Friday 12 June 2015

Ujian untuk siapa?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 


Assalamualaikum wbt,

Sahabat sekelian. Di doakan semuanya sentiasa di dalam rahmat Allah.

Kadangkala ujian yang datang dalam hidup kita pasti untuk kita ke? Kadang ujian itu di tunjukkan pada semua keliling kita. Untuk kembali menilai bagaimanakah jika ujian yang sama itu terkena pada kita. Adakah kita pantas mengambil pedoman dari kejadian atau sebaliknya.

Pantas berita bergerak sepantas whatsapp messenger sampai di telefon pintar kita. Berita di televisyen belum siar lagi kita dah kalut terima berita. Tanpa sahih atau sebaliknya itu belakang kira.

Ujian setiap orang Allah duga tak sama. Allah Maha penyayang. Boleh jadi ujian itu sebagai pedoman buat yang memerhati. Jadi panduan buat persediaan jika terjadi kepada diri sendiri. Boleh jadi ujian untuk mengingatkan kita kembali dekat kepada Allah.

Apa yang Allah datangkan hadirkan pada kita semua bersebab. Takut nya mengenang kisah-kisah akhir zaman ini. Kun fayakun dari Allah walau negara kita bukan di lingkaran gempa gunung berapi tetapi ianya terjadi di negara sendiri.

Semua yang berlaku Allah tunjuk satu persatu dalam bentuk amaran. Kisah ujian yang Allah tunjukkan bukan cuma  di zaman ini tetapi dari zaman umat nabi terdahulu. Semuanya berpunca dari ingkar dan derhaka dengan Allah. Cukup takut mengenang pembalasan dari Allah.

Cukup-cukuplah kita mendabik dada mencabar pencipta bumi langit ini. Tolonglah bersihkan hati dari sifat-sifat tamak haloba yang boleh memusnahkan isi dunia ini. Yang penting semua kena bersihkan kolam hati. Kalau tak mahu bersedialah terima ujian lagi bertimpa-timpa lepas ni. Ada berani?


Sekian. Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment