Thursday 12 March 2015

Pengurusan Masa

Teks : Shehren Shahadan
Sumber imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Pengurusan masa sangat penting. Bijak menguruskan masa dapat menyelamatkan keadaan jadi kucar kacir. Bagaimanakah menguruskan masa dengan bijak?

Bagi surirumah yang berkerjaya, masa yang ada di tangan sangatlah berharga. Banyak perkara perlu di selesaikan dalam satu hari tersebut sebelum berjumpa hari lain pada keesokan harinya pula. Tambahan lagi jika sudah mempunyai anak dan perlu menguruskan anak seharian. Dapat bayangkan keadaan dan suasana yang tidak tersusun jika masa tidak dapat di selia dengan baik.

Saya tanya anda sebagai suri yang bekerjaya, berapakah banyak masa yang anda peruntukkan untuk diri anda sendiri selama ini? Adakah anda hanya kalut dan sibuk menyelesaikan urusan dan tanggungjawab lain seharian. Jangan begitu. Peruntukkan sedikit masa emasmu untuk menjaga dirimu. Saya pun memang lalai pada diri, Itu yang badan berontak sakit sana sini.

Setiap manusia di anugerahkan masa yang sama 24 jam sehari. Terpulang pada diri anda sendiri mahu uruskan dan susun masa anda bagaimana. Jika mahu lebih berjaya, praktik dan buat senarai tugasan seharian apa yang perlu anda buat setiap hari. Jika perlu keluar bekerja seawal pagi, pastikan bangun lebih awal untuk menyelesaikan tugasan di rumah. Sebagai ibu, tugas memasak perlu di laksanakan untuk anak dan suami yang berada di rumah sepanjang anda keluar bekerja sehari suntuk. Juga mahu rumah bersih, rumah perlu di kemas untuk keselesaan penghuni yang tinggal bersama.

Sedikit panduan untuk menyusun masa agar dapat di gunakan sebaik-baik yang boleh:-
1) senaraikan tugas yang perlu di selesaikan
2) Selesaikan tugas yang wajib dahulu seperti memasak serta menghantar anak ke sekolah
3) jimatkan penggunaan masa memasak dengan menyediakan ramuan untuk memasak terlebih awal. Jika mahu segera masak setelah sampai di rumah, keluarkan makanan beku dari tempat beku untuk memudahkan memasak. Dan tidak perlu tunggu lama. Jimat masa kan.
4) boleh juga masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu hari dan di bahagi kepada dua hidangan tengahari dan malam.
5) ambil kesempatan memeriksa kerja harian sekolah anak sambil melipat baju.

Pada akhirnya, anda yang menjawat jawatan ibu, isteri dan pekerja ini akan mula rasa penat. Penat mengejar masa. Masa jangan di kejar memang takkan dapat. Tapi uruskan masa dengan bijak InsyaAllah akan mendapat manfaat. 

Berasa sangat penuh tanggungjawab dibahu  kita yang perlu di selesaikan. Mulalah mahu banding sana sini tapi hakikat yang di banding itu mungkin mahu kehidupan seperti anda yang mencemburui nya. Konsep syukur perlu ada. Bersyukur allah anugerahkan kita semua kekuatan untuk terus menjalankan kewajipan sebagai hambanya di muka bumi ini.

Selesaikan tanggungjawab yang wajib kepada:-
1) perintah allah dan  rasul 
2) tanggungjawab kepada keluarga
3) tanggungjawab kepada kumpulan masyarakat 

Kejayaan pengurusan masa yang berhemah bukan terletak pada anda semata. Penglibatan suami serta ahli keluarga yang lain juga membantu. Ajak mereka sama bantu menyelesaikan urusan rumahtangga. Bahagikan kepada setiap seorang tugasan dengan adil. Jika mempunyai anak yang ramai, sudah masa yang sesuai untuk anda ajar mereka erti tanggungjawab.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************

2 comments:

  1. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    ReplyDelete
  2. Wsalam
    Tq dear drop here
    Done folow

    ReplyDelete