Wednesday 18 June 2014

Kisah Kucing KKU

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi Peribadi Owner Kucing KKU

Assalamualaikum. Apa khabar kalangan pembaca sekelian. Maafkan saya kerana lama menyepi. Mencari topik-topik yang menarik untuk di muatkan di dalam blog ini memaksa saya menyepi seketika. Semoga sokongan pembaca masih lagi kuat untuk saya terus memanjangkan hayat blog ini.

Kehidupan, ada pasang dan surut. Meningkat usia mengenang yang kita lalui kadang membuat tersenyum dan menangis sendiri. 

Kali ini saya kongsikan pengalaman seorang sahabat muka buku saya Adik Ira. Apa yang ingin di kongsikan oleh Adik Ira memang sangat perlu di dedahkan. Dari soal balas antara saya dan dia dapat saya rumuskan beliau seorang yang gigih dan berusaha untuk memberi peluang Kucing kesayangan beliau terus hidup walaupun telah di nafikan oleh banyak pihak.


Kehadiran Boy (Kucing KKU) bermula apabila ayah Ira menjumpai Boy dan membawanya pulang ke rumah. Boy ketika di jumpai normal cukup sifat. Di letakkan di tepi jalan oleh insan yang tidak mengkehendaki nya lagi. Di pertemukan dengan ayah Ira memberi Boy peluang hidup berjaga kembali. Kalau di fikirkan Kucing bukan tahu apa-apa. Di campak di mana pun begitu sahajalah. 



Ini keadaan Boy sekarang. Gambar terbaru dari Adik Ira yang di kongsi di laman muka buku nya. Melihatkan keadaan Boy seperti dalam gambar, jelas menunjukkan betapa perlunya kesabaran yang tinggi untuk menjaga Kucing seperti Boy.

Saya selitkan sedikit luahan dari Adik Ira. Luahan hati nya yang mahu berkongsi kisah Boy dan dirinya. Semoga dapat menjadi panduan buat kita semua.

"Boy dan adik dia Omel, ayah jumpa di kawasan Balai berdekatan jalan raya..1hari ayah saya tunggu mak mereka berdua takut datang..tapi ternyata..rupanya mereka berdua di buang..besar tapak tangan waktu itu..kami usaha beri susu botol bagi mereka berdua..sehinggalah umur boy 1tahun..
Kisah KKU Boy pun bermula...
Kejadian berlaku apabila Ira pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Beliau menitipkan penjagaan Boy dengan seorang Kawan. Waktu tengahari terima pesanan ringkas dari kawan beritahu Boy hilang...
Ira sampai petang nampak ada 1 Kucing gemuk di bawah blok perumahan. Di perhatikan dari jauh macam lain macam Boy.. Tetapi apabila pandang rantai collar di leher nya baru dapat pastikan itu adalah Boy. Apabila di angkat Boy mengerang kesakitan. Tidak dapat memastikan kenapa Boy begitu. 1malam boy tahan sakit..memandangkan masa berlaku hari raya..kedai haiwan dan doktor ramai yang masih bercuti ..esoknya kami hantar Boy ke Klinik haiwan.. doktor sahkan Boy patah tulang belakang..tergagam tidak mempercayai.. Terus doktor beri Ira 2 pilihan. Sama ada cucuk mati (PTS) atau jaga sepanjang hayat dia.. Saya ambil pilihan no 2, saya jaga tetapi yang melihat menyangkakan saya seksa dia..masa berlaku tahun 2011..tiada banyak pengalaman dan tidak aktif lagi dengan FB. Sehingga bulan 11 tahun 2012 kemaluan boy putus dan reput..dan kebetulan boy hilang upaya buang besar dan kecil. Boy menghidapi batu karang..batu karang menghalang air kencing keluar..doktor terpaksa melakukan pembedahan jantina..kos perubatan mencecah hampir RM2000..tetapi  syukur seribu syukur..kawan-kawan muka buku perihatin menghulurkan sumbangan dan membantu saya..masa itu ada kawan tolong..nama Kak Zeyti..mempunyai Kawan ramai di FB..dia yang membantu menghebahkan kisah Boy di FB. Alhamdulillah pembedahan itu berjaya di lakukan tetapi doktor beri masa 6 bulan sahaja. Selepas itu lubang najis dan kencing nya akan tertutup..dan Boy tetap akan di suntik mati..lubang pembuangan yang doktor sediakan sebesar hanya duit 10sen..sekarang semakin mengecut dan menjadi ukuran sebesar lidi. Tetapi pada saya...usaha selagi boleh...lepas Boy keluar wad..terus bawa Boy berubat ke Kuala Lumpur. Cuba cari pakar untuk kes Boy.. Dari 5 doktor haiwan yang saya temui , 3 veterinar menyarankan PTS..2 veterinar memberi keputusan masih boleh di selamatkan.. tetapi kos  pembedahan lebih mahal.. Ira minta pendapat dari doktor.
Buat masa ini, Boy bergantung sepenuhnya dengan tiub cateter untuk kucing batu karang. Sehari  1 kali kena cucuk..untuk keluarkan air kencing. Boy perlu makan makanan untuk batu karang..6kg rm165..sampai sekarang..tiub cateter RM45 dan sepatutnya perlu kerap di tukar paling lama 2 minggu..tapi saya pakai selagi boleh..almaklumlah..mahal.. Boy juga perlu bergantung dengan ubat..tapi saya tidak teruskan..kerana 30% buah pinggang dia sudah rosak..kaki Boy perlu di jaga..mudah luka dan susah baik..sebab dia berjalan menggunakan  lutut. Pihak doktor pernah cadangkan di patahkan lutut Boy dan di pasang skru ..tetapi saya tidak benarkan..saya rasa dia selesa begini. Alhamdulillah sekarang sudah 2014..Boy masih lagi bersama saya dan itu bermakna bukan doktor yang tetapkan ajal maut kita..dan usaha itu sangat penting...

Begitulah luahan adik Ira
Melihat gambar-gambar yang di kongsi di laman buku nya melihatkan beliau memang tidak mudah putus asa.

Jadi, apakah kesimpulan pengajaran cerita tentang Boy
* usaha selagi boleh untuk menyelamatkan nyawa
* bertindak dengan mengambil kira pandangan dari orang lain yang lebih berpengalaman.
* sayangi haiwan biarpun mereka cuma haiwan.

Semoga kisah adik Ira menjadi pengajaran untuk kita. Janganlah ketika Kucing itu sihat gebu sahaja di sayang, tetapi ketika Kucing itu sudah sakit, cacat, sudah tua di buang di jalanan. Ini tidak adil untuk mereka. Kasihanilah mereka.

Yang baik dari Allah , yang batil dari saya

Sekian dahulu, semoga bermanfaat. 

8 comments:

  1. Baiknya hatimu wahai anak adam... Tahniah atas kecekalanmu...

    ReplyDelete
  2. Sebak membaca kisah abam boy. Semoga adik Fatirah dan keluarga di rahmati Allah

    ReplyDelete
  3. Semoga Syurga buat kalian sekeluarga.. Sungguh mulia hati you all.. :')

    ReplyDelete
  4. Sedih bc kisah abamboy....semoga syg sht...

    ReplyDelete
  5. Tq all drop here
    Semoga kisah ini jadi pengajaran buat kita semua. Pencinta haiwan pembela nasib haiwan

    ReplyDelete
  6. semoga saudari Ira trus cekal dan tabah.
    semoga kucing beliau dlm keadaan sht.biarpon kurang upaya.

    ReplyDelete
  7. Nurul Amalin Zulkifli7 September 2014 at 20:58

    Alhamdulillah :) bagusnya saudari , bertahanlah dalam menjaga kucing kesayangan saudari, Boy. Semoga keadaan Boy akan mejadi lebih baik dari hari ke hari, InsyaAllah.
    Kebaikan saudari menjadi satu inspirasi.
    Sedih baca kisah Boy.

    ReplyDelete
  8. Sebak membaca kisah ni dan terpegun dengan tawakal usaha adik ira ini... Semoga mendapat rahmat limpah kurnia dr Allah..aminnn...

    ReplyDelete