Thursday, 20 February 2014

Anak Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Entri kali ini saya akan bawakan kepada pembaca sekelian mengenai anak kucing. Antara perkara yang perlu anda tahu tentang anak kucing ialah :-

• Anak kucing yang baru lahir hampir tidak bermaya. Anak kucing yang baru lahir sangat kecil, lemah dan tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas.
• Anak kucing akan bergantung sepenuhnya kepada ibunya untuk memastikan dirinya selamat. Ibu akan sentiasa menjilat dan membersihkan untuk menghangat.
• Salah satu perkara pertama di lakukan anak Kucing ialah menghisap susu ibunya. Setiap anak Kucing seperinduk mempunyai puting susu masing-masing di bahagian bawah badan ibu.
• Sekiranya anda mempunyai ibu kucing beranak kecil di rumah pasti menyedari perubahan apabila si ibu sering memindahkan anak-anaknya ke tempat lain. Hal ini berlaku apabila si ibu merasa terancam atau tidak selamat.
• Semasa berusia tiga minggu, anak kucing mula melihat sekeliling, mendengar dan boleh merangkak atau menyeretkan kakinya.
• Purata berat anak kucing yang lahir kira-kira 100 gram dan berat ini biasanya bertambah 2 kali ganda dalam tempoh 10 hari sahaja.
• Anak kucing seperinduk akan tetap menjadi kawan baik. Anak Kucing ini boleh bermain bersama walaupun apa yang kita saksikan 'permainan' yang di mainkan adalah kasar.
• Apabila usia mereka menjangkau enam-tujuh minggu, anak kucing akan mula 'main kejar-kejar'. Anak Kucing akan mengejar ekor masing-masing yang bergerak dan menerkam objek kecil seperti bola berbulu dan toys lembut.
• Selepas kira-kira sebulan, anak kucing sudah agak kuat untuk 'pergi merayau-rayau' dengan ibunya. Si anak akan mengikuti ibunya semasa merayau-rayau, menghidu dan mencakar apa sahaja yang di jumpai. Menggunakan ekor ibunya sebagai panduan.

Sebaiknya menyerahkan anak kucing anda kepada pemilik baru semasa anak kucing anda berusia seawal 8 minggu. Kerana pada masa itu mereka sudah sedia di pisahkan. Jika mereka masih bersama, maka ia akan berpisah dengan ibunya kira-kira umur mereka 6 bulan.

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. 22 pelajar baru. 413 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Monday, 17 February 2014

Makanan Tambahan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Saya doakan semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari illahi.

Entri kali ini saya akan bawakan kepada para pembaca semua mengenai makanan tambahan yang sesuai untuk kucing anda. Tidak di nafikan makanan tambahan ini perlu untuk menjaga tahap kesihatan kucing kesayangan anda. 

Apakah yang perlu anda ketahui sebelum memberi Kucing anda makanan tambahan? Tahukah anda makanan tambahan boleh di berikan jika kucing anda kurang sihat.

Jenis-jenis makanan tambahan untuk kucing terdiri daripada :-
• Vitamin dan Mineral
Terdapat pelbagai vitamin dan multivitamin untuk kucing. Makanan kucing sediada mengandungi multivitamin dan mineral mencukupi yang di perlukan oleh kucing.

• Omega 3
Umur mengetahui kandungan Omega 3 baik untuk manusia juga haiwan. Pengambilan menjadikan bulu Kucing berkilat dan kurang gugur. Memberi perlindungan kepada hati, otak, sistem imun, sendi, mengurangkan tekanan jantung dan juga menurunkan kolestrol pada kucing.

• Probiotic
Probiotik merupakan bakteria baik dan sihat yang mampu memperbaiki sistem penghadaman dalam usus besar dengan cara mengawal pertumbuhan bakteria jahat. Ianya terdiri dari Lactobacillus acidophillus atau Lactobacillus casei(yang biasa didapati dalam yogurt). 

Senarai herba semulajadi yang memberi manfaat kepada kucing antaranya ialah :-
• Goldenseal
• Cat's Claw
• Cat Thyme
• Valerian

Para pengeluar makanan tambahan semestinya mengharapkan produk keluaran mereka menepati kehendak pelanggan dan juga pasaran. Pengeluar produk mesti sedaya upaya memastikan produk keluaran mereka cukup lengkap dengan senarai panjang deretan nama vitamin.

Kucing dari peringkat umur yang berbeza memerlukan keperluan yang berbeza. Jadi sebagai pemilik anda perlu berhati-hati dalam memastikan makanan tambahan yang di beri. Pemberian makanan tambahan yang terlalu banyak juga bakal memudaratkan kucing kesayangan anda. Sebaiknya dapatkan nasihat dari pakar atau veterinar sebelum mendapatkan sebarang vitamin untuk kucing anda.

Jadi, saya merasakan lebih selamat jika kita memberikan kucing-kucing kita natural herb yang mudah di dapati di sekeliling kita.
"Remember, more is not always better"

Semoga bersua kembali. Salam kasih sayang untuk semua.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Saturday, 15 February 2014

Mencegah Dari Penyakit

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian.

Entry kali ini saya akan berkongsi bagaimana untuk mencegah dan merawat penyakit yang ada pada kucing.

Untuk pengetahuan pembaca semua, Kucing mempunyai pelbagai penyakit seperti juga manusia. Penawarnya ada di jumpai dan juga ada yang belum di temui sehingga kini.

Pengalaman saya menjaga kucing mendapat penyakit 'sporo' sangat mencabar dan memerlukan perhatian khusus semasa merawat penyakit tersebut. Keperihatinan dan kesabaran amat di perlukan dalam menangani permasalahan ini.

Untuk menyelesaikan masalah penyakit Kucing saya ini, saya telah membawa Kucing saya berjumpa pakar veterinar untuk proses rawatan. Di samping memberi ubatan dari Klinik haiwan, saya juga telah membuka pertanyaan di FB @Dunia Kucing untuk memperoleh pandangan serta penyelesaian masalah Kucing saya itu.

Saya bersyukur di kelilingi sahabat dan rakan-rakan yang tidak lokek ilmu dan banyak membantu dalam permasalahan saya ini. Mana-mana kalangan kawan FB yang pernah menghadapi masalah seperti saya telah berkongsi cara untuk mengatasi masalah penyakit sporo itu. Di situlah saya baru mengetahui pelbagai ubatan khusus untuk kucing ada di pasaran. Mengenali penggunaan cuka epal untuk mengatasi masalah kucing kencing berdarah. Mengenali TF (Transfer Factor) untuk meningkatkan imunisasi pada badan kucing. Pengambilan BW untuk makanan tambahan si kucing.

Barulah saya mengetahui bahawa menjaga haiwan peliharaan tidak semudah yang di sangka. Kalangan kawan Kucing yang saya kenali di alam maya FB, dari kiriman-kiriman gambar yang di muat turun mengambarkan mereka pemilik-pemilik kucing yang sangat perihatin. Menyayangi kucing mereka seperti anak sendiri. Bahagian nye melihat kehidupan mereka.

Setelah hampir 3 bulan, Kucing saya hampir pulih dari penyakit yang di hadapi nye. Belum pulih sepenuhnya tetapi saya bersyukur kucing saya hampir pulih dan dia kuat semangat untuk menentang penyakitnya itu. Ini semua saya dapati dari pengamatan saya menerima nasihat dan pandangan dari kawan-kawan kucing saya.

Untuk kesimpulan, menjaga Kucing kita yang sakit dan bermasalah perlu merujuk dan mencari jalan penyelesaian yang betul. Merujuk doktor haiwan, membaca buku berkenaan haiwan peliharaan dan sebagainya. Sebagai pemilik kita perlu menunjukkan sikap perihatin kita dan kasih Sayang kepada haiwan peliharaan kita semasa sihat mahupun sakit.

Untuk mencegah Kucing kita dari penyakit-penyakit berbahaya, kita perlulah menyediakan makanan yang baik, keperluan yang cukup, mendapatkan mereka suntikan cegah penyakit. Ini semua adalah tindakan awal pencegahan.

Semoga bersua kembali. Salam sayang untuk semua pembaca sekelian.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan February. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Thursday, 13 February 2014

Hospital

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari illahi.

Kita sedia maklum hospital tempat tumpuan orang ramai. Tempat mencari ubat untuk sebarang penyakit. Tempat terkumpul banyak penyakit. Tempat menginsafkan diri.

Hospital tempat yang mempunyai peraturan. Tidak memandang pangkat atau sebagainya yang ada pada anda. Sekiranya anda mahu menerima rawatan awal untuk penyakit anda, anda perlu datang awal untuk mendaftar. Jangan mengharapkan rawatan segera jika anda mendaftar lewat. Bersabarlah menunggu sehingga nombor giliran anda di panggil.

Jika anda merasakan anda seorang yang malang, datanglah menziarahi hospital. Di  hospital pelbagai macam akan anda temui. Pesakit yang datang mengharapkan penawar bersilih ganti,  pesakit kemalangan, ibu bersalin, rengekan anak kecil menangis, kaki tangan berbalut, dan juga kesetiaan pasangan atau ahli keluarga menemani pesakit menerima rawatan. Hingga pada akhirnya anda merasakan syukur aku masih lagi sihat masih mampu berdiri, pergi kerja, makan dan sebagainya. 

Sungguh hospital boleh menjadi tempat menginsafkan diri mensyukuri apa yang ada pada diri. Bayangkan jika sakit teruk, terbaring sahaja di katil hospital mesti menginginkan kehidupan dulu yang sihat, ceria gembira. Oleh itu kita hendaklah menghargai menjaga kesihatan kita untuk meneruskan kehidupan kita selanjutnya.

Semoga bersua kembali. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Tuesday, 11 February 2014

Kucing American Curl

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Kewujudan American Curl adalah tidak sengaja. Kacukan dari seekor kucing jalanan yang terbiar dengan telinga terlipat dengan Kucing biasa telah membiakkan jenis American Curl. Kecacatan yang di miliki oleh spesis American Curl merupakan profil utama .

American Curl mempunyai karektor yang menenangkan menjadikannya sesuai untuk di jadikan haiwan peliharaan. Spesis ini mempunyai bulu yang lembut dengan pelbagai variasi warna pada bulu.

American Curl mencapai kematangan usia pada umur 2 hingga 3 tahun. Jangka hayat spesis ini pula di antara 15 hingga 18 tahun.

Penjagaan Kucing American Curl ini sama seperti kucing baka lain. Cuma untuk kucing yang berbulu panjang dan tebal perlu di sikat setiap hari untuk mengelakkan dari tersimpul.

Kecacatan unik yang di miliki oleh spesis American Curl ini menambahkan nilai pada kucing baka ini. Pelik, kecacatan haiwan seperti ini boleh di hargai, jika manusia yang bertelinga lipat sebegitu pasti tidak senang duduk di tertawakan.

Sehingga bersua kembali. Wassalam

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Monday, 10 February 2014

Menarik Tentang Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Kucing merupakan haiwan kesayangan Rasullulah SAW. Kucing juga merupakan haiwan peliharaan rumah yang jinak dan mudah di urus. Kucing juga seringkali di jadikan teman di kala sunyi, sedih, dan juga sebagai tempat bermanja. 

Antara menarik mengenai kucing
• Kucing memiliki 30 ruas tulang belakang, 5 kali lebih banyak dari manusia.
• memiliki 230 tulang, 24 kali lebih banyak dari manusia.
• kucing memiliki mata terbesar dibandingkan dengan mamalia lain (nisbah saiz mata dengan tubuh)
• Kucing kampung dapat berlari dengan kepantasan 31 batu per jam
• kucing tidak dapat merasa manis melalui lidahnya

Antara keistimewaan lain ialah umur Kucing lebih pantas bergerak berbanding manusia. Contohnya jika kucing anda sekarang berumur 4 tahun, dalam umur manusia, kucing anda sebenarnya berumur 32 tahun. Sudah tua bukan. Tetapi tetap comel dan manja.

Sehingga bersua kembali. Wassalam

# Jika ada masalah berkaitan Kucing kesayangan anda, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. Lebih 400 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil wahm/soho.

Hubungi saya pada 3 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan

Saturday, 8 February 2014

Ukhwah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada para pembaca budiman. Semoga Allah merahmati kita semua.

Tajuk kali ini berkenaan Ukwah. Ukhwah yang terjalin di antara manusia sesama manusia. Pertalian persahabatan yang terjalin dan bakal terjalin. Dengan Ukwah merapatkan silatulrahim. Membentuk perhubungan berterusan. Menjalin kemesraan berkekalan.

Menghadiri perjumpaan masyarakat setempat juga memupuk ukhwah. Perkumpulan yassin di antara ahli masyarakat juga bole merapatkan ukhwah. Di samping perhimpunan masyarakat yang lain seperti mersyuarat, acara- acara tahunan dan sebagainya.

Ukhwah menjamin kesejahteraan, kedamaian hidup bermasyarakat. Dengan menjalin ukhwah, masyarakat sesebuah tempat dapat mengeratkan pertalian dan perkenalan sesama mereka. Kemesraaan juga dapat di pupuk. Sifat kerjasama, menjaga keselamatan sesama sendiri, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat baik dapat di pupuk sekiranya menjaga ukhwah di antara kita. 

Sehingga bersua kembali. Wassalam.

# Jika ada masalah berkaitan si manja, jom kongsikan bersama saya di
Email : shehrenshahadan@yahoo.com
SMS / Whatsapp : 012-758 9068
Facebook : Shehren Shahadan
****************************************************************************************************
Selamat datang bulan Febuary. 388 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 13 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.