Sunday 14 September 2014

Apakah perasaan?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi 

Assalamualaikum w.b.t,

Salam semua. Salam rehat hari minggu buat yang berehat pada hari ini. Pada yang bertugas pula laksanakan tugas dengan ikhlas dan sebaik mungkin. InsyaAllah jika kita bertanggungjawab pada tugas yang di beri tiada masalah akan berbangkit dan kalaupun ada masalah di harap tidak merumitkan.

Entri kali ini mengajak anda semua berfikir dan menyelami sekiranya kawasan rumah anda di jadikan tempat membuang kucing. Apa yang akan anda lakukan? Protes atau menerima?

Pada saya mungkin ada yang memerhati kelakuan ahli keluarga saya dan mengambil kesempatan. Maaf, sangkar umah saya sudah penuh dan ada sebuah keluarga kecil di belakang rumah kami sedang menumpang kasih. Si ibu memang saya selalu beri makan tetapi tidak terperasan yang si ibu mengandung. Hanya tiba-tiba ingin menggunakan mesin basuh terpandang sekelompok bulu bulat berpeluk. Itupun di sedari oleh suami dan anak saya. Terfikir bagaimana si ibu membawa ke lima-lima anaknya masuk ke dalam mesin basuh saya itu.

Si suami saya yang panjang akal terus ligat memikirkan bagaimana ingin menempatkan ibu dan anak yang baru lahir itu. Ibu yang kerap menyusu memang memerlukan makanan dan minuman yang banyak, jadi memang saya dan suami sudah arah kan pada anak melihat makanan di dalam mangkuk yang kami sediakan kosong atau masih berisi. Hiba terasa hati, di mana ibu itu melahirkan anak-anaknya tempoh hari. Syukur ibu pandai mencari saya.
Si ibu bersifat melindungi si anak tapi tidak marah saya mengambil gambar nya. Muka si ibu manis kan..


Sang anak yang sangat perlu nutrisi susu dari ibu. Sedih membayangkan nasib si ibu stray di luar sana.

Yang saya mampu untuk beri mereka makan yang mana dapat. Kongsi sama kongsi. Sama sikit sama banyak. Ketua besar Pak Kun di rumah ini pun sudah memahami keadaan ramai Kucing yang tiba di rumah tuan nya. Kalau dulu dia sangat garang sekarang nampak sudah boleh bertolak ansur.

16hb tinggal lagi 2 hari. Saya tunggu masa itu untuk merehatkan diri. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment