Sunday, 25 May 2014

Kau pergi jua

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua pembaca sekelian. Bagaimana mahu di mulakan entri ini? Saya sendiri buntu.

Trilogi kejadian
23hb petang
Yeyen demam panas

23hb malam
Yeyen muntah keluar air 

24hb pagi sabtu
Bawak yeyen pergi vet 

24hb petang
Vet call beritahu yeyen sudah tiada

Hendak ku nangis...
Tiada berair mata...

Secara tiba-tiba tinggalkan kami sekeluarga. Tinggalkan ibu dan dua Adik beradiknya. 

Tidak tahu hendak macamana lagi. Semoga yeyen damai di sana. Kehilangan insan tersayang sekelip mata benar-benar meragut jiwa.

Adik beradik lain puas mencari. Duduk dekat dengan mama mohon jawapan. Di manakah gerangan abang kami. Sekian lama kami rindu kan.

Cukup perkongsian ini.
Tahan air mata menitis di pipi.
Tiada lagi perkongsian di FB
Gelak tawa manja mencuit hati...
Yeyen tiada pengganti...

Sekian. Terima kasih semua kerana sudi membaca entri saya ini. Kehilangan memang perit tetapi kehidupan tetap kena teruskan.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday, 22 May 2014

Kucing oh kucing

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum para pembaca sekelian. Para sahabat yang membaca di ruangan blog ini, saya mengharapkan apa yang saya kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Yang baik dari Allah. Yang batil dari saya. Saya begitu mengharapkan pandangan dan juga teguran dari pembaca setia blog saya. Untuk masa depan blog ini. Sokongan dari anda semua amat saya hargai.

Bercerita tentang kucing memang tidak akan pernah habis. Bercerita kecomelan, kelincahan, kenakalan yang selalu mencuit hati. Jika di rumah, si kucing itulah yang mengamit hati tuan untuk cepat pulang ke rumah.

Untuk memelihara kucing, kita sebagai tuan perlulah memastikan kebajikan mereka terjaga. Ini peringatan untuk diri saya juga. Makanan, tempat tinggal, rawatan vaksin, stok ubatan, dan set perapian juga perlu sentiasa cukup untuk bekalan mereka.

Jika anda tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk menjaga kucing yang banyak, pada saya cukup menjaga seekor atau dua untuk tempoh pembelajaran untuk menjaga lebih banyak bilangan kelak.

Ingat lah sekali anda sudah memilih untuk memelihara mereka, ingat itu adalah amanah dari Allah. Jaga peliharalah mereka sehingga habis hayat mereka. Saya di sini tidak mahu mempersoalkan sikap tanggungjawab tetapi mahu di kalangan kita yang di sebut-sebut pencinta kucing@cat lovers mempunyai sendiri kesedaran.

Kesedaran untuk menjaga, memelihara mereka walau apa jua keadaan mereka. Jangan hanya di sayang, di peluk di usap di manja ajak tidur bersama hanya ketika kucing itu sihat bulu kembang mengebu. Itu tidak adil untuk mereka.

Mereka juga punya hati perasaan. Jika sakit bawa ke doktor. Bukan terus campak mereka di jalanan. Jika mahu mereka sihat dan sentiasa gembira bersama anda, lakukan proses pencegahan, bawa mereka berjumpa pakar veteriner untuk rawatan vaksin secara berjadual.

Jangan tambahkan lagi bilangan stray cats jalanan di luar sana. Saya merayu, tolonglah. Pelihara dan jaga hak milik anda walau apa pun keadaan mereka. Bayangkan oleh anda, boleh ke mereka mencari makan sendiri di luar sana sekiranya selama ini makan dan minum mereka anda sediakan? Fikir dan jawab lah sendiri.

Untuk mengelakkan populasi pembiakan Kucing tidak bertuan semakin bertambah dan terus bertambah, sila neuterkan Kucing peliharaan anda untuk mengelakkan mereka dari di buang di jalanan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Nota kecil:-
Saya mencari agen untuk projek duit raya, jika berminat pm saya untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Wednesday, 21 May 2014

Tips menukar makanan

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua. Bagaimana keadaan pembaca sekelian. Di harapkan semoga pembaca sekelian sentiasa mendapat kebahagian bersama keluarga tersayang. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Pernahkah Kucing anda mengalami muntah-muntah atau cirit birit selepas sahaja anda menukar makanan yang biasa mereka makan? Pernah kah terjadi?

Kita sebagai pemilik mesti merasa susah hati melihat kucing kesayangan tidak menjamah makanan seperti kebiasaan. Kucing juga seperti manusia. Mudah jemu pada kebiasaan dan inginkan kelainan juga pada variasi makanan mereka.

Tidak ada sebab untuk anda menukar jenis makanan yang kebiasaanya diberikan kepada kucing anda melainkan kucing anda sudah tidak berselera lagi dengan makanan sedia ada atau terdapat kesan sampingan yang tidak baik seperti kurap, allergic pada kulit atau  penyakit kronik yang di kesan seperti batu karang atau sakit buah pinggang.

Bagaimanapun anda perlu mengetahui terdapat prosuder tertentu untuk menukar makanan kucing kesayangan anda. Anda tidak boleh terus menukar serta merta makanan kerana di khuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada kucing kesayangan anda.

Tukar sedikit demi sedikit pada kuantiti yang kecil untuk percubaan kepada Kucing anda. Sekiranya tiada simptom yang meragukan anda boleh menambah makanan baru tersebut. Setiap hari kurangkan jumlah makanan lama sebanyak 20% sehinggalah makanan baru menjadi 100% pada hari kelima dan berikutnya.

Tujuan di berikan secara berperingkat adalah untuk mengelakkan sistem pencernaan kucing terganggu dan meragam. Sekiranya terdapat kesan yang berlarutan seperti cirit-birit atau muntah-muntah berterusan tidak berhenti, segera dapatkan rawatan dari pakar veteriner untuk menghentikan masalah yang di hadapi oleh kucing anda.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 17 May 2014

Persahabatan yang manis

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Kali ini saya kongsikan kisah persahabatan anjing dan kucing. Saya tiada kisah exclusive yang betul, cukup sekadar perkongsian gambar-gambar yang mampu merungkaikan dan menyampaikan erti persahabatan tersebut.

Kalau masa kecil sering kita di momokkan dengan cerita-cerita yang si anjing dan si kucing ini sentiasa bergaduh dan bercakaran. Pantang berjumpa. Tetapi gambar yang terpotret ini memberitahu segala adalah palsu. Peredaran waktu merubah situasi tersebut. Kini anjing dan kucing mempunyai sebuah persahabatan yang manis.

Lihatlah gambar-gambar yang saya ambil dari En. Google yang baik hati. Betapa akrab nya mereka. Sejuk hati melihat mereka begini. Hidup aman damai. Berkongsi sesama sendiri. Berkelahi sesekali biasalah tu. Bagaikan bait lagu seniman agung lagenda P.Ramlee...
Sedangkan lidah lagi tergigit..

Sekian. Selamat menikmati cuti hujung minggu anda bersama keluarga tersayang. Semoga bersua kembali di lain entri pula.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Wednesday, 14 May 2014

Jaringan Sosial

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur Allah izinkan kita berjumpa lagi di blog ini. Semoga Allah sentiasa merahmati kita. Banyakkan memberi dari menerima. Tidak akan berkurang harta orang yang selalu bersedekah.

Apakah yang di maksudkan? Tahukah anda mengenainya? Saya pun baru mengetahuinya. Mari kita kongsi bersama.

Masihkah anda mempunyai sahabat-sahabat sedari kecil? Sahabat-sahabat yang riang ketawa, main pondok-pondok, terjun paya, berlumur badan balik umah kena marah dengan mak. Indahnya kenangan itu.

Ketika itu kita berkawan tanpa kepentingan. Kawan sebaya sama sekolah sama rata. Bukan kita tahu pun dewasa kelak si pulan bagaimana dan anda bagaimana kehidupannya. 

Jaringan sosial yang di bina dari kecil inilah yang membawa sehingga dewasa keakraban bersama. Bersahabat tanpa syarat. Di mana pun mereka dan kita tercampak, mereka tetap menghubungi kita, dan merekalah rakan-rakan untuk tempoh yang lama.

Rakan-rakan di alam pekerjaan berbeza dengan rakan-rakan di alam persekolahan. Ketika kita bersekolah, kita berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak menjangka ada antara mereka akan jadi orang yang hebat pada masa akan datang.

Pada suatu hari nanti, mereka akan mempunyai nama tersendiri dalam dunia kerjaya mereka. Tetapi, kerana jaringan sosial yang tiada kepentingan dari kecil, ikatan akrab tetap terjalin sampai bila-bila.

Jika berkesempatan, raikan setiap kejayaan yang di capai oleh mereka. Tanda kita menunjukkan kegembiraan ke atas pencapaian mereka.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday, 13 May 2014

Diari VS Blog

Teks:Shehren Shahadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari semalam. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kita beroleh manfaat bersama.

Diari
Dulu-dulu masa masih anak kecil mesti masing-masing ada diari untuk mencatat setiap detik bermakna yang di lalui seharian. Masa meningkat remaja, diari berubah kepada luahan hati, emosi tidak ketentuan dan jiwa kacau. Meningkat dewasa pula tiada diari lagi. Berebut dengan masa, menjalankan tuntutan kehidupan yang semakin hari semakin meningkat menyukarkan meluah rasa menulis catatan di diari sendiri.

Blog
Boleh menjadi catatan pengalaman dan juga catatan harian anda. Berkongsi pengalaman hidup anda di kotak putih ini bersama tatapan pembaca. Jika anda malu untuk berkongsi secara realiti, anda boleh menggunakan blog sebagai luahan dan perkongsian pengalaman hidup anda.

Setiap manusia lain kisah hidupnya. Setiap manusia mempunyai pasang surut kehidupannya. Masalah yang anda hadapi mungkin di hadapi jua di kalangan peminat blog, jadi di situ anda telah memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Juga boleh jadikan blog sebagai sumber rezeki anda juga. Mengiklankan produk jualan anda kepada bakal pelanggan anda. Juga boleh meluaskan pasaran produk anda.

Banyak kelebihan dari blog.
Yang sedia maklum sudah ramai tahu.
Yang ambil tindakan susulan ramai yang belum mahu. Ayuh mulakan langkah anda sekarang.

Sekian. Semoga bermanfaat.
*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Mei. 31 pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Monday, 12 May 2014

Menzahirkan kesyukuran

Teks:Shehren Shahadan
Sumber Imej:Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca dan pengikut blog ini yang saya hormati dan sayangi selalu. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Mahu atau tidak kita perlu menzahirkan kesyukuran. Siapapun anda, tinggi manapun anda. Kesyukuran kepada maha pencipta kepada seisi alam ini Allah SWT.

Bagaimanakah caranya untuk menzahirkan kesyukuran? Kerap kita di datangi kalangan sahabat dan sekitar kita yang kerap mengeluh. Susah sana, payah dapat kerja yang sesuai, anak tidak mendengar kata, dan macam-macam keluhah lain.

Semak semula diri anda, beritahu rakan ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang kerap mengeluh itu, cuba senaraikan bahagian dari diri anda yang anda syukuri. Nikmat tubuh badan sahaja sudah cukup banyak untuk di senaraikan. Bersyukur. Anda kena belajar untuk bersyukur. Aamin ya Allah.

Menzahirkan kesyukuran dengan banyak melihat ke bawah kehidupan kita. Tiada yang Allah jadikan bersebab buruk. Jika kita yang mendapat musibah memandang negatif kejadian menimpa, akan negatif yang terhasil. Jika kita memandang positif setiap yang berlaku, kemungkinan anda akan mendapat manfaat dari kejadian tersebut.

Menzahirkan kesyukuran dengan banyak bersedekah. Suka atau tidak, kunci rezeki kita semua di pegang oleh Allah, sekiranya mahu rezeki kita lebih murah di beri olehNya, jangan berkira untuk berkongsi rezeki anda dengan yang lain. Sedekah juga dapat menyuburkan jiwa dan menyucikan harta yang kita ada.