Monday 9 June 2014

Perjalanan yang panjang

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Koleksi peribadi

Assalamualaikum. Salam sejahtera kepada semua pembaca sekelian. Bagaimana hari minggu anda yang lalu? Semoga anda semua menghabiskan cuti hujung minggu anda bersama keluarga tersayang. Banyakkan memberi dari menerima. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada yang lain.

Ahad yang lalu, bersama suami, ibu mertua serta Adik ipar bersama anaknya, kami menjejak sahabat suami di Mersing, Johor menghadiri majlis perkahwinan beliau. Perjalanan dari rumah ke Nusajaya mengambil ibu dan adik di iringi dengan kelancaran trafik. Tiada kesesakan yang terlampau dan cuaca yang cerah.

Sepatutnya kami menghadiri majlis di Pasir Gudang dahulu tetapi atas sebab masa kami tidak dapat menunggu di Pasir Gudang. Suami memecut laju menghala jalan ke Mersing. Pelbagai kisah pelik dan kelakar berlaku sepanjang perjalanan menghala ke sana. Sampai saat ini masih tanda tanya mana perginya kad jemputan itu ye? Hurm..

Inilah sahabat suami (pengantin lelaki) dan isteri. Ini semua kalangan sahabat suami semasa bekerja di tempat lama semasa beliau bujang. Kuatnya ikatan persahabatan mereka kan sampai sekarang pun masih berhubung.

Beri peluang pada en suami berbual melepas rindu dengan sahabat lama nya. Kami masuk kereta awal sebab cuaca panas sangat. Kasihan ibu mertua ku.


Dua Buah hati saya. Yang berkaca mata, anak saya, Nur Aleya Natasya dan si comel bulat anak adik suami. Comel kan. Kuat minum susu budak ni. Namanya An Nur Najiha. Panas-panas pun boleh bersuka ria. Anak oh anak.

Tempat meletak kereta untuk tetamu yang hadir. Teka sahaja sebab nampak banyak kenderaan keluar masuk. Tidak sempat ucapkan terima kasih kepada tuan parking ini. Nampak kecerahan gambar kan. Boleh bayangkan betapa tahap kepanasan di situ? Oh tidak perlu lah membayangkan. Memang sangat panas. Mujur tak pitam. Huhu..

Perjalanan pulang. Mahu ikut arah kiri kah atau kanan kah? Akhirnya kami memilih arah Kluang - Air Hitam. Dan diam sahajalah di sebelah pemandu. Memang jauh. Sepanjang perjalanan ke Felda Nitar, jalan sangat mesra alam. Berlenggang lengguk jalan dan hujan seketika. Panas dan hujan lagi. Jalan patah balik pun jumpa hujan lagi. Dari JB 11:30pagi, jumpa rumah kenduri pukul 2:30petang. Jauh ke jauh? Jawab sendiri.

Perjalanan pulang. Eh, ada sawah padi lah. Jakun betul orang-orang ini. Waktu ambil gambar ini hujan turun lagi. Jadi dapat snap yang begini sahaja. Tapi dari pandangan mata kami sudah menguning padinya.  

Sekian. Saya melaporkan aktiviti perjalanan kami pada cuti Ahad yang lalu.  Buat sahabat suami Adam Alexander dan isteri selamat pengantin baru semoga bahagia hingga akhir hayat bersama. Suami beritahu saya ini persediaan untuk memandu jarak jauh lagi katanya. Eh ada travel jauh lagi ke? Memandu? I follow...

Sekian. Semoga bersua kembali.

*******************************************
Untuk pertanyaan tentang kucing anda dan juga kongsi kisah menarik tentang Kucing anda boleh hubungi saya di sini ye:-
FB:Shehren Shahadan
Sms/Whatsapp:011-1857 8330
*******************************************
Selamat datang bulan Jun yang ceria. Selamat datang kepada barisan pelajar baru. Menghampiri 800 blog telah terhasil di akademi bekerja di rumah. 12 guru online dedikasi bertugas seluruh Malaysia. Sertai kami untuk mana-mana Kelas pilihan.

Pendaftaran dibuka setiap hari.
1. Kelas asas blog dan penulisan.
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
3. Kelas beriklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif.
5. Pendaftaran rakan niaga/pengurus online
6. Kelas belajar asas akaun bisnes kecil WAHM/SOHO.
7. Kelas Borong Telekung
8. Perkhidmatan Upah Blog
9. Projek Duit Raya

Hubungi saya pada 4 langkah mudah di bawah untuk pendaftaran:-Email:shehrenshahadan@yahoo.comSMS/Whatsapp : 011-1857 8330
FB : Shehren Shahadan
Fanpage : Akademi Bekerja DiRumah WAHM

2 comments:

  1. Wah seronok puan jalan2 ye...luas pandangan...hubungan silaturahim yg ikhlas akan berkekaln selamanya...tahniah puan n fmily

    ReplyDelete
  2. Wah meriah la puan pergi berjalan ye...hubungan silaturahim yg ikhlas akan brkekaln selamanya...tahniah puan n fmily

    ReplyDelete