Friday 13 February 2015

Al-Fatihah

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum 
Salam pagi jumaat yang berkah.

Pagi jumaat yang terisi dengan berita kehilangan insan tersayang. Pemimpin kesayangan. Suram suasana menyelubungi. Semoga kita semua tabah menghadapi dugaan ini.


Berita kematian pengulas berita sukan terkenal Haji Hasbullah Awang. Pengulas berita yang sinonim menaikkan mood peminat sukan bola sepak. Memahat nama dengan cara tersendiri.


Mantan pemimpin parti politik PAS. Juga telah pergi malam jumaat tanggal 12hb Feb 2015...

"meninggal pada malam jumaat. Tanda kematian husnul Khatimah. "Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat, melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur". [HR Ahmad dan Tirmidzi] 
hadis soheh.."

Doakan semua yang telah pergi meninggalkan kita di tempatkan di kalangan hamba-hamba yang soleh dan solehah. Mereka semua sudah tentu tempat nya, kita di dunia ini belum tentu lagi. Dan masih ada masa juga peluang untuk memperbaiki segala amal kebaikan kita. Semoga roh di cucuri rahmat. Aamin.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment