Saturday, 2 August 2014

Marhabban

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini Sabtu bersamaan 6 Syawal 1435H. Apa khabar pembaca sekelian? Masih dalam mood raya lagi ke? Mesti seronok kan berkesempatan berjumpa dengan saudara mara yang tinggal jauh, hanya pada raya ini saja dapat berjumpa kan? Alhamdulillah.

Jadual raya tahun ini di keluarga saya, bermula pada subuh syawal pertama kami berangkat ke rumah ayahanda bonda kami di Felda. Acara marhabban satu blok di mulai dengan rumah hujung sekali. Jamuan yang bonda saya sajikan cukup ringkas iaitu tauhu sumbat dan jus Ais tembikai special dari air tangan adik saya yang no.3 dik yap. Juadah tauhu sumbat hasil gabungan bersama suami dan adik bongsu. Di sulami gelak tawa dan sketsa ceria pendek dari dik yap menghilangkan kepenatan mengejar masa menyiapkan juadah untuk tetamu kumpulan marhaban blok. Tugas saya pula menyiapkan pinggan mangkuk dan kuih raya. Mudah ke? Sama rata je sebenarnya. Adik no.2 tiada turut serta dalam acara marathon juadah marhaban ini kerana menziarah keluarga bakal mertuanya. Huhu..itu budak mengelat...

>>meriah kan majlis marhabban ya marhabban 

>>close up bonda saya melayan tetamu

Seramai 24 ahli blok turut serta di dalam acara tahunan ini dan rumah sebanyak 24 buah itu perlu di habiskan dalam 1 syawal itu jugak. Jadi juadah untuk di sajikan tidak perlu yang berat-berat sebab banyak rumah lagi kena singgah. Tambah lagi yang mengikuti acara marhabban ini semuanya sudah veteren dan banyak penyakit. Anak menantu juga yang pulang ke kampung ada yang turut serta mengikuti acara ini. Tambah meriah majlis.

Yang pasti acara sebegini mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara ahli blok di Felda tersebut. Semoga panjang umur boleh kita berjumpa lagi ye.

Sekian. Terima kasih.

Friday, 1 August 2014

Ziarah Kubur

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum w.b.t,

Raya ke 5 hari ini. Ramai yang sudah memulakan tugasan semula pada hari ini dan seawal raya ke 3 yang lalu. Begitu juga dengan saya. Baru memulakan tugas semula pada hari ini. Suami dan anak sambung sehingga sabtu. Ahad sekolah kembali bermula seperti biasa dan bermulalah rutin seperti selalu.

Apakah yang anda perlu ketahui cara atau adab menziarahi taman perkuburan? Kami sekeluarga berkesempatan menziarah kubur arwah ayah mertua pada raya ke 4. Serta menziarahi kubur arwah abang kepada suami serta kaum keluarga yang berkaitan.

Baru-baru ini kecoh trend selfie di tanah perkuburan. Itu contoh yang tidak wajar untuk di ikuti. Hormati hak si mati untuk tenang di tempat persemadian nya.

Secara logik, antara adab yang patut kita patuhi semasa melawat kubur ialah:-
1) anda hendaklah berpakaian sopan dan tidak menjolok mata
2) jaga percakapan serta perbuatan di dalam kawasan perkuburan
3) banyakkan berzikir dan selawat untuk si mati


Amalan menabur bunga di pusara masih lagi kelihatan. Amalan ini bukan di dalam ajaran islam tapi masih di amalkan. Mana yang sudah menyedari segera berubah dan tinggalkan perbuatan tersebut. 

Si anak kecil yang di bawa ke kawasan perkuburan wajar di tegur sekiranya terlihat galak berlari di tanah perkuburan. Anak wajar di ajar menyedekahkan al-fatihah serta bacaan doa ringkas untuk arwah si mati. Semoga amalan yang di amal dari kecil berkekalan di bawa sehingga ke anak cucu. Amalan yang baik wajar di turunkan dari generasi ke generasi.

Menziarah kubur bukan bermusim. Menziarah kubur untuk kita mengingati mati. Mati yang pasti untuk kita. 

Sekian.

Wednesday, 23 July 2014

Selamat hari raya 2014

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 


Assalamualaikum w.b.t,

Kurang 4 hari lagi kita akan meraikan hari raya aidilfitri. Sepanjang bulan ramadhan ini jugalah pelbagai kisah suka duka terpatri bersama berakhirnya ramadhan yang mulia. Duka atau gembirakah kita? Ramadhan akan meninggalkan kita.

Semakin hari semakin hilang sensitivity orang ramai tentang menjaga bulan ramadhan. Yang tidak berpuasa terang-terang tanpa silu menjamu selera di khalayak ramai. Sudah di tegur di perli tidak juga berubah. Bukan kah Allah akan tanya kelak di akhirat apakah yang kamu lakukan ketika itu? Adakah kamu sudah menjalankan tanggungjawab menegur saudara-saudara kamu? Jika sudah, selesai lah tanggungjawab untuk menjawab di hadapan Allah kelak. Tetapi saya menyampah nak tegur pun malas. Benarlah kata cerdik pandai " malu dan iman sama berganding, jika tiada malu bagaimana? Tidak berani saya untuk meneruskan. Diri saya pun masih belum sempurna.

Menjelang raya bakal tiba, hati sayu terkenang insan keliling yang telah pergi menghadap illahi. Kawan secara langsung dari maya atau sahabat-sahabat keliling. Saya masih di sini.Sayu pilu bermain di hati. Al fatihah untuk mereka semua.

Penderitaan yang kita hadapi tidak sehebat dan segetir sahabat di Gaza yang mempertahankan maruah mereka dari terus di pijak Zionis. Ada terbaca di laman media sosial paparan gambar anak kecil bersolat di kelilingi tentera Zionis. Masjid ada di mana-mana. Di tengah jalan boleh jadi, asal bersih dan suci tempat bersolat. Penderitaan ramai lagi orang Muslim serata dunia yang menderita akibat kerakusan mahukah kuasa dunia. Ingat, dunia hanya pinjaman.

Berbaki kurang dari seminggu ini, penuhi segala amal ibadah yang mampu kita lakukan untuk penutup buku amal kita. Tika sunyi subuh, penghuni rumah sudah keluar menyambung tugas, mohon pada Allah, keluarkan semua kekusutan luahkan pada Ya Rabb segala masalah yang kita hadapi. Penuh sujud dan rendah diri memohon Allah mudahkan semua urusan, tanpa sedar sebak dada akan datang dan air mata mengalir laju.

Untuk semua pembaca di sini, jutaan terima kasih saya ucapkan untuk anda yang masih setia membaca dan mengikuti setiap entry saya. Ampun maaf  saya pinta andainya tulisan saya di sini ada menyentuh dan menjeruk hati kalian secara langsung dan tidak langsung. Salam lebaran dari saya dan keluarga, ampun maaf zahir batin walau tidak pernah bersua. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk kita berkongsi kebaikan bersama. Sambut lebaran bersama keluarga tercinta. Pada yang telah tiada sedekahkan al fatihah itu yang utama. Yang kurang kemampuan jangan di lupa. Dan yang penting berbelanja biar berpada.

Sekian. Selamat hari raya semua maaf lahir batin.




Monday, 21 July 2014

Mengapa sayang Kucing?

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej

Assalamualaikum w.b.t,


Kucing. Anugerah yang terindah. Saya ni sampai sakit gigi mengetap geram kan Kucing di rumah. Makan tidur main. Tapi dorang memang comel. Sebab tu saya tak kisah kalau dorang tak tolong saya buat kerja rumah yang banyak tu. Kalau lah dorang boleh mengemas mop lantai camne kelaku agaknya ya? Bayangkan sekejap.

Kucing. Binatang kesayangan Nabi kita. Nabi Muhammad SAW. Rasul junjungan kita cukup menyayangi makhluk comel ini. Sehinggakan air bekas minuman Kucing pun masih boleh di gunakan untuk keperluan lain. Banyak kisah-kisah tauladan dalam sejarah islam mengisahkan perihal Kucing.

Satu je nak bagitau, jika kucing sakit perlu rawatan segerakan. Jangan sudah teruk sakit beri alasan tidak mahu menanggung beban di buang di jalanan. 

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan July yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menjangkau 1000 blog menjelang ramadhan telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Sunday, 20 July 2014

Penyebab musibah dan bala bencana

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google


Assalamualaikum.  Salam sejahtera kepada pembaca sekelian. Tika ini kita semua sedia maklum kesedihan yang menyelubungi negara kita iaitu tragedi MH17. Belum usai kisah persoalan MH370. Negara kita di duga lagi. 

Apakah peranan yang patut kita zahirkan ketika ini. Ucapan takziah doa berterusan untuk waris mangsa nahas tersebut itu semestinya. Bukan menjadi "keyboard worrier" di saat getir begini. Doakan semoga urusan berkaitan di permudahkan.

Mari kita kembali bermuhasabah diri. Lagi di bulan ramadhan yang hampir meninggalkan kita tidak lama lagi. Audit diri kita semua apakah sebab kejadian-kejadian yang berlaku. Yang penting kita semua harus terima dengan redha akan segala ketentuan dari Allah.

Mari kita berkongsi sedikit sumber bacaan yang saya dapati dari blog yang saya lawati. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

"Al Qur'an menjelaskan tentang sebab-sebab musibah dan bala bencana antara lain:

1. Kerana kedurhakaan dan kejahatan manusia kepada Allah
Firman Allah SWT,

"Wahai Manusia, bencana apa saja yang menimpa diri kalian, maka bencana itu adalah hasil kerja tangan-tangan kalian. Namun demikian amat banyak kesalahan-kesalahan kalian yang dimaafkan oleh Allah."(QS. As-Syura' 42: 30)

2. Kerana manusia mengingkari nikmat Allah dan kufur kepada Nya
Dalam firman-Nya lagi:

"Allah memberi contoh sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang ke negeri itu dari setiap penjuru dengan baik, tetapi penduduk negeri itu kafir kepada nikmat-nikmat Allah. Kemudian Allah timpakan kepada mereka derita kelaparan dan ketakutan karena dosa-dosa mereka. Allah jadikan negeri itu sebagai contoh buruk bagi segenap manusia." (QS. An-Nahl 16: 112)

3. Kerana manusia menukar nikmat Allah dengan kekafiran
Firman-Nya lagi,

"Wahai Muhammad, apakah kamu tidak melihat orang-orang yang menukar keimanan kepada Allah dengan kekafiran, dan membuka jalan kehancuran bagi kaum mereka? Jahanamlah tempat yang akan mereka masuki di akhirat, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat tinggal." (QS. Ibrahim 14: 28-29)

4. Kerana perbuatan syirik manusia kepada Allah

Firman-Nya lagi,

"Wahai kaum mukmin, Allah tidak akan menimpakan adzab kepada kalian, jika kalian taat dan beriman kepada-Nya. Di akhirat kelak, Allah tetap memberikan pahala besar kepada kalian, sekalipun amal shalih kalian sedikit. Allah Maha Mengetahui keadaan kalian." (QS. An-Nisaa, 04: 147)

5. Kerana para pemimpin negara menolak syariat Allah dan menggantikannya dengan hukum jahiliyah

Firman-Nya lagi

"Jika Kami berkehendak menghancurkan suatu negeri, Kami jadikan orang-orang yang suka berbuat sesat di negeri itu sebagai pemimpin, lalu pemimpin itu berbuat zhalim kepada rakyat di negerinya. Akibat perbuatan rusak pemimpin mereka, turunlah adzab kepada mereka dan Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya." (QS. Al-Israa 17: 16) "

Dan pada penghujung untuk entry ini, dapatlah saya simpulkan banyak yang berlaku ada penyebab. Siapalah kita untuk menidakkan hukum dan aturan dari Allah. Semoga kita menjadi hamba Nya yang taat. Aamin.

#pray4MH17
#pray4gaza
#rememberingMH37

Sekian. Semoga bermanfaat.
Assalamualaikum w.b.t

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan July yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menjangkau 1000 blog menjelang ramadhan telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

Monday, 14 July 2014

Tips mengenal najis berdarah

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google 

Assalamualaikum w.b.t,


Pernahkah kucing anda mengeluarkan najis bercampur darah? Jika anda kerap memerhati pasti akan terperasan najis kucing anda normal atau tidak.

Apakah punca terjadi nya najis bercampur darah? Dari pembacaan dan perkongsian dengan sahabat kucing dapat saya rumuskan beberapa perkara penting iaitu :-
1) jangkitan kuman yang hidup di dalam usus 
2) kuman dari najis lain
3) makanan yang di cemari lalat dan lipas 

Apakah peranan yang boleh kita sumbangkan untuk membantu kucing yang menghadapi masalah ini?
1) segera bawa ke vet berhampiran
2) semak diet makanan sebelum kejadian 
3) rawatan alternatif seperti homeopathy 
4) banyak beri minum air
5) tukar diet makanan lembut dan mudah cerna

Sekian. Semoga bermanfaat 

Friday, 11 July 2014

Usaha

Teks : Shehren Shahadan

Assalamualaikum w.b.t,


Apa khabar pembaca sekelian. Harapan semoga anda semua sentiasa bahagia bersama insan tersayang. Jutaan penghargaan terima kasih kepada anda semua yang masih setia menyokong saya. Sekiranya anda semua ada topik menarik untuk di bincangkan boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah entry ini.

Sekarang musim tak menentu. Sekejap panas kadang hujan lebat seketika. Musim tidak menentu ini boleh menggangu tahap kesihatan anak-anak kita di rumah. 

Sebaiknya awasi pergerakan anak anda. Pastikan mereka yang kerap berjalan jauh tu dapat pulang ke rumah. Maklum, sekarang pun musim mengawan jadi aktiviti anak-anak kadang agak liar sikit. Tak pulang ke rumah, lupa makan minum gara-gara ingin memikat idaman hati. Yang sudah di neuter kan tidak menjadi masalah, tenang pasang badan je.

Kisah penderaan Kucing juga semakin ketara hari demi hari. Apakah faedah nya berbuat sedemikian. Sebagai ibu bapa, wajib pupuk anak anda sayang binatang. Jika terbentuk sikap begitu, selamat lah seluruh haiwan di muka bumi berkongsi hidup bersama kita semua. Bukankah mereka generasi perwaris yang akan kita tinggalkan untuk mewarisi bumi ini sepeninggalan kita nanti? Tanya dan jawablah anda sendiri kepada diri anda.

Usaha saya di sini, memohon anda-anda semua sama-sama memberi kesedaran kepada masyarakat di luar sana untuk mengasihi haiwan kerana mereka juga makhluk Allah seperti kita. Semoga usaha kita yang sedikit ini dapat di jadikan modal untuk menambah saham di akhirat kelak.

Sekian. Semoga bermanfaat.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan July yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menjangkau 1000 blog menjelang ramadhan telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas belajar borong telekung
8. Kelas bisnes makanan sunnah 
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM