Wednesday 11 February 2015

Hak haiwan

Teks : Shehren Shahadan

Sumber imej : Google 


Assalamualaikum semua. Salam sejahtera kalian. Bagaimana permulaan pada hari ini? Semoga semuanya mengembirakan.

Hak haiwan? 
Hak manusia?
Manusia ada hak yang boleh di perjuangkan. Ada undang-undang yang boleh melindungi hak mereka.
Bagaimana dengan haiwan? Adakah nasib dan hak mereka terbela?

Hak haiwan sebagai haiwan peliharaan. Masa suka manusia jaga mereka cukup rapi. Tetapi kebanyakan manusia, apabila haiwan peliharaan sudah tidak molek, sudah tua, kerap sakit... Apa yang berlaku? Campak di tepi jalan. Tak mahu tanggung kos perubatan. Tak mahu terima risiko menjaga serta memulihkan kembali haiwan peliharaan mereka. Jadi mana hak mereka? Hak sebagai haiwan? Tiada. 

Kemunculan aktivis suka rela dan tempat perlindungan untuk haiwan ini tumbuh macam cendawan tetapi berfungsi kah sepenuh nya. Aktivis yang berhati jujur dan benar mahu membela nasib dan haiwan sahaja yang betul hala tuju dan tindakan mereka. Samada Anda saya atau kalian semua di sini? Allah sahaja yang mengetahui.

Entry ini terhasil apabila saya melihat di tepi jalan bangkai seekor anjing yang ada coller di leher nya. Kalau ada coller mesti ada tuan kan. Takkan tuan anjing tak perasan anjing nya tiada. Tiada hak untuk anjing itu di situ. Terbiar anjing itu sehingga bangkai nya reput sendiri di jamah hujan, panas terik siang dan berembun malam.

Pendapat saya, jika anda benar menyayangi haiwan peliharaan anda, anda perlu bersedia masa, tenaga dan wang anda untuk kebajikan mereka. Keselamatan juga termasuk dalam hak haiwan anda.

Saya akan kupas untuk entry seterusnya.

=============================
Seperti biasa bagi sesiapa yang berminat untuk belajar membina blog & fanpage bersama saya boleh hubungi saya melalui :

Email : shehrenshahadan@yahoo.com

Telefon : 011-1857 8330

Facebook : Shehren Shahadan

Sekian, semoga bermanfaat. 
Terima kasih




No comments:

Post a Comment