Monday 30 June 2014

Rezeki Ramadhan

Teks : Shehren Shahadan
Sumber Imej : Google & Koleksi peribadi

Assalamualaikum wbt

Saya dan keluarga mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada para pembaca serta pengikut Setia di sini sempena kedatangan ramadhan .Bulan yang di tunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan penuh keberkatan. Bulan menambah pahala. Bulan pintu neraka semua tertutup dan di buka seluasnya pintu syurga. Bulan syaitan di rantai agar umat Islam dapat beribadah dengan tenang dan penuh khusyuk. 

Rezeki pada bulan ramadhan lain macam auranya. Berderet bazaar ramadhan muncul pada awal-awal mula puasa lagi. Pelbagai ruang dan peluang untuk mencari rezeki terbuka luas pada bulan ramadhan. Pada bulan ramadhan juga boleh menjadi tapak untuk memulakan perniagaan anda. 


 
Inilah rezeki ramadhan saya pada tahun ini. Semoga sepanjang ramadhan ini pelbagai rezeki akan saya temui dan boleh saya kongsikan bersama anda semua. Doakan saya ye sahabat budiman.



Kehadiran mereka subuh mengiow di depan pintu rumah. Saya nampak dahulu yang berwarna gelap sedikit tu (tomey) berlari menuju ke arah saya dari semak di pohon mempelam jiran sebelah rumah. Bergetar badan bila saya ambil tomey. Kasihan nya mana ibu kamu.. Lepas itu baru nampak omey (warna pudar sedikit) muncul dari celah semak. Sebak nya dada ini.

Sekarang mereka berdua menjadi penyeri  di rumah kami. Makan lah apa yang ada di rumah kami anak, asal kamu tak kesejukan kelaparan di luar sana. InsyaAllah mama papa cukup beri kamu makan minum tempat tinggal seperti lain.

Buat pencinta kucing di luar sana, sekiranya tak mampu nak bela banyak-banyak anugerah tuhan ini tolong mandulkan kucing anda. Boleh di kira berapa ramai sangat lah keluarga yang terbuka hati menerima ahli baru. Jadi gunakan akal yang waras sebelum buat keputusan. Letakkan diri kamu dalam diri anak Kucing yang masih kecil itu di campak di jalanan begitu sahaja. Semoga kita semua lebih bermoral sikap dan kelakuan selepas ini.

Sekian. Semoga bermanfaat.

2 comments: