Tuesday 2 September 2014

Tiada habisnya

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat bertemu kembali di blog ini sahabat sekelian. Urusan kehidupan yang bertalu-talu datang memohon masa  sekehendaknya sehingga selesai. Saya berharap semoga para sahabat sentiasa setia bersama saya. Kalian semua tetap dalam setiap doa saya.

Akhir-akhir ini saya cukup sedih. Terpampang di surat khabar kisah Kucing malang yang di aniaya hanya kerana mencuri ikan untuk makan. Sedihnya nasib kucing itu. Untuk makan sambung hidup perlu mencuri. Kucing manakan ada akal. Manusia sebaik ciptaan kejadian dari Allah yang punya akal malah tidak di guna sebaik pemberian itu.


Saya secara peribadi menjaga anak amat pasti waktu bila kelaparan melanda di perut anak-anak saya. Jadi untuk pastikan mereka tidak bergiat agresif kerana perut berkeroncong maka sediakan makan secukupnya untuk mereka. Beri semampu anda. Kucing akan bertindak melampau jika sangat lapar. Ketika menaip ini saya terbayang nasib kucing jalanan di luar sana yang kelaparan. Sedihnya.

Kisah penganiyaan dan diskriminasi terhadap haiwan tidak akan pernah berakhir selagi manusia tidak mahu merendahkan martabatnya untuk sesama berkongsi dengan makhluk yang lain. Sudahlah tempat tinggal mereka kita hapuskan dengan rakus menyokong pembangunan lagilah mana mereka mahu mencari makanan kalau tidak di kelompok manusia jua. Fikirlah. Untuk si pelaku yang membuat kezaliman kepada haiwan di dunia ini, Allah akan balas perbuatan kamu. Tunggu sahajalah.

Sekian. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment