Saturday, 23 May 2015

Bila waktu telah berakhir

Sumber imej : Google


Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi 

=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Friday, 22 May 2015

Kena marah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google


Assalamualaikum wbt,

Apa khabar sahabat sekelian? Semoga sahabat semua sentiasa di dalam keadaan yang menenangkan. Teruskan perjuangan setiap hari. Jalankan tanggungjawab seperti biasa. Amanah yang di beri di laksanakan sebaik mungkin. In sha Allah sama-sama ye kita kejar redha Allah.

Hari ini saya kena marah dengan bos ( kena tegur jek ). Tapi di sebabkan sudah sangat lama tak di marah, terasa sikit di hati. Selama ni lalai saja. Padahal selama kerja ni selalu kena marah dengan bos jugak. Kena marah teruk-teruk lagi dari tadi. Yelah dia bos layak marah tegur kita kan. Memang dah lali tapi sesekali kena berbekas jugak di hati. Dass... Tu yang rasa nak karang surat resign lagi sekali ( sebenarnye dah pernah hantar surat tapi bos pujuk suruh stay tolong dia lagi)... Huhu...

Terlintas di hati...
Kena marah dengan bos dah terasa hati. Kalau kena marah dengan Allah ? Dass sekali lagi...

Allahuakbar... Ampun kan saya ya Allah ...
=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Wednesday, 13 May 2015

Your Mother

Sumber imej: Google


Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That’s right no other
My mother

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I say why close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Calm your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

=============================
Ibu...
Maafkan anak mu Ini yang sering bertangguh menjengukmu
Maafkan anak mu ini yang jarang meluang waktu bersamamu
Entah apalah sangat kesibukan melanda anak mu ini
Yang pasti ibu
Doa untuk mu tetap ada di setiap penghujung solatku...
Semoga ibu sentiasa bahgia menjalani hidup meniti senja 
Semoga doa ibu tetap terselit nama anakanda...

Thursday, 23 April 2015

Kelebihan bulan Rejab

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum wbt,

Sahabat sekelian yang di rahmati Allah. Sudah lama saya tidak mencoret di ruangan ini. Sudah lama juga blog ini tidak di kemaskini. Tuntutan masa yang di rasa semakin singkat dalam mengurus urusan harian penyebab terjadi demikian keadaan. "Aah! Itu semua alasan...jawapan dari sesetengah pihak yang bersikap negatif ... Tapi syukur keliling sahabat saya semua memberi dorongan buat saya.

Harini pada 23hb April 2015 bersamaan 4 Rejab 1436 Hijrah. Sedar tak sedar hampir  sudah dengan bulan Ramadan. Cepatnya masa berlalu. Seakan baru sahaja menjumpai bulan Ramadhan yang lalu. Cukup memberi peringatan kepada kita semua sudahkah melangsaikan hutang puasa terdahulu? Lumrah sebagai manusia kita sering alpa. Lupa pada banyak keadaan. Jika bukan mendatangkan keuntungan bagi kita, tidak nya kita hendak mengingat perkara tersebut bermati-matian kan? Manusia mudah lupa...

Suka di sini saya ingin berkongsi dengan sahabat semua tentang kebaikan di bulan Rejab. Apa yang kita boleh perolehi di dalam kebaikan tersebut. Teks yang terdapat di dalam carian goggle ini saya kongsikan di sini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Aamin.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda: 

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT. 

>> Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT. 

>> Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal. 

>> Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam. 

>> Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya. 

>> Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH 

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” 

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.” 

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita: 

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?” 

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.” 

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.” 

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?” 

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.” 

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.” 

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.” 

LAGI KELEBIHAN BULAN REJAB 

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab: 

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat. 

2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. 

3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya. 

4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 

5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan). 

6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka. 

7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga. 

8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan). 

9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga. 

10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu: 

a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu. 

b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal. 

c. Terlepas daripada dahaga di akhirat. 

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya. 

12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan. 


Nah Sahabat sekelian, begitu banyaknya kelebihan di bulan Rejab itu. Jadi tidakkah kita semua teringin mendapat sedikit dari ganjaran-ganjaran tersebut di atas? Teringat saya usrah solat yang saya tonton di kaca tv tidak lama dulu... Ustaz mengingatkan jika mahu sedikit demi sedikit. Berubah ke arah kebaikan. Lama lama buat akan sebati dalam diri. Allah maha penyayang. Begitu banyak kasih sayang Allah berikan kepada kita. Sesungguhnya Allah maha pengampun kepada hamba-hambanya. Semoga kita sentiasa dalam rahmat illahi. 


Semoga apa yang di kongsikan di sini dapat memberi manfaat kepada saya dan sahabat semua. Semoga usaha saya yang kecil ini dapat menjadi ladang pahala untuk saya di akhirat kelak. 


=============================

Sekian dulu catatan saya kali ini. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian. Semoga bermanfaat

Wednesday, 8 April 2015

GST Oh GST

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum wbt

Permulaan awal tahun di Malaysia di Sambut dengan GST. Sistem percukaian telus kata nya. Saya pun tak pasti apa mana yang telus. Yang saya tahu saya pun kena hadap bayar GST.

Pelbagai cara dan tindakan untuk menghadapi GST. Setiap lapisan kena GST. Penuh tekanan perasaan dan situasi meruncing.

Pelbagai nama di beri dari kebanyakan lapisan masyarakat biasa dari singkatan GST. Apapun GST tetap berlaku. Nak tak nak tetap kena lalui Dan hadapi.

Untuk menyerap ketirisan ini, terpulang pada individu itu mahu terus selesa dengan yang sedia ada atau mahu lebih berusaha untuk menyerap kos berlebihan. 

Pelbagai peluang di luar sana menunggu anda. Juga peluang di ABDR sebagai rakan kongsi niaga. Jika berminat Boleh hubungi saya untuk tindakan lanjutan.

Jangan biarkan GST menghantui hidup anda. Ambil langkah segera ubah gaya hidup. 

Sekian. Semoga bermanfaat.


Friday, 27 March 2015

Gud bye Caca

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,


Gambar ini saya ambil malam tadi. Malam tadi caca memang nampak sangat lemah. Saya rasa dada nya terasa ombak-ombak halus. Hati saya sudah mengagak anak kecil ini sudah nazak. Hati saya sudah meredhakan pemergian nya dari awal.

Kisah Caca tak sempat saya nak kongsikan di sini. Pun gambar kenangan bersama nya jarang di ambil. Kedatangan caca di rumah bermula apabila anak balik dari sekolah agama membawa si kecil ini. Amat malang anak saya menjumpai nya di dalam longkang sekolah. Misainya di potong pendek. Memang sah budak kecil ini di buang. 

Saya abadikan kisah caca di sini untuk tatapan saya juga satu hari nanti. Caca di sahkan terkena parvovirus dari pertanyaan saya dan doktor vet yang biasa saya hubungi. Dari pertanyaan saya kepada doktor tentang tanda-tanda yang terdapat pada caca sebelum pemergian nya, doktor mengesahkan caca parvovirus. 

"As Salam doc
Maaf ganggu
Klw cat kuar berak cair busuk nape ye
Bdn sangat lembik
Kucing stray cat kt Jln Sy baru amik"...pertanyaan saya kepada doktor...

"selalu kalau stray cat yg ade tande2 gitu kene parvovirus kak..bahaye tu kak..boleh jangkit dkt kucing2 akak yg lain"...jwpn dari doktor....

"Ma da ckp caca td
Klw caca nk sihat kne kuat
Klw nk pergi mama x halang
Mama da halal
Kan semua yg mama bg caca
X pyh tinggu mama
Ma sentiasa syg chacha
😭😭😭😭
Mata dia tgk mama je pa
😭😭😭"... Wasap saya Dan suami

Yang berbaki masih di rumah. Sedaya upaya saya akan jaga. Sebelum ini 3 beradik pergi sekali dalam masa yang sama tinggalkan saya. Anak ibu amot. Yeyen, koot & Doot. Sekurang nya semasa hayat caca dapat rasa kasih sayang. Makan minum terjaga. Bukan masih di jalanan. Semoga caca tenang di sana ye dik. Paling simpati anak saya yang mengambilnya dari sekolah. Semoga anak tabah hadapi dugaan ini. Cita-cita nak jadi doktor haiwan nak rawat semua Kucing. Harap cita-cita anak tercapai. Sahabat di sini tolong doakan ye.

Ingatan di memori takkan bertahan lama. 10 tahun belum tentu akan ingat semua. Jadi inilah gunanya blog. Boleh mengabdikan setiap peristiwa.

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca.
=============================


PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Tuesday, 24 March 2015

Ulasan Ebook Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes (Zaila Mohamad)

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,

Sudahkah anda mendapatkan ebook seperti di atas? Ebook naskah sulung GO Puan Zaila Mohamad ini memang berbaloi di miliki. Anda rugi jika tidak mendapatkannya. Ebook yang di garap kemas ini terkandung begitu banyak ilmu di dalamnya hasil perkongsian ikhlas beliau. Sedikit kupasan dari saya mengenai ebook ini. Jika mahu tahu lebih dapatkan nya sendiri ye.

Apa yang menarik di dalam ebook ini ?
1) penulisan dari hati penulis
- ini dapat di rasai apabila anda mula membaca perenggan pendahuluan hingga ke tengah isi kandungan ebook. Perkongsian beliau memulakan perniagaan dari mula hingga sekarang. Pengalaman yang beliau perolehi di kongsi sebaik mungkin di dalam ebook beliau. 

2) anak ramai bukan alasan
- bebanan tugas sebagai suri rumah yang mempunyai anak ramai tidak mendatangkan masalah kepada beliau. Semuanya di tangani dengan pengaturan  masa yang teratur dan tersusun.

3) wanita berdikari
- sering di tinggalkan suami yang bekerja luar negara menjadikan beliau seorang yang berdikari dalam mengurus hal seharian.

4) berkorban demi keluarga
- puji sifat beliau yang rela mengorbankan kerjaya demi memikirkan masa depan anak-anak beliau. Di himpit waktu kerja yang membataskan beliau meluangkan masa yang banyak dengan anak dan juga demi kesihatan anak beliau yang kerap sakit ketika di hantar ke Taska semasa beliau masih bekerja.

5) dapat ilmu baru
- ilmu kena di cari. Dengan melabur membeli ebook ini banyak kebaikan yang saya perolehi. Tentunya juga ilmu-ilmu baru yang terdapat banyak di media sosial. Beliau sinonim sebagai pengajar ABDR untuk kelas Instagram, fanpage dan banyak lagi.

Jadi, tunggu apa lagi. Anda juga boleh mendapatkan ebook ini dan merasai keseronokan sendiri dengan membaca nya. Berita baik untuk anda, sekarang ada pakej promosi Ebook SJBB bersama Ebook YMSR dari pengasas ABDR Puan Masayu Ahmad. Boleh dapatkan dengan harga yang sangat berbaloi. Cepat sebelum terlambat.


PM saya Pengurus Online ABDR anda
Shehren Shahadan
011-18578330
www.shehren-shahadan.blogspot.com

DAPATKANNYA SEKARANG!

Sekian. Semoga bermanfaat.