagaimana kelas ini dijalankan?
- Kelas berbentuk tutorial ini dijalankan sepenuhnya secara online.
- Protege akan diberikan ebook rujukan iaitu ebook Belajar Asas Blog.
- Protege akan dimasukkan dalam Group Kelas di Facebook. Komunikasi adalah secara one to one (personal coaching) melalui PM di Facebook atau Group Kelas.
- Nota dan tuturial bergambar disediakan di dalam Group Kelas tersebut.

2. Bagaimana dengan Jadual kelas?
Jadua kelas adalah fleksibel, mengikut masa protege sendiri bila mahu belajar. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

3. Apakah Tugasan yang perlu dibuat?
Tugasan yang diberikan adalah sepenuhnya terus membantu protege menyiapkan blog masing-masing. Dengan ini protege tidak perlu mengambil masa lain lagi untuk menyiapkan semula blog mereka. Protege dan guru online hanya berhubung secara online sahaja. Hanya perlu ada kelengkapan gadget iaitu laptop atau komputer dan talian internet. Malah jika ada telefon canggih juga satu kelebihan kepada protege untuk membuat tugasan terus walau di mana pun mereka berada.

4. Di Mana Kelas Ini Diadakan?
Uniknya kelas kami secara online sahaja. Boleh mula bila-bila masa sudah sedia.

5. Saya bekerja tak ada masa...
Disebabkan tuan/puan tak ada masa, itu sebab kelas ini masanya fleksibel. Iaitu 10 langkah mudah untuk kelas penulisan dan 16 langkah untuk kelas bisnes.

 6. Saya tak ada produk.
Produk kami sediakan. Anda boleh jadi Rakan Niaga Akademi. Jika sudah ada produk lagi ok, boleh teruskan menjual produk yang anda sedang dan/atau akan jalankan.

7. Berapa lama boleh pandai?
Bukan berapa lama boleh pandai, tetapi berapa cepat tuan/puan boleh siapkan tugasan. Ada pelajar laju ambil masa 10 hari sahaja, ada 3 minggu, ada sebulan dan ada lebih dari itu. Cepat atau lambat adalah bergantung kepada protege itu sendiri. Cepat siapkan tugasan, maka cepatlah kalian boleh mula menggunakan blog, Facebook dan Fanpage untuk menjana pendapatan pula.

8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untuk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya. Juga pertukaran antara blog di akademi dapat membantu menarik traffik ke blog.

9. Siapa digalakkan menyertai ABDR?
Kelas ini terbuka kepada semua yang mahu memulakan bisnes secara online atau masih tidak tahu cara bagaimana mahu memulakannya. Khusus utama untuk suri rumah, suri bekerjaya yang mahu menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa. Juga dialu-lukan penyertaan untuk kaum adam.

10. Apakah ‘value-added’ yang anda akan perolehi?
Kami akan kongsikan tips, tunjuk ajar, panduan dan kumpulan sokongan untuk sama-sama berjaya mencapai matlamat masing-masing menyertai akademi ini. Pertanyaan dan soalan boleh dilontarkan terus kepada guru online melalui message di Facebook. Peserta hanya perlu rajin menyiapkan tugasan yang diberikan dan rajin bertanya serta berhubung dengan guru jika ada soalan yang ingin diajukan.

Untuk sebarang pertanyaan
Hubungi saya 
Pengurus online ABDR
Shehren Shahadan
011-1857 8330

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Monday, 28 April 2014

Tips menyisir bulu

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Tips menyisir bulu. Selalu kita lihat kucing di rumah asyik menjilat bulu mereka. Itu tandanya mereka memandikan badan mereka. Seperti di rumah saya, ada ibu dan 3 anak. Walau anak nya sudah berumur setahun tetapi si ibu tetap tekun membersihkan badan anak-anaknya. Kadang kala saya perhatikan si anak rimas dengan perhatian ibu mereka. Kalau degil ibu akan mengigit mengheret si anak ke pangkuan nya untuk di bersihkan. Tengok kasih sayang seorang ibu.

Sekiranya anda memelihara kucing berbulu panjang seperti baka Parsi, Maine coon, Himalayan, Norwegian Forest, dan Birman atau baka tempatan berbulu panjang, anda perlulah sentiasa menyisir rapi bulu Kucing anda untuk mengelak terjadi gumpalan pada bulu Kucing ini.

Menyisir bulu seperti kaedah mengurut badan mereka. Lihatlah si comel ini betapa relax nya dia di urut.

Sekiranya keadaan ini tetap berlaku, anda bolehlah mendapatkan khidmat veterinar untuk mencukur bagi mengelak masalah kesihatan berlaku.

Tujuan seterusnya adalah untuk memastikan Kucing anda mendapat bulu yang cantik dan bersinar.

Gunakan alat menyisir yang sesuai. Sikat bulu yang tidak terlalu keras dan sesuai untuk bulu kucing anda. Juga dapatkan khidmat pakar untuk menjaga bulu kucing anda yang tebal dan panjang itu.

Daya tarikan seekor kucing memang terletak pada bulu nya. Jadi pastikan anda menjaga bulu mereka dengan sebaik yang boleh. Elakkan juga memberi makanan yang menyebabkan bulu mudah gugur. Boleh dapatkan supplement tambahan untuk mencegah dari berlaku.

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Sunday, 27 April 2014

Luangkan masa

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pembaca sekelian. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Luangkan masa? Untuk siapa? Nak buat apa?

Untuk yang memberi yang mengatur

Rezeki kita

Hidup kita

Masa depan kita

Dalam buku 'Mudahnya menjemput rezeki' ada menyentuh apa yang bermanfaat untuk kita itulah rezeki.

Banyaknya kalau nak di kira kan. Nak di kira memang banyak. Anugerah tubuh badan sahaja sudah begitu banyak. Akal fikiran yang di kurniakan juga begitu banyak memberi sumbangan.

Jadi, susah ke kita nak luangkan masa kepada Maha Pemberi ini? Betapa kita begitu sombong. Tidur sampai ke pagi, kewajipan entah di mana. Menyesal lah kita. Bertaubatlah. Sampai bila hendak merasa bangga di atas segala yang Dia pinjamkan? Peringatan untuk diri saya juga.

Cuba jumpa Dia tepat waktu

Dahulu kan Dia dari segala urusan dunia

Dia menunggu untuk mendengar rintihan dari kita semua. Dia menunggu luahan hati dari kita semua.

Ya Allah
Jika rezeki ku masih di langit
Turunkanlah
Jika di bumi keluarkan lah
Jika dekat permudahkan lah
Jika haram sucikan lah
Jika jauh dekatkan lah

Ok. Stop Dhuha dulu

Sekian. Semoga bermanfaat.
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Friday, 25 April 2014

Hotel kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya sayangi. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Apakah yang anda faham mengenai hotel Kucing? Tempat penginapan mewah barangkali. Tetapi jika sebut boarding services mesti tahu kan. Perkhidmatan penjagaan Kucing sementara.

Perkhidmatan ini mencanak naik permintaan ketika musim cuti panjang seperti hari raya atau cuti sekolah. 

Ada yang selesa menggunakan perkhidmatan boarding yang di jalankan di rumah. Ada yang teruja ingin memberi pendedahan baru kepada kucing mereka, menghantar ke kedai haiwan peliharaan yang menawarkan perkhidmatan hotel kucing ini.

Apakah kriteria yang perlu di ambil kira sebelum menghantar mereka ke hotel kucing :-
1) pastikan owner perkhidmatan sudah lama menjalankan perkhidmatan itu
2) dapatkan sekali perkhidmatan grooming etc di bawah satu bumbung penghantaran 
3) pastikan tempat yang anda hendak hantar itu tidak terlalu penuh dengan haiwan lain
4) di khuatiri kebajikan Kucing anda akan terabai
5) pastikan kakitangan serta pemilik perkhidmatan Kucing juga sayang haiwan seperti anda
6) dapatkan maklum balas terlebih dahulu dari orang lain yang pernah menggunakan perkhidmatan di situ

Pada saya sebaiknya sebelum menghantar ke hotel Kucing, sebagai pemilik anda perlu mengkaji terlebih dahulu tempat boarding tersebut. Pastikan kebajikan kucing peliharaan anda terjaga sepanjang ketiadaan anda di sisi mereka. Janganlah pula berlaku sebaliknya, mula penghantaran tiada penyakit, masa pengambilan boleh dapat demam, sakit melarat pula. Jika itu berlaku anda wajar mengajukan pertanyaan kepada tuan empunya boarding services tersebut.

Sekian. Semoga bermanfaat
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Thursday, 24 April 2014

Kumpulan Sokongan Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Apa khabar hari ini. Banyakkan memberi dari menerima. Berlapang dada untuk setiap ujian yang kita terima. Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan seharian kita.  

Tajuk kali ini mengenai kumpulan sokongan kucing. Macam kelakar, pelik pun ada. Ingat manusia je yang memerlukan kumpulan sokongan ni. Cepat-cepat kita fahami apakah maksud di sebalik 'kumpulan sokongan' kucing. 

Kumpulan sokongan kucing
1) Tablet introducer/Pill booster/Piller

Fungsi:-
1) memudahkan anda memberi kucing kesayangan anda memakan pil atau ubat  cecair ketika demam atau sakit.

2) Odour Free

Fungsi:-
1) meneutralkan bau busuk yang terjadi dari kesan bahan buangan oleh kucing anda seperti kencing, bekas najis, muntah.
2) membantu menghalang bau busuk menular memenuhi ruang kediaman dengan menyembur Odour free ke serata rumah anda.

3) Krim Antiseptik (Enzyme Wound Spray)

Fungsi:-
1) spray penahan pendarahan. Langkah awal mengatasi kecederaan atau kelukaan dalam pada kucing anda.
2) bahan yang membantu melindungi luka Kucing anda yang tercedera daripada jangkitan kuman serta merata.

Pastikan si comel anda mendapat jagaan yang sempurna untuk kemudahan anda juga sebagai pemilik nya. Boleh juga mendapatkan rawatan pakar veterinar untuk lebih penjelasan mengenai Kucing anda.

Sekian semoga bermanfaat
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Wednesday, 23 April 2014

Tips menangani kucing garang

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kalangan pembaca yang saya sayangi. Semoga hari ini kita akan dapat membuat lebih banyak kebaikan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita ini memberi manfaat kepada yang lain nya.

Perhatikan gambar di atas. Mengapa perilaku nya berubah begitu ye. Apakah faktor yang menyebabkan Kucing tersebut begitu garang dan menakutkan kita sebagai pemiliknya.

Tentu pemilik Kucing menyedari perubahan seperti itu. Sifat memiliki yang kuat pada Kucing membuatkan aksi mereka berubah menjadi garang dan bengis.

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan Kucing berubah menjadi garang
1) rasa terancam
2) berebut kawasan
3) pergaduhan merebut pasangan

Antara penyelesaian 
1) hindarkan Kucing tersebut jauh dari kelompok manusia di khuatiri boleh menyakiti
2) jangan melawan atau berlawan sekira Kucing sedang marah
3) simbah dengan air untuk meleraikan pergaduhan
4) neuterkn kucing anda
5) Kucing punya rasa cemburu yang kuat jadi Awas

Sekiranya anda mendapat luka hasil gigitan kucing anda untuk meleraikan sengketa antara mereka, segera berjumpa doktor veterinar. Jangan dah bengkak baru nak sibuk jumpa doktor sana sini. Pada masa itu mungkin kuman gigitan Kucing tadi sudah meresapi badan anda.  

Sekian. Semoga bermanfaat
******************************************
#Jika anda ada sebarang cadangan serta ingin berkongsi permasalahan Kucing anda, anda boleh menghubungi saya melalui 3 langkah mudah di bawah:-
FB Acc:Shehren Shahadan
SMS/Whatsapp/Wechat:011-1857 8330
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
*******************************************
Selamat datang bulan April. 31 pelajar baru. Lebih 600 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email:shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 011-1857 8330
Facebook : Shehren Shahadan

Tuesday, 22 April 2014

Sumber Rezeki

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Semoga hari ini dan seterusnya hidup kita akan sentiasa memberi kebahagian dan keceriaan. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Kalau kita perhatikan kehidupan kita seharian. Apa yang paling penting yang kita perlukan. Makan minum tempat tinggal kan? Dari mana semua itu? Dari hasil rezeki yang kita cari sehari-hari kan. Pagi sampai malam. Bangun pagi cari lagi.

Islam memang menggalak mencari rezeki. Dari sumber yang halal. Halal yang banyak tafsiran manusia. Setengah kata tidak boleh itu ini, setengah kata boleh itu ini. Terpulang, Allah beri akal untuk kita memilih yang mana baik dan buruk dalam kehidupan.

Halal begitu penting. Yang sudah berkeluarga upah yang di terima setiap hujung bulan itulah yang di gunakan untuk membeli keperluan keluarga. Makanan minuman. Yang akan jadi darah daging zuriat keturunan selama hayat. Jadi punca rezeki yang halal sangat penting.

Begitu banyak sumber rezeki di muka bumi ini. Makan gaji atau bekerja sendiri. Terpulang mengikut kesesuaian anda. Jangan bising sekiranya anak anda membuat perangai yang menjolok mata, kerap menyakitkan hati anda sebagai ibu bapa nya atau sukar menunaikan suruhan agama, silalah periksa kembali dari mana sumber rezeki yang anda dapati memberi makan minum mereka.

Ada orang berpanas berhujan, bersabong ribut petir, kasar kulit tapak tangan. Ada yang hanya duduk di pejabat, memeriksa dokumen, menyiapkan permintaan ketua atasan. Ada pula yang berjalan dari rumah ke rumah, telefon laptop depan mata. Yang mana satukah halal? Syyyh..itu urusan Allah. Allah lebih mengetahui segalanya. Serahkan semua pada Allah. Kita terus jalankan tanggungjawab dan kewajipan kita.