Monday, 30 June 2014

Rezeki Ramadhan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google & Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt

Saya dan keluarga mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada para pembaca serta pengikut Setia di sini sempena kedatangan ramadhan .Bulan yang di tunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan penuh keberkatan. Bulan menambah pahala. Bulan pintu neraka semua tertutup dan di buka seluasnya pintu syurga. Bulan syaitan di rantai agar umat Islam dapat beribadah dengan tenang dan penuh khusyuk. 

Rezeki pada bulan ramadhan lain macam auranya. Berderet bazaar ramadhan muncul pada awal-awal mula puasa lagi. Pelbagai ruang dan peluang untuk mencari rezeki terbuka luas pada bulan ramadhan. Pada bulan ramadhan juga boleh menjadi tapak untuk memulakan perniagaan anda. 

Inilah rezeki ramadhan saya pada tahun ini. Semoga sepanjang ramadhan ini pelbagai rezeki akan saya temui dan boleh saya kongsikan bersama anda semua. Doakan saya ye sahabat budiman.

Kehadiran mereka subuh mengiow di depan pintu rumah. Saya nampak dahulu yang berwarna gelap sedikit tu (tomey) berlari menuju ke arah saya dari semak di pohon mempelam jiran sebelah rumah. Bergetar badan bila saya ambil tomey. Kasihan nya mana ibu kamu.. Lepas itu baru nampak omey (warna pudar sedikit) muncul dari celah semak. Sebak nya dada ini.

Sekarang mereka berdua menjadi penyeri  di rumah kami. Makan lah apa yang ada di rumah kami anak, asal kamu tak kesejukan kelaparan di luar sana. InsyaAllah mama papa cukup beri kamu makan minum tempat tinggal seperti lain.

Buat pencinta kucing di luar sana, sekiranya tak mampu nak bela banyak-banyak anugerah tuhan ini tolong mandulkan kucing anda. Boleh di kira berapa ramai sangat lah keluarga yang terbuka hati menerima ahli baru. Jadi gunakan akal yang waras sebelum buat keputusan. Letakkan diri kamu dalam diri anak Kucing yang masih kecil itu di campak di jalanan begitu sahaja. Semoga kita semua lebih bermoral sikap dan kelakuan selepas ini.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Wednesday, 25 June 2014

Tips mengenali pokok galak kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kepada pembaca sekelian. Terima kasih kerana masih setia mengikuti saya dan blog ini. Jutaan penghargaan saya tujukan untuk anda semua. Semoga kita semua di rahmati Allah sentiasa. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain ye.

Bagi yang belum dan kurang mengenali, inilah Pokok Galak Kucing.

Nama Saintifik: Acalypha Indica
Nama Lain: Indian copperleaf,India acalypha
Famili: Euphorbiaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar

Keterangan :-
Tumbuhan liar berupa rumpai ini begitu mudah dijumpai tumbuh liar dinegara kita walaupun ia dikatakan berasal dari India.Ia sejenis herba semusim dengan ketinggian antara 0.5 -1 m.Tumbuhan ini menjadi kegemaran kucing yang biasanya akan makan daun dan akarnya.

Kegunaan :-
Digunakan dengan meluas dalam perubatan homopati.Dalam perubatan tradisional tumbuhan ini banyak digunakan untuk mengubati masalah yang mennyerang sistem pernafasan seperti asma, bronkitis dan batuk.Ia juga digunakan untuk menambahkan tenaga batin.

Satu lagi penambahan kegunaan ialah pokok ini serupa tanaman Herba untuk kucing. Cuba beri pada kucing lihat reaksi mereka. Mesti mereka akan bergolek-golek bermain bersama pokok galak Kucing itu.

Cara tradisional untuk pulihkan tenaga Kucing ialah dengan merendam akar pokok ini di dalam air dan air rendaman akar tadi di berikan minum kepada kucing yang uzur. Tapi bersihkan dulu tanah yang menyelimuti akar tadi jangan rendam terus sekali. Sayangnya kelemahan pokok galak Kucing ini apabila di cabut terus layu dan tidak dapat di simpan lama. Yang di sukai oleh kucing pada akarnya. Daun nya di makan juga untuk proses pembersihan perut mereka.

Gambar di ambil dari Google menunjukkan Kucing begitu tertarik dengan pokok ini.

Musim-musim tidak menentu ini sebaiknya awasi anak-anak anda semua. Jika berada di rumah sedapatnya beri mereka minum air yang cukup. Makanan tidak boleh di dedah terlalu lama. Takut bakteria kuman sempat menghinggap pada makanan. Beri sesekali makanan lembut untuk memudahkan pencernaan.

Jangan lupa dapatkan nasihat doktor jika keadaan Kucing anda yang lemah berlarutan. Pokok itu hanyalah sebagai bahan tambahan untuk Kucing anda. Dapatkan nasihat pakar itu lebih baik.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Mentari kehidupan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum wbt.

Bila yang kita rancang tidak seperti yang kita kehendaki apa yang akan berlaku. Sehangat api mesti nya. Tapi jangan gundah gulana sebab mengamalkan konsep redha itu perlu sepanjang meniti kehidupan.

Seperti gambar sang mentari seperti di atas. Terus tekun ia melaksanakan tugas dan tanggungjawab nya memberi sinaran vitamin kepada bumi untuk menyuburkan tanah di bumi. Hanya akan berhenti sehingga Allah memerintahkan ia berhenti.

Jadi oleh itu, sebaik mungkin kita hendaklah redha kepada takdir yang sudah tertulis untuk kita. Percaya pada ketentuan yang Allah sudah siapkan untuk kita. Kalau lah kita tahu bagaimana corak kehidupan dan perjalanan hidup kita akan datang alangkah mudahnya kan. Tetapi itu semua di tutup kemas oleh Allah untuk beri kita peluang sebagai hamba nya bertaubat dan berkelakuan baik serta mencari tambahan saham untuk bekalan di hari akhirat kelak.

Ilmu yang kita ada wajib kita kongsikan bersama orang lain. Lebih yang kita ada wajib kita sedekahkan pada yang lain. Senyum juga merupakan sedekah, jadi senyum lah selalu ye, dan kita sentiasa menjadi mentari kehidupan untuk orang lain. 

Sekian. Semoga bermanfaat

Yang batil dari saya, yang sempurna dari Allah.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Tuesday, 24 June 2014

Liku kehidupan

Teks: Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum wbt.

Hari ini saya berjalan laju dari biasa. Gara-gara bas yang lambat sampai. Berkejar saya untuk mengelakkan punchcard merah dan melepasi angka 35. Masih mengharap dapat elaun bulan ini. Bulan lepas out semua. Sakit kaki demam semua cukup. Saya mesti dapatkan elaun bulan ini. Mesti mesti. Sudah mahu sampai hujung bulan semoga Allah permudahkan usaha dan niat baik saya. Ya Allah permudahkan lah semua urusan ku aamin.

Hujung minggu ini mulalah bulan Ramadhan Al Mubarak. Bulan yang rahmat, bulan mencuci dosa dan noda. Seronok sebab terawih sekali lagi bersama ibu mertua ku. Mesti seronok malam-malam terawih kan.Tambah seronok kalau keluarga di Felda berterawih sama kami tapi berangan jelah sebab Abah dan Mak punya tanggungjawab di Felda nun sana. Mungkin hujung minggu ke. Kan..

Ibu mertua sudah tua. Jadi tidak rela tinggalkan dia sendiri di kampung berbuka dan bersahur sendirian. Walaupun di kampung rumah ibu di keliling Adik beradik nya tapi saya tak rela jugak. Sian jugak pada suami. Nanti dia penat berkejar ke sana sini selesaikan tanggungjawab nya. Ayah mertua sudah pergi hampir 10 tahun lepas. Suami menggalas tugas menjaga ibu mengganti abangnya yang sudah meninggal dari kecil. Tugas dan amanah suami memang besar dan berat. Saya je ni yang degil banyak lawan cakap dia. Tapi dia tetap sayang saya.

Semoga saya terus kuat meneruskan liku-liku kehidupan ini. Doakan saya ye para sahabat. Ada masalah mengadu terus pada yang maha pemurah Allah.

Sekian. Maaf mengomel panjang hari ini.

Monday, 23 June 2014

Tips kuat ingatan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Sudahkah anda bersedekah hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Entry kali ini, kita sama berkongsi tips untuk menguatkan ingatan dan berkongsi manfaat bersama. 

Dan tidak lengkap rasanya kalau hanya berdoa, antara petua dan amalan yang wajib dilakukan demi menjaga ingatan kita yang saya dapat kongsikan bersama dari pembacaan di internet ialah :-

1) banyakkan membaca al-quran
2) peruntukkan masa tidur yang cukup
3) kawal tekanan dengan bijak
4) banyakkan bersenam
5) fokus pada sesuatu pekerjaan
6) banyakkan membaca

Sekian. Semoga bermanfaat.

Yang batil dari saya, yang sempurna dari Allah.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Sunday, 22 June 2014

15 Fakta Menarik Tentang Kucing

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google & Koleksi peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca budiman. Sudahkah anda bersedekah hari ini? Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Entry kali ini mengenai 15 fakta yang menarik tentang kucing. Saya dapat fakta ini dari carian rujukan dari Google dan juga campuran pengalaman saya sendiri. Semoga dengan entry ini dapat kita menambah ilmu pengetahuan tentang haiwan kesayangan kita.

❤️15 Fakta Menarik❤️

1) Kucing rumah boleh tidur selama 14 jam sehari. Patut lah boleh menjadi gemuk seperti ini.

2) Ekor kucing digunakan untuk menjaga keseimbangan terutama ketika melompat atau berlari.

3) Kalau kucing menggosokkan badannya pada kaki atau badan kita, mereka sedang tanda kita dengan baunya dan mengishtiharkan kita sebagai pemiliknya. Selain itu juga mereka mahu minta di belai dan di beri perhatian.

4) 1 daripada 4 rumah di Amerika memelihara kucing. Sangat comel dan gebu seperti ini.

5) Kucing memakan rumput untuk membaiki pencernaan dan membantu mengeluarkan bulu yang tertelan. Lepas makan rumput, kucing akan muntah.

6) Kencing kucing boleh bersinar jika di dedahkan dengan cahaya gelap.

7) Kucing yang bermata biru adalah pekak. Tapi mereka ada keistimewaan lain yang membolehkan mendengar.

8) Kalau kucing tidur di bilik air, kemungkinan kucing tersebut sedang sakit. Juga dengan cuaca yang sedang panas ketika ini kucing yang di lepaskan kerap baring di bilik air untuk mencari sejuk.

9) Kalau kucing sedang mengibas-ngibaskan ekornya ke kiri dan ke kanan bererti dia sedang marah atau berasa tidak selesa.

10) Kaki depan kucing mempunyai 5 jari dan 4 jari pada kaki belakang. Tapi ada kucing yang lahir ada 6 jari di kaki depan dan belakangnya. Bahasa saintifik di panggil polidaktil.

11) Lidah kucing tidak dapat merasa, jadi nafsu makan kucing di pengaruhi oleh bau makanan, bukan rasa makanan tersebut. Jika anda kerap memperhati mereka mesti terperasan mereka akan mencium bau dahulu sebelum makan.

12) Kucing merespon panggilan wanita lebih baik daripada lelaki.

13) Orang yang alergi terhadap kucing pada umumnya alergi terhadap air liur kucing

14) Kucing mampu selamat walaupun terjatuh pada ketinggian 30 kaki. Hebat kucing.

15) Telah dibuktikan secara ilmiah bahawa mengelus-elus kucing merupakan salah satu cara menurunkan tekanan darah kita. Kucing juga dapat meredakan tekanan.

Sekian. Semoga bermanfaat. Jalani cuti hujung minggu anda dengan aman dan selesa bersama orang tersayang.

Yang batil dari saya, yang sempurna dari Allah.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Saturday, 21 June 2014

STRESS

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua kepada pembaca sekelian. Terima kasih kerana masih setia mengikuti saya dan blog ini. Jutaan penghargaan saya tujukan untuk anda semua. Semoga kita semua di rahmati Allah sentiasa.

Gambar di atas, semua orang mengalami nya STRESS ataupun TEKANAN

Apakah punca strees dan juga tekanan ini? Terlalu banyak punca dan penyebab. Salah satu dari emosi diri yang tidak menentu, keterpaksaan dalam melakukan sesuatu, tekanan kewangan, persaingan, taraf kehidupan yang semakin meningkat dan banyak lagi.

Doa ini jika di amalkn selalu dan sentiasa istiqomah, InsyaAllah akan melerai kekusutan fikiran dan juga tekanan yang anda alami.

Perempuan gemar bercerita, meluah rasa sesama jantina. Di selangi dengan juraian airmata. Harap tempat mengadu tepat dan cerita luahan hatimu tidak di jaja.

Sebaiknya mengadulah kepada yang esa. Tiada yang tahu, mengadulah sepuasnya. Mintak di tenangkan hati, tabah menerima suratan hidup. Berontak tidak akan menyelesaikan masalah. Berdiam lebih baik dari buka mulut menambah retak suasana. Kalau perlu karang panjang-panjang dahulu lepas itu mengadulah sepenuh hati hanya pada Allah. 