Wednesday, 10 September 2014

Cat Cafe Korea

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum. Selamat sejahtera kepada semua. Agak lama baru dapat update blog. Kesihatan tidak menentu serta mood turun naik. Idea pun tak mari kata orang penang huhu. Apapun itu bukan satu alasan. Usaha juga untuk update entry baru buat pembaca Setia saya ini semua.

Kisah kali ini ialah paparan gambar mengenai kafe Kucing di negara Korea yang terkenal dengan drama bersiri serta artis k-pop nya itu. Tidak di lupakan kucing juga yang menjadi kegemaran rakyat negara tersebut. Mari kita cuci mata dahulu.


 Ini peraturan yang anda perlu patuhi di dalam kafe tersebut.





Antara gelagat pengunjung di kafe tersebut. Bagi pencinta kucing tentu anda teruja melihat keadaan-keadaan yang di rakam. Jadi boleh pasang niat untuk melancong ke Korea serta merasai pengalaman sendiri di kafe tersebut. Wishlist saya juga ni hihi. 

Ini salah satu tindakan untuk menaikkan martabat Kucing. Di kala negara sendiri heboh mengenai berita serta gambar yang tidak pernah habis mengenai penyiksaan dan penderaan haiwan comel ini, mari lah kita melayan sekejap gambar-gambar di sini biar hati tenang sedikit.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan September yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday, 4 September 2014

Tekanan di tempat kerja

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,



Salam sayang untuk pembaca semua. Semoga hari-hari kalian kini dan mendatang sentiasa mendapat rahmat Allah. Kisah kehidupan ada pasang dan surut. Mana yang ada diari digital seperti saya ini boleh catitkan untuk rujukan serta bacaan masa akan datang. Potret segala kenangan, imej bergambar, suka duka kehidupan di diari ini. InsyaAllah selagi masih ada hayat diari ini boleh di tatap untuk kenangan anak cucu juga.

Tekanan di tempat kerja?
Siapa pun yang istilah masih makan gaji dengan orang lain akan hadap perkara yang sama. Betul kan? Begitu lah jua saya. Sedikit yang hendak di kongsi. Senarai tekanan antaranya dari kaca mata saya ialah :-
1) keadaan tempat kerja yang tidak seia dengan anda. Dalam erti kata lain tidak selesa, mungkin ruang kerja untuk anda sempit atau tidak segar.
2) kumpulan rakan kerja yang tidak cocok dengan anda. Dalam skop pekerjaan terdapat juga rakan kerja yang baik kelaku di depan anda tapi tidak di belakang anda. Berhati-hati ya.
3) bebanan tugas sudah lebih. Kadang majikan bersikap berjimat dengan menggaji pekerja yang boleh melakukan pelbagai tugas sekaligus. Hebat tu memang hebat. Tapi lama kelamaan akan menyebabkan anda tertekan.
4) gaji yang tidak setimpal. Ini juga boleh mendatangkan tekanan. Wang amat di perlukan dalam kehidupan seharian. Keluar rumah sahaja sudah mengalir wang. Pasti akan timbul tekanan juga dalam diri anda.
5) apabila sudah terpaksa. Terpaksa bekerja kerana desakan kehidupan. Kehidupan masa kini yang moden namun semakin kompleks. Keterpaksaan memang akan mendatangkan tekanan.


Sebahagian dari senarai yang menimbulkan tekanan di tempat kerja. Untuk mengatasi tekanan dan mengelak dari berlarutan serta mendatangkan mudarat pada diri anda, anda perlu mencari jalan penyelesaian. Tidak mengapa InsyaAllah saya akan cuba pula buat entry mengenai penyelesaian tekanan di tempat kerja.

Satu lagi ialah kena marah dengan bos. Kadang bukan salah kita dan kita tertempias sekali terkena dengan kemarahan bos itu. Kadang mulut lembut bertutur dengan bos tapi dalam hati menyumpah gila. Itulah putaran kehidupan. Semakin matang dan tua dalam kehidupan tetap ada pengajaran yang boleh di perhati. Walau apapun kehidupan tetap kena teruskan. Masa tempoh bekerja tetap kena habiskan supaya berkat upah kerja yang dapat.

Cuci mata dengan tatap muka-muka comel seperti ini. Moga dapat meredakan tahap tekanan anda semua.

Sekian. Semoga bersua kembali.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan September yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday, 2 September 2014

Tiada habisnya

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,

Selamat bertemu kembali di blog ini sahabat sekelian. Urusan kehidupan yang bertalu-talu datang memohon masa  sekehendaknya sehingga selesai. Saya berharap semoga para sahabat sentiasa setia bersama saya. Kalian semua tetap dalam setiap doa saya.

Akhir-akhir ini saya cukup sedih. Terpampang di surat khabar kisah Kucing malang yang di aniaya hanya kerana mencuri ikan untuk makan. Sedihnya nasib kucing itu. Untuk makan sambung hidup perlu mencuri. Kucing manakan ada akal. Manusia sebaik ciptaan kejadian dari Allah yang punya akal malah tidak di guna sebaik pemberian itu.


Saya secara peribadi menjaga anak amat pasti waktu bila kelaparan melanda di perut anak-anak saya. Jadi untuk pastikan mereka tidak bergiat agresif kerana perut berkeroncong maka sediakan makan secukupnya untuk mereka. Beri semampu anda. Kucing akan bertindak melampau jika sangat lapar. Ketika menaip ini saya terbayang nasib kucing jalanan di luar sana yang kelaparan. Sedihnya.

Kisah penganiyaan dan diskriminasi terhadap haiwan tidak akan pernah berakhir selagi manusia tidak mahu merendahkan martabatnya untuk sesama berkongsi dengan makhluk yang lain. Sudahlah tempat tinggal mereka kita hapuskan dengan rakus menyokong pembangunan lagilah mana mereka mahu mencari makanan kalau tidak di kelompok manusia jua. Fikirlah. Untuk si pelaku yang membuat kezaliman kepada haiwan di dunia ini, Allah akan balas perbuatan kamu. Tunggu sahajalah.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 27 August 2014

Pengukur kebahagian

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Petikan kata hikmah dari Prof DR Muhaya. Saya mengkagumi beliau. Wajah lembut penuh keibuan. Wajah penuh kasih sayang. Setiap lontaran percakapan yang keluar dari bibirnye mengandungi manfaat yang berpanjangan. Jadi ikutan dan panduan segenap peminatnya.

Benar kata DR, orang yang bahagia adalah orang yang suka melihat orang lain bahagia. Jiwa kita akan tenang jika orang keliling kita sentiasa bahagia. Perbualan dari hati ke hati juga mudah terlaksana. Mendoakan kebahagian orang lain dalam diam tanpa pengetahuan empunye diri juga sangat bermakna dan memberi kepuasan. Anda cubalah.

Kebahagian bukan di ukur dari banyak nya harta yang terkumpul selama anda hidup tetapi terapi diri yang anda miliki. Terapi diri dari memaafkan kesalahan orang lain terhadap anda, memberi peluang kebahagian datang dalam diri sahabat anda, mencuba memenuhi permintaan tanpa mengecewakan, berusaha menjaga hati pasangan serta terus berbuat baik.

Sesungguhnya harta bukan pengukur kebahagian. Orang yang kaya ialah yang lebih memberi hartanya dari menyimpan. Yang tidak lokek berkongsi kelebihan yang dirinya ada kepada orang lain.

Sekian. Semoga bermanfaat

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Friday, 22 August 2014

Deep condolences

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Salam penuh keinsafan di pagi jumaat 22hb 8 2014 yang mulia ini. Cuaca suram sejak dari 2 hari yang lalu. Hari penuh peringatan berpanjangan pada tika dan masa ini, seluruhan rakyat di bumi bertuah ini bergabung menghormati ketibaan mangsa MH17 yang di timpa tragedi di Ukraine-Russia.

Kesedihan tetap di rasai oleh segenap lapisan masyarakat di sini. Walau sibuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab harian, kesedihan ini tetap terpalit di hati rakyat marhaien negara tercinta ini.

Perlakuan atau sokongan hak masing-masing dan tindakan sendiri untuk turut menyokong bergabung pada hari ini. Saya percaya kisah sedih dan terkesan di hati tetap ada pada setiap jiwa rakyat malaysia yang terbabit. Inilah satu tragedi besar yang melibatkan negara kita mendapat liputan luas seantero dunia selain dari kisah MH370.  

Apapun yang berlaku, kita kena tabah dan redha. Salam penuh takziah untuk sanak saudara mangsa nahas MH17. Redhakan pemergian dan doa tidak putus untuk mangsa kejadian. Semoga kejadian yang berlaku ini lebih memberi kesedaran kepada kita siapa yang lebih berkuasa. Walau hebat manapun kita tetap tidak dapat menandingi kuasa Allah kerana skrip kehidupan kita Allah yang punya.

#prayforMH17
#remembering MH370

Tuesday, 19 August 2014

Variasi kotak kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar pembaca sekelian. Bagaimana keadaan pada hari ini? Semoga kehidupan kita sentiasa memberi manfaat kepada yang lain. Banyakkan memberi dari menerima. InsyaAllah, Allah akan pulang kan ganjaran bukan selipat ganda tapi berganda-ganda. 

Jika anda mempunyai kucing peliharaan di rumah mesti sering memerhati tingkah laku dan perubahan Kucing anda. Pernahkah anda sedari mereka ini semua sangat menyukai kotak. Memasukkan badan yang bulat seperti ini di dalam kotak. Terfikirkah anda apakah perasaan mereka ya? Adakah sangat gembira atau rasa selamat?

 
  
Jika tuan mereka rajin melayan mereka bermain, mereka akan berusaha menyembunyikan diri di dalam kotak walaupun badan sangat besar tidak boleh sorok.


Jika mempunyai rakan bermain, mungkin berdua atau berempat menyembunyikan diri bermain di dalam kotak bersama.


Ikon Kucing popular dari jepun si Maru kerap di paparkan oleh tuan nya obses bermain bersama kotak.


Idea yang kreatif dapat menghasilkan kotak mainan yang cantik untuk Kucing anda. Jika anda perhati Kucing kerap keluar masuk dalam kotak itu bermakna mereka seronok bermain bersama kotak.


Tambah kan rajin sedikit, hias kotak tadi dengan corak-corak dan warna menarik perhatian Kucing anda.

Dan pada akhirnya, kotak permainan buatan tuan kucing tadi akan koyak serta terbelah dua akibat keganasan melampau kucing bermain. Dan kucing mengeow lagi merayu tuan buatkan lagi kotak mainan. Tuan yang baik hati pun buatkan lagi untuk kucing bermain semula. Kasih sayang tiada tandingan.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Thursday, 14 August 2014

Doa orang yang di zalimi

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar pembaca sekelian. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat Allah. Sudahkah anda bersedekah pada hari ini? Memberi makan kucing jalanan juga satu sedekah. Semoga kehidupan kita ini dapat memberi manfaat kepada yang lain.

Palestine. Penuh penderitaan ketika ini. Adakah mereka di sana mendapat pengadilan yang wajar. Dapat mempertahankan diri? Di bedil berterusan oleh pihak Zionis yang mengasak, meletupkan tempat tinggal mereka? Masihkah mereka mendapat pengadilan? Tidak sama sekali. Dan merekalah kaum yang di zalimi.

Rassullah SAW bersabda yang maksudnya: "Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah." (Riwayat Ahmad)

Huraian Hadis:-
1) sikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh Allah SWT.

2) sebagai orang Islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang yang bukan Islam.

3) keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk kepada yang baik.

4) keadilan juga boleh menerbitkan perasaan kasih sayang serta hormat menghormati dalam masyarakat.

Merujuk kepada Hadis ini, Allah SWT juga telah menunjukkan sifat-Nya yang adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan di balas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir.

Sebab itu kita di ajar untuk menghormati orang yang lebih dewasa dari kita, saling mengingati, amanah dalam tanggungjawab kerana semua itu berkait dengan sifat dan rohani yang terpuji.

Jika ada kalangan anda yang menjaga harta anak yatim, selesaikan hak dan penjagaan harta tersebut sehingga anak yatim tersebut layak memegang harta mereka sendiri. Ingat amanah yang di beri jangan di khianati. 


Sekian. Semoga bermanfaat.

Sumber rujukan : Majalah Asuh Bil.194.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Ogos yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM